NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, August 31, 2013

R4BIA 2

Salam
Sabtu 31 Ogos 2013/ 24 Syawal 1434H

Sambutan malam hari Merdeka bagi kami di Shah Alam dan di Tangkak agak berlainan daripada biasa. Warga Shah Alam dan sekitarnya termasuk Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di uji dengan gangguan tiada bekalan air akibat tumpahan minyak diesel di salah sebuah sungai sumber bekalan air. Warga sekitar Taman Sentosa 2 Tangkak mendapati bekalan letrik terganggu mulai tengahari kesan kabel bawah tanah terputus oleh kerja-kerja kontrektor pembinaan.

Inilah petanda sebuah tamaddun yang 'cacat' kerana tidak meletakkan hak Allah sewajarnya dalam pemerintahan negara. Antaranya hak berlaku jujur, menjaga amanah, bersifat adil, memberi khidmat penuh berkualiti dan berakhlak mulia untuk berprestasi di sisi Allah yang menjadikan kita untuk memimpin dan memakmurkan dunia ini.

Smartop memegang prinsip bahawa peranan kecil kami di sudut sebuah pekan kecil Tangkak sebenarnya adalah dalam rangka 'MEMBINA SEBUAH TAMADDUN' walau siapa pun kami dan apa pun peranan yang kami sumbangkan. Asasnya ialah kami ingin memertabatkan nilai lslam sebagai paksi yang memandu hidup umat era akan datang. Sambutan MERDEKA kami lihat sebagai peluang MEMBEBASKAN diri dan jiwa kami daripada rutin kehidupan tidak berwawasan jauh dan besar. Kami tidak mahu umat akan datang membiarkan hidup mereka tidak berprestasi di pentas dunia kerana mereka sebenarnya memegang amanah besar saat mengaku dirinya beragama lslam.

Salah satu innovasi Smartop ialah memperkenalkan bahasa Mandarin dan minimanya mampu bersyahadah dalam bahasa tersebut. Dalam hubungan ini peluang kami di Smartop menemui Teacher An (Nuraihan) bekas guru bahasa Mandarin sebelum beliau terbang semula belajar ke Beijing Cina di lakukan selepas solat Asar petang Jumaat. Meriah juga sambutan yang beliau dan ibunya sediakan buat kami sempena berhari raya dikampong Teluk Rimba Kundang. Smartop menghadiahkan senaskah AlQuran terjemahan bahasa Mandarin. Bagi Teacher An yang baru setahun belajar, 'hanze' (wazan/akar kata) tulisan bahasa Mandarin banyak yang beliau masih asing. Kami menyelitkan ucapan agar beliau memertabatkan lslam melalui AlQuran dan Bahasa Mandarin. Pastinya kami mendoakan kejayaan beliau dan 'melamar' beliau terus bersama perkembangan Smartop setiap kali bercuti nanti.

Sebelah malamnya kami di raikan oleh ahli Lembaga Smartop Hajjah Nortipah dengan juadah yang mewah hingga kami kekenyangan. Memandangkan bekalan letrik di rumah saya masih belum pulih kami bermalam di rumah tuan rumah sehelai sepinggang. Begitulah sedikit kesulitan yang warga Malaysia hadapi sudah tidak tertahan bagaimana agaknya jika di landa musibah seperti negara-negara yang lebih malang seperti di Mesir dan Syria. Rakyat di kedua negara di bantai sepuasnya oleh pemimpin ala 'Firaun' menggunakan 'chemical weapon' (senjata kimia beracun) dan penyiksaan paling brutal. Dalam blog sebelum ini saya mengajukan soalan Why? mengapa berlaku kezaliman kepada orang lslam beriman seperti di kalangan anggota Ikhwan Muslimun yang MEMBINA TAMADDUN sejak awal 20an. Mereka menerima layanan begitu dahsyat sekali daripada pemimpin warga negara mereka sendiri.

