NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, August 10, 2013

MELAZIMI RAMADHAN=MEMBIASAKAN RAMADHAN

Salam

Sabtu 10 Ogos 2013/ 3 Syawal 1434H

KECANTIKAN AKAN MENYERLAH KESAN MELAZIMI PROSES BERBUNGA

Alhamdulillah KELAZIMAN (bukan KEZALIMAN) berpuasa bulan Ramadhan dapat di teruskan dalam bulan Syawal melalui amalan ibadah sunat dan sunnah (contohi Rasulullah saw) yang digalakkan iaitu puasa enam hari dalam bulan Syawal (puasa enam). Saya turunkan petikan di bawah:

Kelebihan Puasa 6 Syawal

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW.
Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.
Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun.
Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. 
Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.
Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.
Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya.
Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Petikan di atas menunjukkan MELAZIMI ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan melalui pelbagai aktiviti mendekatkan diri kepada Allah merupakan satu tuntutan sekalipun dalam hadis di atas ia seolah 'short cut'. Melazimi antara lain hati masih terikat dengan rutin Ramadhan, berpuasa mengikut kemampuan dan iftar serta bersahur untuk keberkatan hidup. Solat berjemaah, membaca AlQuran dan menambah ilmu serta memberi infaq/sedekah secara konsisten.

Marilah kita berlaku BENAR (SIDDIQ) meraikan pelbagai anugerah Allah pada diri kita dan kehidupan kita dengan terus menerus MELAZIMI apa yang di anjurkan kepada seorang Muslim melakukannya sebelum datang hari yang akan menyebabkan semua manusia menyesal kerana tidak mengambil peluang yang bertalu-talu Allah ketuk di muka pintu kita setiap saat.

Bercakap tentang peluang, sebaik sahaja selepas Ramadhan saya melihat ramai pelanggan di kedai makan di kampong saya mencari kelainan kerana mula muak dengan makanan ketupat rendang. Tambahan makan waktu sianghari baru bermula, berpusu-pusu pelanggan membuat tempahan roti canai,nasi lemak dan sebagainya. Kedai adik saya di pekan Tangkak mula di buka pada hari raya kedua. Di beritakan pendapatan agak lumayan. Bagi yang menyediakan makanan dan serentak berpuasa enam,ia satu cabaran dan rezeki bertambah dari Allah. Semoga kelaziman ini dapat berterusan.

Saya yakin di kota-kota besar seperti KL musim selepas raya lebih ramai pelanggan yang mencari kedai makan dalam perjalanan pulang bertugas semula.Saya masih ingat sewaktu anak-anak masih kecil pulang ke Petaling Jaya kami cuba mencari kedai makan yang kebanyakannya masih tutup (raya sakan). Bagi yang membukanya kami di beritau makanan habis. Terdetik dalam fikiran mengapa mereka tidak merancang bahawa pelanggan ramai dan perlu di sediakan bahan tambahan, waAllahu'alam. Apa pun sejak peristiwa itu kami berbekal makanan dari kampong setiap kali pulang ke KL untuk mengelak kekecewaan selepas beratur panjang untuk membeli makanan dan hampa akhirnya.

MELAZIMI bererti amalan yang di biasakan yang tidak seharusnya berkurangan selepas Ramadhan. Alasan bahawa puak syaitan dan nafsu telah kembali menggoda tidak boleh di terima sekiranya ibadah puasa kita di redhai Allah. Semua urusan menjadi hak Allah menganugerahkannya, so ia harus bermula dengan mujahadah 'membiasakan' amalan yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan menjadi akhlak dan peribadi/tabiaat yang kekal kepada kita umat lslam diakhir zaman.

Antara yang ketara ialah kekalkan amalan KURANG rehat dan tidur, kurangkan makan minum dan hapuskan tabiaat berlama-lama menonton acara TV /internet yang tidak bermanfaat kepada memulihkan imej umat lslam.

Blog ini merupakan amaran pada diri saya dan ahli keluarga saya dahulu. MELAZIMI akhlak Ramadhan pada saya bererti menjanjikan pelbagai ketenangan,keberkatan dan keyakinan bahawa tidak ada yang rugi dalam hidup ini sekiranya kita perbetulkan nawaitu untuk menjadi hamba Allah yang berprestasi di dunia dan diakhirat sekalipun berbulan-bulan berdemo di Tahrir Square menuntut kebenaran. Untuk berprestasi perlu mujahadah menamabah ilmu, mecari keberkatan Alquran, melakukan semua ibadah dengan sempurna dan menjaga hubungan silaturrahim yang utuh demi meraih keredhaan Allah. Senarai  MELAZIMI/ MEMBIASAKAN amalan harian boleh di senaraikan seperti berikut:

1. Sujud syukur kerana nikmat tak ternilai masih hidup dalam keamanan zahir (aman sebenar ialah lslam bebas mentadbir) dan dapat menyara hidup dengan rezeki yang di jamin Allah selagi kita hidup setelah berusaha dan bertawakkal
2. Menambah ilmu lslam sambil melakukan ibadah sunat siang dan malam minimanya solat dhuha dan witir
3. Berpuasa minimanya 3 hari dalam sebulan 13-15 bh setiap bulan
4. Berinfaq harta setiap hari minimanya RM1 dalam 'tabung kemanusiaan' di rumah masing-masing
5. Berziarah saudara mara, sahabat handai dan kenalan jauh dan dekat mengikut kemampuan di samping membudayakan amalan soleh di kalangan anak-anak dan ahli keluarga.
6. Membaca dan menghafal AlQuran, khatam sebulan sekali dan hafalan satu ayat sehari.
7. Melakukan amalan baik (amar makruf) dan mencegah mungkar melalui penyertaan dalam Badan-badan Kebajikan dan NGO minimanya menyertai aktiviti masjid dan surau terdekat
8 Melawat ke tempat-tempat yang memberi kesan kepada kesedaran menjaga lslam sebagi deen seluruh alam
9. Menyantuni fakir miskin,asnaf,ibu tunggal yang memerlukan bantuan dan sokongan moral
10. Berbaik sangka kepada semua kejadian yang menimpa kita sebelum menghukum dan bertindak serta banyakkan solat istikharah minta Allah buat keputusan terbaik demi kejayaan umat lslam


Cukuplah sekadar 10 KELAZIMAN yang di senaraikan kerana ia merupakan 'ROAD MAP' untuk meraih hasil dalam setahun menjelang jika umur kita di panjangkan Allah. Jika umur tidak kesampaian harap-harap waris yang membaca blog ini melakukannya sebagai amal soleh saya yang berkekalan di alam barzah insyaAllah.

SEMPENA HARIRAYA AIDILFITRI 1434H DI SHAH ALAM

POTRET KELUARGA SYAWAL 1434H DI TANGKAK JOHOR

1 comment:

  1. Mabruk alaih,moga ALLAH sentiasa memelihara keluarga mak uda dan pak uda,MasyAllah keluarga sakinah..amin,bahagia dunia akhirat,bertemu kita semua di syurga nanti,sebagai cita2 kita..amin3..

    ReplyDelete