NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, August 4, 2013

MUNAJAT GLOBAL

Ahad 4 Ogos 2013 / 26 Ramadhan 1434H

Alhamdulillah namun sedih kerana masa yang begitu mencemburui umat lslam terus beredar. Peluang menghabiskan masa 10 terakhir Ramadhan telah kami usahakan sebaiknya, samada di Masjid Negeri Shah Alam, di Surau AtTaqwa dan iftar di Anjung 7.

Berita daripada Mekah juga di terima menyatakan sesaknya Masjidilharam sehingga terpaksa solat di jalanraya. Semoga Allah memudahkan semua urusan kita dalam baki hari-hari Ramadhan yang akan meninggalkan kita.

 IFTAR DI ANJUNG 7 DENGAN JEMAAH PADAT DI SURAU SEMENTARA

Negara Mesir dan tuntutan rakyatnya agar di kembalikan Presiden yang di pilih secara sah masih bergolak, begitu juga di Syria. Kami mula serabut membuat pilihan untuk membeli barangan daripada kedai warga Iran yang menjual barangan negara Timur Tengah antaranya jus delima kerana kami juga tidak akan menyokong kezaliman puak Syiah yang menganut 'agama' berbeza daripada ajaran Rasulullah saw.

Kini pada malam 27 Ramadhan kami beramai-ramai menyertai MUNAJAT SEDUNIA (GLOBAL) agar Allah SWT menganugerahkan umat lslam kejayaan memertabatkan kemuliaan dan keadilan hukum dan peraturan 'rabbaniah' berbanding 'syataniyah' di muka bumi ini.

SAHUR PERDANA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM


Tengahari Jumaat 25 Ramadhan kami menyaksikan syahadah dua orang saudara baru (remaja) di Masjid Shah Alam. Saya berpeluang solat Jumaat kerana dalam iktikaf dan menyaksikan dari dekat program syahadah tersebut. Sebak di dada mendengar kalimah thaibah di suarakan saudara baru seolah selama ini saya merasa tidak berbakti langsung untuk menyebarkan kebenarannya. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Mengapa masih ramai insan yang tercari-cari pegangan sehingga mudah di mangsakan sembahan yang menyesatkan, antaranya sembahan budaya hedonism anutan (ikutan) ramai remaja hari ini. Suami saya cuba mengajak anak cucu beriktikaf sama namun masing-masing berhalangan dan masih belum musim cuti.

Peristiwa  seorang petugas Masjid di Bangi meninggal dalam sujud menggemparkan berita kerana sebelum ini berita yang sama belaku di negara Arab. Dua tiga kematian dalam bulan mulia Ramadhan turut berlaku dalam kariah kami,semoga semua ruh mereka di rahmati Allah.

Saya menulis tajuk MUNAJAT GLOBAL kerana amat yakin bahawa umat lslam mesti bersatu hati menyembah Allah dan memohon di selamatkan umat ini daripada pelbagai kezaliman terutama yang berlaku di Mesir. Selama ini hak umat lslam di pandang mudah dan rendah oleh puak kafir kerana umat lslam lemah sedangkan kita menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi. Tidak ada kuasa sebanding Allah yang mampu menumpaskan lawan tetapi mengapa kita masih tertindas.

Selain sebagai ujian untuk berjihad fenomena kelemahan jatidiri dan KEIMANAN umat juga puncanya. Contoh yang nyata ialah bagaimana umat lslam menyambut Ramadhan, adakah gembira hingga ke akhir atau sekadar 'adat' melepaskan 'batuk di tangga'. Masih lagi terdapat masjid tidak di makmurkan sekalipun pada malam sepuluh terakhir. Semoga budaya yang mula berputik di masjid Shah Alam akan dapat di kembangkan (di dakwahkan) ke merata tempat umat lslam berada di negara ini.

Forum "Ramadhan Usah Kau Pergi' yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam pagi Ahad 4 Ogos amat meransang suasana hati yang gersang amal,antaranya sikap berkasih sayang sesama lslam, rutin berinfaq yang masih belum menjadi budaya kerana nafsu 'kikir' dan banyak lagi input yang amat bernas di kongsi oleh ahli penal. Doa saya suntikan ini akan hidup subur dalam jiwa yang ingin bersama dalam MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT GLOBAL di seluruh dunia pada malam 27 Ramadhan insyaAllah.

Ya Allah bukakan pintu-pintu RAHMATMU, MAGFIRAHMU, KEBERKATANMU DAN REZEKIMU untuk kami kesan munajat ini. Bebaskan kami daripada pelbagai tekanan yang menyebabkan kami mundur, antaranya nafsu kikir kami yang berat kepada dunia. Ringankan belenggu yang mengikat jiwa kami melalui anugerah sifat dermawan di akhir Ramadhan ini supaya kami dapat menyertai makhluk di langit yang taat dan sentiasa beribadah kepadaMu.Ameen.

No comments:

Post a Comment