Jika kita menyingkap perjalanan seerah para Anbia terutama Rasulullah Muhammad sallaahu alaihi wassalam sunnatullah penyiksaan demi mempertahankan kebenaran sering berlaku untuk menyaring ketulinan akidah umat daripada yang munafiq (berpura-pura). Dangkalnya akidah dan ilmu di dada umat akhir zaman terserlah melalui cara fikir mereka. Contoh yang menyakitkan hati ialah cadangan berpakaian kebangsaan sewaktu melaksanakan ibadah haji sedangkan banyak lagi isu akidah yang perlu di perbetulkan sewaktu umat lslam Malaysia melakukan ibadah tersebut di Mekah, Mina dan Madinah. Seolah si bebal yang memberi cadangan tersebut ingin menyamakan berpakaian kebangsaan sama dengan amalan ingin ke syurga ? Bagaimana Tamaddun masa depan umat akan di bina melaui fikiran cetek begini merunsingkan ramai penganut lslam yang ikhlas. Dalam lain perkataan minda, jiwa dan fikiran umat lslam masih TERBELENGGU dengan perkara remeh, cetek dan tidak berkualiti. Pada saya ini bukan erti MERDEKA.

Mari kita tinjau pandangan MERDEKA daripada seorang pejuang kebenaran di Mesir:

"Aisyah, puteri Kherat Syathir, wakil Mursyid ‘Am Ikhwanul Muslimin menuliskan sebuah nasihat dan wasiat kepada sesama muslimah di Mesir pada hari Rabu 28 Agustus:
“Aku berwasiat kepada diriku sendiri dan juga kepada akhawat sekalian untuk berpakaian lengkap dan berhijab ketika berada di dalam rumah, walaupun engkau sedang tidur. Kapan saja mereka bisa mendatangi kita.
Sama saja engkau tutup pintu rumahmu atau engkau biarkan terbuka. Sekarang sudah jamannya orang masuk rumah orang lain tanpa ijin.
Siapkanlah tas berisi pakaian dan kebutuhanmu untuk saat engkau ditangkap. Sama seperti biasanya engkau menyiapkannya untuk ayahmu saat dia ditangkap. Jangan lupa engkau siapkan senjatamu untuk engkau gunakan di dalam penjara nanti, yaitu mushaf Al-Qur’an.
Gantunglah selembar kertas atau apa pun yang bisa jelas dilihat, dan tulislah “Di negeriku, semua nilai telah hilang.”
Sejak sekarang berbicaralah kepada anak dan adik-adikmu yang masih kecil tentang kemungkinan engkau ditangkap. Berilah mereka pemahaman bahwa kalaupun hanya mereka yang tersisa di luar penjara, mereka harus melanjutkan jalan perjuangan. Beginilah perjalanan dakwah, kalau ayah sudah tidak bisa, maka anak-anaknya; kalau anak-anaknya sudah tidak bisa, maka bayi-bayi kecilnya.
Mintalah mereka berjanji untuk melanjutkan perjuangan, hingga tanah air ini kembali lagi kepada pangkuan rakyat.
Tinggalkanlah mereka dengan penuh harapan akan berjumpa lagi. Kalau tidak di atas bumi, maka pasti akan berjumpa di langit.
Keluarlah dari rumah dengan seraya memekikkan takbir kemenangan. Allah swt. lah yang akan memberikan kemenangan itu kepada kita.
Maka, kitalah wanita-wanita yang merdeka; sedangkan mereka (pengkudeta) sejatinya hanyalah budak sahaya.” (msa/dkw/ansarportsaid)


MERDEKA ialah bebas mengembalikan ruh dan jasad kepada FITRAH beriman dan bertaqwa sapertimana ikrar semua ruh sebelum di tiupkan kedalam jasad 'Siapa Tuhanmu? semua ruh berikrar 'Tuhanku ialah Allah'. Jika berlaku sebarang halangan untuk manusia kembali mengembangkan fitrah keinsanan seperti ikhlas berkasih sayang, berbuat baik sesama mereka, berakhlak mulia dan melakukan pelbagai kebajikan, maka KITA BELUM MERDEKA. Tepuk dada tanyalah iman. Halangan boleh sahaja berlaku kerana kurang mampu menahan nafsu marah, dengki, sombong dan sebagainya. Halangan juga di sebabkan tidak berilmu, malas, tidak berwawasan dan menjadi pengikut membutatuli.   WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment