Salam
Jumaat 27 September 2013/21 Zulkaedah 1434H
Sekembalinya kami ke Tangkak malam Rabu telah sedia rancangan akan ke Johor Baharu esoknya Khamis kerana mengambil sendiri sijil kelulusan Taska daripada Jabatan kebajikan Negeri Jalan air Molek. Suami saya menyiapkan GPSnya untuk mudah mencari lokasi.
Awal pagi Khamis saya ke Klinik Pergigian Hospital Tangkak temujanji mencuba acuan gigi. Apa nak buat bila gigi give way kenalah ganti bahagian bawah.
Perjalanan ke JB selepas itu lancar kerana biasanya hari bukan cuti trafik tidak bermasalah. Kami menziarahi sepupu di Jalan Tampoi dan di hidangkan makan tenghari yang enak. Tidak lupa kami di bekalkan kuih 'penderam' kemahirannya. Sepupu saya bercerita beliau akan ke Sarawak dalam bulan November anjuran koperasi. Sebelum ini persatuan wanitanya telah membawanya ke Vietnam. Wah.. jauh perjalanan luas pandangan sepupu saya yang menjadi ibu tunggal lebih 10 tahun ini
Namun saya terkesan juga bagaimana budaya musafir ke beberapa tempat lebih mirip menyerupai holiday yang tiada didalamnya 'taddabur alam' atau peningkatan perasaan ingin berjuang, berdakwah demi mempertahankan agama lslam. Saya tidak sampai hati menegur trend holiday ini kerana ia telah menjadi budaya masyarakat hari ini. Cuma saya promosikan pakej Exotic Fishing Trip Langkawi dan keistimewaannya. Dalam hati sering mengharap alangkah barakahnya jika masyarakat kita mendahulukan infaq berbanding berholiday terlalu kerap. Yang di bimbangkan saya turut termasuk dalam kumpulan yang kurang berinfaq kerana sering bermusafir sebelum ini.
Ke Jabatan Kebajikan agak mudah dengan GPS dan kami mencuba pulang ke Tangkak mengikut jalan lama. Wadduh... jauh sekali untuk menyampaikan ke Batu Pahat berehat di rumah anak saya dan menziarahi cucu-cucu. Kesan kenaikan harga minyak kami kini berbelanja lebih RM20/30 untuk kos minyak yang sama banyaknya. Ini bermaksud kami tidak boleh serancak dahulu bermusafir ke hulu ke hilir jika kurang mampu menampong kenaikan yang lebih 10% perbelanjaan fuel.
Rumah anak saya baru mendapat sumbangan 'oven' milik adik saya yang mengosongkan rumahnya untuk di sewakan. Terfikir untuk mempromosi 'roti' mudah saya dan terus kami menguli roti untuk makanan petang anak-anaknya. Alhamdulillah saya perhatikan suami anak saya suka dengan usaha mudah membakar roti menggunakan oven yang baru di perolehinya. Dengan anak lima orang saya yakin membuat roti sendiri dengan bahan berkualiti seperti olive oil akan menambah kercergasan minda dan perkembangan anak-anaknya.
Mutakhir ini berkali-kali saya menerima maklumat wassapp yang merakamkan SIAPA ORANG PERTAMA bersyahadah dan pelbagai lagi soalan yang memang elok untuk pengetahuan asas lslam. Saya mencabar teman dan ahli keluarga saya yang menghantar wassapp agar menjadi ORANG PERTAMA (pioneer) dalam urusan apa sahaja sekalipun kebajikan yang sekecilnya seperti memberi salam kerana kita tidak tahu amal yang mana Allah terima dan redho serta memasukkan kita ke SyurgaNya. Di kisahkan seorang lelaki mundar mandir dalam syurga ingin tahu apa yang menyebabkan beliau ke syurga. Rupanya amalam membuang halangan di perjalanan orang awam yang di redhai Allah yang memasukkannya kedalam syurga. (kisah saya dengar daripada radio IKIM-ceramah seorang Ustaz jemputan)
Dengan kisah ini saya mengadakan pertemuan dengan murobbiah Smartop tengahari ini agar hadzam dengan konsep pra sekolah IHES-BERSEPADU kerana jika kita gagal menjelaskan konsep ini di bimbangi akan berulang lagi kisah ibu bapa yang mempersoalkan kenapa Smartop tidak mengadakan kelas mengaji Quran di sebelah petang sewaktu anak-anak transit di bahagian Nursery. Maksud ibu bapa yang biasa dengan budaya sekolah agama di negeri Johor ini ialah pagi belajar akademik, petang belajar agama secar terpisah dan sekular.Sedangkan kami di Smartop mengajar doa dan membaca ayat quran sepanjang hari ketika aktiviti di jalankan.
Saya juga menyarankan agar Smartop memikirkan menjadi ORANG PERTAMA yang melakukan perubahan kepada anak-anak agar mereka tampil sebagai anak yang 'wholistic' pandai berinteraksi, menjaga akhlak, berani, beradab, yakin diri dan menghormati orang lain. Membuat perbezaan termasuklah dari segi modul dan silibusnya.
Sekali lagi saya berkongsi cara mudah membuat roti denga team penyedia makanan di Smartop dan bersetuju agar modul ini menjadi satu kaedah mengajar anak-anak memilih makanan halal dan baik (halalan thyaiban)
HIDANGAN ROTI SEGAR BERASASKAN OLIVE OIL
Doa saya agar peluang perniagaan kecil yang di cadangkan di Langkawi dapat membantu Smartop berdikari dari segi dana. Di fahamkan bahawa hanya bidang perniagaan yang dapat memacu pencapaian dana yang perlu untuk meneruskan usaha Smartop termasuk dalam tahun 2014 mengadakan pusat tuition menantikan tertegaknya sebuah sekolah rendah IHES iaitu yang PERTAMA di Tangkak insyaAllah. Terkini roti olive oil saya mndapat perhatian ahli keluarga yang sudah mula membuat tempahan, alhamdulillah ameen kerana Smartop ORANG PERTAMA yang mempromosikan roti segar olive oil.
No comments:
Post a Comment