NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, October 14, 2013

INSURAN IMAN

Salam

Isnin 14 Oktober 2013 / 9 Zulhijjah 1434H

Terasa kemampuan diri amat terbatas untuk mengisi banyak tuntutan yang di janjikan. Dalam bahasa Inggeris 'spreading ourselves thin' (menyebarluas kemampuan diri hingga menipis).

Sejak pagi Selasa saya dan suami menyertai team yang menjadi pelopor memberi daya kekuatan kepada projek yang baru di miliki adik saya bersama rakan-rakan kongsinya iaitu syarikat pelancungan Indra di Pulau Langkawi. Hari tersebut jatuh pada tarikh lahir suami saya dan adik saya juga. Anak mendiang tuan punya syarikat tiba daripada Alor Star untuk menyerahkan kunci pejabat dan rumah bapanya yang kami sewa. Sebelah malamnya kami menginap di rumah sewa tersebut. Anihnya anak mendiang sendiri  kurang selesa tinggal disitu entah mengapa. Mungkin khurafat mereka lebih kuat mengandaikan ruh si mati pulang kembali. Apa pun berbekalkan doa dan ayat Quran kami semua selesa tidur pada malam itu.

Awal pagi adik lelaki saya yang datang bersama isterinya menerima panggilan kecemasan anaknya mengalami kemalangan di lebuhraya Guthrie. Panik semua orang di buat isteri adik saya yang seolah meraung kesedihan. Kereta yang di naiki kabarnya teruk sekali. Lantas semua bertanya ADA INSURAN ke? Terdetik di hati saya apa maksud INSURAN? Terbitan kata 'assurance' yang bermaksud janji pasti saya terus teringat pesanan seorang Ustaz bahawa amalan doa dan zikir serta membaca Alquran merupakan INSURAN kepada malapetaka yang mendatang. Maksudnya dengan mengamalkan zikir dan doa merupakan janji pasti akan dilindungi Allah saat di timpa musibah. Saya watssapp anak saudara saya yang di timpa kemalangan bertanya keadaannya dan mengingatkannya tentang kesabaran serta petua membaca mathurat sebagai pelindung musibah. Beliau menjawab agak lalai mutakhir ini dan berjanji akan memperbaiki kelemahan diri.

Rumah sewa yang kami menginap di Langkawi terletak di hadapan sebuah surau tanpa nama perumahan pekerja LADA (Langkawi Development Auhority) Taman Berlian. Dua hari kami dapati tiada kedengaran azan solat. Terus waktu Maghrib hari kedua adik saya melaungkan azan dengan jemaahnya ahli kelarga kami sahaja. Sebak mendengar kalimah 'ALLAHU AKBAR' daripada surau tidak di makmurkan. Apa pun kami mencari peluang bertanya siapa imam dan penghulu kawasan perumahan yang akhirnya kami temui di Masjid Al Hana pekan Kuah ketika Ustaz Roshidi (yang pernah menjadi imam surau perumahan LADA) sedang mengadakan kuliah mingguan. Rupanya surau tersebut mengalami masalah kebocoran di bahagian belakang kesan bocor tandas penghuni flat tingkat 1. Pelbagai usaha di jalankan untuk memperbaikinya namun belum berhasil. Menurut Ustaz pihak LADA telah meminta penghuni berpindah tetapi Ustaz tidak dapat mengesan perkembangan selanjutnya kerana sejak itu (mungkin lepas Adilfitri baru-baru ini) surau tinggal kosong.

Begitulah nasib lslam di Pulau Langkawi tarikan pelancung. Menurut warga Langkawi sendiri budaya beraktiviti daripada surau atau masjid tidak begitu meriah di pulau ini. Semua ikut jemputan jika ada sebarang majlis dan makanan akan di buat catering. Masyarakat juga kurang biasa berjemaah dan selesa solat sendiri-sendiri di rumah. Bagaimana ingin menjaga kemakmuran jika INSURAN  berjemaah, awalkan solat dan kerjasama tidak berlaku. Maksud INSURAN ialah dengan membudayakan amalan yang di jamin barakah oleh Allah barulah anggota masyarakat dapat merasai nikmat sakinah, mawaddah wa rahmah.

INSURAN IMAN perlu di aplikasikan dalam semua aspek kehidupan. Jarang sekali orang menyebut kalimah ini kerana INSURAN di budayakan dalam konsep meraih keuntungan oleh pihak pengasas dan menerima faedah yang di janjikan bila berlaku sebarang musibah oleh pelanggan termasuk kematian. Pencen, pampasan, gantirugi dan sebagainya adalah bentuk insuran, namun pernahkan kita terfikir tentang menjamin kesejahteraan hidup berkekalan di alam akhirat melalui INSURAN IMAN? Ia tidak diistilahkan insuran tetapi AMAL SOLEH hakikatnya kita sedang mengambil INSURAN IMAN ketika melakukan kebajikan yang diredhai Allah. WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment