NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, August 14, 2013

TOUCH BASE= PENYELARASAN PERANCANGAN

Salam

Rabu 14 Ogos 2013/ 7 Syawal 1434H

"Dulu gaji guru rendah tapi barakah" demikian satu komen saya terima mengenai prestasi Tadika Smartop. Reaksi positif komen ini ialah kami mengadakan perjumpaan untuk 'TOUCH BASE' iaitu memberitahu tentang perancangan di samping menyelaras pencapaian dan prestasi pelajar Smartop. Kita kena ada ROAD MAP yang jelas sebelum tahun 2013 berakhir, demikian komitmen Lembaga Pengelola Smartop. TOUCH BASE adalah bahasa permainan baseball di Amerika untuk berkomunikasi dengan pemain yang lain.

Hasil perbincangan selama dua hari kami mencapai kesepakatan Smartop perlu mengujudkan modul sendiri yang menggabungkan pengalaman yang selama ini di ujikaji keberhasilannya. Pendekatan agar setiap kelas di ujudkan Lead Teacher dan seorang pembantu juga akan di laksana semula. Pertukaran guru yang kerap mengelirukan anak-anak. Peranan setiap murobbiah dan petugas Smartop akan di nilai semula mengikut keperluan strategik.  Seorang guru ganti Teacher An (Mandarin) akan memulakan tugas pada 26 Ogos sehingga akhir tahun insyaAllah. Pendaftaran Taska juga di fokuskan untuk memohon geran RM20K di mana tarikh tutupnya ialah 31 Ogos 2013. Semoga semua yang terlibat dalan Smartop bantu munajat agar Allah mudahkan urusan ikhlas kita mengujudkan Smartop di Tangkak.

Kami turut membincangkan agenda mengadakan Hari terbuka (Open House) Smartop pada Ahad 25 Ogos 2013 dengan dua objektif: satu, mempromosi keujudan Smartop di Tangkak dan kedua mengutip Dana Pembangunan Smartop. Program open house adalah bergabung dan dengan kerjasama Kohatsa.

Kemeriahan Syawal tahun ini di selangi menziarahi kaum keluarga, menyambut kepulangan adik saya daripada Umrah dan menyambut tetamu dari jauh dan dekat. Terdapat juga berita sedih seorang saudara pangkat cucu meninggal dunia kerana kemalangan di Terengganu dan di kebumikan di Dato Keramat tempat ibu bapanya menetap.  Smartop juga meraikan majlis pertunangan pasangan murrobiah muda pada 5 Syawal yang kami doakan keberkatan untuk masa depan Smartop insyaAllah.
 GAMBAR-GAMBAR KENANGAN HARI RAYA DI TANGKAK SYAWAL 1434H

Tajuk TOUCH BASE  saya bawakan dalam blog kali ini kerana banyak maklumat yang saya belum tahu tentang bandar Tangkak tempat saya menyumbang bakti. Ia berkaitan dengan berhariraya di pekan ini yang menemukan saya dengan pelbagai fakta yang tidak di komunikasikan sebelum ini yang agak memeranjatkan.


Sewaktu berbincang mengenai mencari pasangan hidup yang ingin kami aturkan untuk beberapa orang anak saudara dengan kenalan di Tangkak, terungkap kata bahawa ada beberapa peribadi yang kurang sesuai kerana merokok dan TIDAK SOLAT, TIDAK PUASA. Saya agak tekejut dengan fenomena ini kerana di fahamkan warga negeri Johor beres soal agamanya. Mungkin penilaian satu ketika dahulu ia benar, namun mutakhir ini suasana dan persekitaran berubah dan warga Johor tidak berbeza dengan rakyat Malaysia yang di dodoikan dengan budaya hiburan serta kalalaian.

TOUCH BASE berikutan maklumat ini ialah kami di Smartop kena pastikan lebih ramai anak-anak perlu dididik dengan asas akidah yang kukuh semoga generasi yang tidak solat dan tidak puasa di persekitaran Tangkak dapat di ganti dengan yang lebih beriman. Di fahamkan banyak surau di kawasan pendalaman yang tidak berfungsi kerana ketiadaan jemaah yang memakmurkanya, malah satu maklumat menyatakan kesan tidak solat sebuah kampong berhampiran bandar Tangkak kerap mengalami banjir. WaAllau'alam.

Untuk tujuan TOUCH BASE kami mengulangi berkomunikasi dengan semua murobbiah tentang konsep IHES/QGDP iaitu ikhlas kerana Allah,berhikmah dan menjalin persaudaran (ukhuwwah). Demi memperkukuh akidah anak-anak kami menyusun semula pelaksanaan aktiviti agar lebih berkesan antaranya memastikan kesempurnaan berwuduk dan memperbetulkan bacaan solat agar jelas dan tepat sebutannya..

Sewaktu menulis blog ini saya terganggu dengan perkembangan di Mesir yang kian meruncing di mana ramai rakyat syahid dan negara tersebut di istihar darurat.Ia merupakan ujian terbesar umat lslam abad ini kerana kekuatan kuffar atau musuh lslam di curahkan untuk membantai kesabaran umat beriman yang menentang kezaliman. Mari kita umat lslam TOUCH BASE menyelaraskan doa Qunut Nazilah setiap waktu solat dan mendirikan solat hajat semampu mungkin. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Tahu!!

Maksud Qunut Nazilah:
Ya Allah sesungguhnya kami menjadikanMu sebagai pendinding (kepada musuh-musuh) kami
Kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka
Wahai Allah hancur leburkan kumpulan-kumpulan mereka
dan kacau bilaukan persatuan mereka
cerai beraikan pakatan mereka
dan goncangkan pendirian mereka
dan hantarkanlah anjing keatas mereka dari anjing-anjing kerahanMu
Wahai Tuhan yang Maha Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang bersifat Murka
Ya Allah Wahai Ttuhan yang menggerakkan awan
wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab
tewaskanlah mereka
dan bantulah dan menangkanlah kami keatas mereka

No comments:

Post a Comment