Salam
Sabtu 5 Oktober 2013/30 Zulkaedah 1434H
Pagi Isnin 30 September saya dan dua adik berlepas semula ke Pulau Langkawi melalui KLIA menaiki Malindo Air,dahulunya Lion Air. Tujuan utama menamatkan kontrek sewaan kedai di kawasan Pekan Rabu Kuah Langkawi yang Smartop bercadang membuat pelaburan perniagaan bersama Indra Travel & Tours. Pesawat baru menguja sekali kerana luas 'leg space', canggih sistem TV, sleek dan bersih. Layanan semacam Air Asia malah lebih baik kerana semua penumpang di berikan sebotol kecil air mineral dan sekeping kek.
Dalam hati saya terdetik NOW EVERYBODY MUST FLY..rugi kalau tidak merebut peluang tiket sehala berharga RM36. Apa pun tiket saya dan seorang adik salah print tarikh penerbangan dikenakan denda RM158,hai...mahal juga akhirnya tiket kami. Begitulah adat kesilapan di denda saja dan ini juga sumber pendapatan banyak agensi kerajaan mutakhir ini.
Terlalu banyak insiden berlaku sepanjang kami berkampong di Pulau Langkawi kali ini kerana hajat untuk masuk rumah homestay yang di sewa bagi jangkamasa panjang tidak kesampaian. Adik saya siap membawa bersama mesin jahit untuk menjahit langsir homestay termangu,ah...belum rezeki, lantas beliau ke Kangar menziarahi cucunya. Cuaca juga tidak menentu menghala ke angin ribut dan hujan lebat, katanya memang musim ribut dan ikan di pasar kurang serta mahal. Namun program memancing tidak tertinggal walau sehari pun menjadi rezeki kami makan siang dan malam terutama setelah kami menyewa homestay berhampiran pekan Kuah selama dua malam.
DI PEJABAT INDRA TRAVEL AND TOURS
Adik saya memegang falsafah 'APA YANG ALLAH KEHENDAKI BERLAKU AKAN TERJADI' sekalipun manusia tidak menginginkannya. Beliau banyak menonton filem Pemuda AlKahfi dan Nabi Yusof dengan english subtitle dan amat terkesan dengan sifat tawakkal yang di tunjukkan melalui filem tersebut. Maka terjadilah beberapa ujian kepada kami antaranya tuan punya syarikat pelancungan enggan memberi kunci pejabat dan rumah homestay sehingga semua baki bayaran di lunaskan. Paling kritikal ialah sumber kewangan memang tak nampak jalan. Lantas kami bermunajat ramai-ramai agar kami di beri peluang mencari sumber dana kerana sikap anak tuanpunya syarikat agak 'angkuh' sehingga menghantar sms akan 'forfeit dan burn deposit'. Hajat kami ingin menukar carakerja dan budaya pelancungan sebagai usaha memertabatkan imej umat lslam menjadi nawaitu terpenting. Bayangkan syarikat bukan lslam yang merata-rata tidak pernah peka dengan nasib umat lslam di Langkawi. Jika di biar berleluasa fenomena ini akan menjatuhkan imej dan kemuliaan lslam yang di janji Allah.
Salah sebuah kedai berjiran dengan pejabat syarikat pelancungan ialah kedai perubatan Cina (singseh). Teringin untuk merawat sakit dibetik maka saya pun bertemu dengan tabib cina yang agak sopan juga peribadinya. Ketika adik saya membuat pemeriksaan, terus tabib itu menegur yang adik saya sedang stress,jantung dan pernafasan lemah serta angin amat banyak dalam badan. Setelah di beri ubat herba kami berpuashati dan cuba merawat dengan ramuan yang diberi sekadar apa yang patut. Rupanya ramuan untuk penyakit adik saya berkesan kerana keesokan harinya beliau lebih segar daripada biasa. Ada kemungkinan Tabib Cina ini boleh menarik pelancung ala perubatan daripada Cina malah Indonesia sekalipun.
