NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, August 9, 2013

AKHIRNYA BERAKHIRLAH

Salam


Rabu 7 Ogos 2013 / 29 Ramadhan 1434H-9 Ogos/2 Syawal 1434H

Hari terakhir Ramadhan saya, suami dan cucu-cucu menamatkan ikhtikaf di masjid negeri awal pagi. Banyak urusan menjelang Aidilfitri yang belum di bereskan. Saya sempat menziarahi teman yang sakit di Hospital Sg Buluh.Alhamdulillah beliau kelihatan sihat dan ada harapan sembuh seperti biasa.
BERSAMA SITI MAZNAH DI HOSPITAL SG BULUH

Kesedihan meninggalkan Ramadhan amat terasa apatah lagi sepanjang masa kami beriktikaf. Berita daripada adik saya di Mekah di terima menyebutkan malam 27 Ramadhan mereka hanya mampu bersolat di jalanraya kerana kawasan padat dengan tetamu Allah. Semoga jihad kecil ini menjanjikan mabrurnya umrah mereka. Di beritakan mereka akan sampai ke tanahair pada 4 Syawal insyaAllah.

Saya dan suami kini menginsafi betapa pembaziran makanan berlaku ketika kami bersiap memasak sendiri setiap menyambut Syawal ketika kami tidak berumrah. Setelah berumur 60an baru kami merancang bahawa makanan hariraya mudah di urus melalui sumber yang di percayaai halalan toibannya dengan menempah terlebih awal. Cara ini akan menjimatkan masa dan membantu pembekal melariskan masakannya.

Masa yang ada sedikit sebelah petang sebelum bertakbir malam Aidilfitri kami mengambil tempahan makanan di Kajang. Itu pun sampai rumah Shah Alam kami melewati waktu maghrib, hari terakhir Ramadhan kami berbuka dalam kereta, alhamdulillah.

Tempahan kedua ialah menjaga hubungan dengan seorang ibu tunggal di Kg Sg kandis iaitu lontong. rupanya semasa kami ke Kajang beliau telahpun menghantar lontong dan dua jenis lauk untuk kami, alhamdulillah. Saya berjanji akan menemuinya malam itu juga lantas membawa 6 orang cucu ke rumahnya. Memang rasa berbeza menjelang Syawal tahun ini kerana ia berkaitan dengan menjalin silaturrahim yang menjadi salah satu doa saya. Semoga Allah maqabulkan doa saya yang lain kerana bulan ini penuh limpahan rahmatNya.
DI RUMAH PUAN ASIAH KG SG KANDIS KLANG


Bercakap tentang doa saya tersentuh ketika seorang teman saya di Shah Alam bercerita usahanya ingin anak remajanya tidak menjadi obese (gemuk). "Saya banyak berdoa..." cetusnya bila saya menegur bagaimana anaknya kini slim dan berat badan terkawal.Tepat sekali dalam semua urusan kita tidak boleh memisahkan diri daripada memohon Allah memberi petunjuk sekalipun dalam urusan sekecil putus tali kasut. Terkenang betapa ramai remaja yang hilang jati diri kesan kegemukan (obese) dan tidak ada sebarang usaha positif mengatasinya apatah lagi berdoa.Saya terkesan dengan kisah ini kerana ia menjurus kepada kentalnya akidah kerana sentiasa bergantung kepada kehendak Allah setelah berusaha sebaiknya. 

Seorang anak saudara saya turut berkongsi doanya dimaqabulkan Allah apabila wanita idamannya bersetuju menerima pinangan awalnya dan beliau bercadang berurusan dengan keluarga pihak perempuan pada 5 Syawal nanti. Alhamdulillah semoga insiden ini juga mengajar kita betapa setiap hajat yang ikhlas AKHIRNYA BERAKHIRLAH sesuatu musibah,kehendak atau hajat. Berakhirlah masa bujang anak saudara saya ini tak lama lagi insyaAllah.

Malam hari raya anak-anak cucu mula berkumpul di rumah kecil kami di Shah Alam. Apapun ia sebuah kebahagiaan dan menjelang subuh pagi 1 Syawal kami bangun menyiapkan makanan ruh dan sarapan  sebelum solat Aidilfitri. Ya Allah aku syukuri segala nikmatMu yang tak ternilai iaitu dapat menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga tahun ini, setelah lima tahun saya merayakan 1 Syawal di tanah suci Mekah atau Madinah.
HARI RAYA BAGI ANAK-ANAK SELEPAS LATIHAN BERPUASA IALAH PUNCAK KEGEMBIRAAN

AKHIRNYA BERAKHIRLAH Ramadhan yang di tunggu dan di hayati keberkatannya. Tidak pasti lagi kita akan bersama Ramadhan tahun 1435H seperti yang berlaku kepada arwah adik saya Hj Mustapha. Setiap kita AKHIRNYA AKAN BERAKHIRLAH umur singkat di muka bumi ini menuju ke alam barzah yang panjang dan lebih mencabar dengan pelbagai hisab.

Sepajang hari 1 Syawal saya dan keluarga menghabiskannya dengan ziarah saudara mara suami saya di Kajang. Adik beradik saya ramai yang merayakannya di Tangkak. Dalam wassapps ada yang membuat komen adik beradik saya yang perempuan semua berada di Tangkak kecuali saya. Jawapan saya mudah sahaja  'belajarlah kehilangan seseorang kerana AKHIRNYA AKAN BERAKHIRLAH dengan kehilangan jua.'

Bagi sesiapa yang Allah didik dengan sedikit kehilangan sebelum datangnya kehilangan sebenar redholah kerana AKHIRNYA AKAN BERAKHIRLAH setiap hubungan kecuali hubungan intim dengan Allah yang perlu di jaga dan di nikmati sebaiknya. Memang saya ada melihat sedikit kesan kehilangan di beberapa situasi, saya hanya mampu berdoa agar saya juga nanti tabah menghadapi sebarang pengakhiran sebuah hubungan yang sementara.

Sedikit tentang perkembangan jihad di bumi Mesir. AKHIRNYA AKAN BERAKHIRLAH samada HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID. Doa akan sentiasa mengiringi pencinta kedamaian yang tercerna dalam peribadi umat lslam. Jika mereka di zalimi akan berakhir juga mereka yang menzalimi malah AZAB ALLAH AMAT PEDIH. Pilihan di tangan semua yang beriman untuk memilih cara hidup yang di idamkan. Saya akan tetap memilih HIDUP MULIA MATI SYAHID. Semua akan berlaku dengan izin dan ketentuan Allah jua.  

SEKITAR GAMBAR HARI RAYA 1434H

DI KUNJUNGI

KAMISAH DENGAN ANAKNYA YANG SEDANG MEMBESAR


PAK KMT DENGAN KELUARGANYA SEMPAT DATANG KE RUMAH KAMI PETANG 1 SYAWAL

MENGUNJUNGI

SALAH SEBUAH RUMAH KELUARGA YANG KAMI KUNJUNGI DI KAJANG

DI RUMAH ABANG SULONG SUAMI SAYA
MENGUNJUNGI RUMAH HJ AZMAN
     BERSAMA KAK NGAH

No comments:

Post a Comment