Salam
Rabu 17 Julai 2013 / 8 Ramadhan 1434H
Lucu sekali...Smartop semacam kemaruk dengan bahasa mandarin sepanjang minggu ini. Dengan munculnya Nuraihan sebagai teacher Mandarin para guru telah dua kali menerima input bahasa tersebut sementara anak-anak telah tiga kali termasuk hari ini.
Suami saya yang di tugaskan menyampaikan amanat ringkas pada program iftar Smartop hari Sabtu akan datang siap untuk memulakan bicara dengan bersyahadah dalam bahasa mandarin. Awal-awal saya telah booking teacher Nurihan cuti musim sejuk (winter holiday) 3 bulan December 2013-March 2014 harus meneruskan menjadi jurulatih mandarin berterusan di Smartop.
TEACER AN COACHING KALIMAH SYAHADAH DALAM BAHASA MANDARIN
Memang bergegar Smartop sejak Isnin kerana kami memotivasi anak-anak dengan lagu dua ekor anak harimau ( liang zhi laohu) setiap hari. Teacher Raihan mengajar 3 sesi: anak-anak 3 tahun, 4&5 tahun dan 6 tahun. Tema saya kepada teacher Raihan 'seronokkan anak-anak dengan bahasa mandarin'. kami memberi hadiah belon kepada anak-anak selepas persembahan.
Persiapan iftar turut mengisi masa kami sepanjang hari berbincang dan membuat ramalan bagaimana warga Ledang menerima jemputan kami. Yang saya lihat suasana di Tangkak sambutan iftar jamaie (bersama) tidak berlaku kecuali di kalangan kaum lelaki di Masjid. Suami saya yang memang telah mendapat fatwa sejak bertahun berRamadhan di Masjidilharam Mekah pasti akan meninggalkan rumah untuk iftar(kecuali ada majlis iftar jemputan) alasannya kerana Ramadhan hanya datang sekali setahun, sedangkan makan minum bersama ahli keluarga boleh di lakukan dalam 11 bulan lagi.
Blog ini bertajuk awal syahadah 'Aku naik saksi' dan akan saya muatnaik (upload) video rakaman suara teacher Raihan setelah berjaya berbuat demikian. Harapan saya cadangan menghantar Teacher Ikram mengikuti tuition bahasa mandarin akan kesampaian kerana cabaran berbahasa mandarin untuk berdakwah di Tangkak ini amat besar. Teacher Raihan menyatakan lepas 3 bulan belajar akan dapat kuasai bahasa ini. Teacher Ikram mahu jadikan cabaran 1 bulan setengah! semoga berjaya selepas cuti hari raya nanti insyaAllah. Sementara itu kami akan berdoa semua di Smartop di bukakan pintu hati dapat menghafal syahadah dalam bahasa mandarin, ameen.
Smartop juga telah menyiapkan smartopkids blogspot. Semoga ramai dapat singgah menikmati catitan di blog tersebut.
Fengzhai kuaile (selamat berpuasa)
No comments:
Post a Comment