Tajuk EVERYBODY MUST FLY saya muatkan dalam blog ini kerana menyaksikan perubahan yang ketara dengan kedatangan berbondong-bondong pelancung ke Langkawi berikutan pertambahan penerbangan oleh banyak kapalterbang swasta, antaranya Air Asia, Malindo Air, Fire fly, Berjaya Air. Silk Air, Singapore Airline dan MAS. Persaingan menurunkan harga menyebabkan kos menaiki kapalterbang lebih murah daripada menaiki bas berjam-jam perjalanan, apatah lagi mabuk laut bila menaiki bot untuk sampai ke Pulau Langkawi. Status Langkawi sebagai Geo Park yang di iktiraf di dunia menambah lagi minat pelancung antarabangsa yang saya di fahamkan ada dikalangan mereka yang telah membeli tanah di sekitar Pulau Langkawi.
PENUMPANG DI LAPANGAN TERBANG LANGKAWI MENUNGGU MALINDO AIR
Maksud EVERYBODY MUST FLY juga ingin membuka minda rakyat Malaysia bahawa telah berlaku banyak perubahan yang memerlukan sentuhan anak bangsa di pulau bersejarah ini. Satu ketika Book Village menarik minat ramai pelancung barat dan setibanya di lapangan terbang pelancung di bawa pemandu teksi yang tidak faham berbahasa inggeris. Bika di sebutkan destinasi "Book Village" pendengaran pemandu teksi ialah "bot bilis" dan mereka meluru ke Bukit Malut tempat memproses ikan bilis untuk membawa pelancung. Kecewa habis pelancung terus pulang ke Hotel. Di katakan itulah puncanya Book Village semakin kurang pengunjung waAllahu'alam. lktibarnya perlu berlaku keseimbangan pembangunan dengan persiapan sumber manusia yang peka dan hanya melalui penerbangan ke tempat selain desa kita sahaja yang memungkinkan seseornag terdedah kepada realiti pembangunan dan persiapan ke arahnya.
Sepanjang berada di langkawi saya sempat berkenalan dengan beberapa peribadi yang berpotensi untuk membantu projek kami,antaraya isteri seorang pemandu kereta sewa lapangan terbang yang berasal Thialand dan pandai memasak. Jika kami berjodoh mungkin urusan menyediakan makanan kurang bermasalah. Saya teringat teman saya pembantu khas kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir berkongsi hajat Tun bahawa perlu diperkenalkan teknologi penyediaan makanan pek yang menarikseperti di Jepun. Untuk mempelopori usaha ini perlu ada hubungan dengan pelancung dan pakej pelancung termasuk menyediakan perkhidmatan makan minum sepanjang perjalanan.
Memakai konsep EVERYBODY MUST FLY adik saya membelikan tiket pasangan suami isteri ini ke KLIA dan mereka menjadi tetamu saya selama dua hari (Jumaat dan sabtu). Antara cara bertakruf ialah mengajak isterinya memasak makanan thai. Lucu saya bila beliau meminta aji no moto, geleng, stok ayam geleng, gula.. tak makan...eh guano...ini semua bahan perlu masakan thai. Sohehlah kalau begini masakan agak ada keraguan bagi saya secara peribadi. Moto makanan halal dan baik perlu diperjelaskan kepada beliau. Sambal belacannya enak sekali, apabila di perhati beliau menggunakan ramasan tangan (bersih) banyak sekali dan menggunakan asam jawa serta gula. Aduh...saya terkedu,cepat basi nantinya kalau guna gaulan tangan.
JAMUAN MAKAN MALAM DENGAN TAMU DARIPADA LANGKAWI DI GIANT SEK 7
Kisah kedua saya berkenalan dengan seorang ibu berasal Medan. Suaminya sorang Ustaz sering merawat pesakit di ganggu makhluk halus. Beliau panjang bercerita antaranya jangan sekali kita mengambil hadiah atau pemberian daripada seseorang yang di ragui akhlak dan megamalkan khurafat. Ada kisah seseorang jatuh papa kedana kerana menyimpan pemberian seorang yang membela jin di mana beritanya jin itu menyedut (syphon) semua harta simpanan mangsa sedikit demi sedikit. WaAllahu'alam, saya pun kurang faham. Pastinya saya bukan mangsa sebab saya tidak ada harta nak di syphon cepat atau cara perlahan.
Begitulah kisah EVERYBODY MUST FLY kerana saya dengan team baru Langkawi memang terbang selang seminggu untukmemastikan perancangan kami dapat dilaksana dengan teratur dan baik termasuk memantau sumber manusia sedia ada di langkawi. Berkenalan dengan mereka dan mendidik mereka dengan tamaddun kalis zaman-TAMADDUN ISLAM.
No comments:
Post a Comment