NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, July 15, 2013

SHANGU WU HAO = GOOD MORNING



Salam

Isnin 15 Julai 2013/ 6 Ramadhan

Alhamdulillah sms yang masuk lewat malam tadi daripada kakak saya memberi sedikit kelegaan kerana sepanjang masa selepas bakal guru UPSI menolak tawaran mengajar Mandarin saya tercari-cari jalan bagaimana memenuhi janji Smartop untuk memperkenalkan bahasa tersebut kepada anak-anak yang ingin di asaskan dengan konsep pendidikan integrated.

Kakak saya minta saya bertemu anak seorang temannya seorang pesara guru. Anak beliau sedang bercuti daripada pengajian Mandarin di University Beijing Language and Culture Cina hampir dua bulan. Saya terus jawab AMAT DI ALU-ALUKAN. Rupanya suami saya mendengar kelegaan saya lantas menyampuk 'saya berdoa agar Allah mudahkan urusan mendapatkan guru Mandarin,alhamdulillah doa dah maqbul." Ameen.

Tajuk blog di atas adalah mengambil sempena hari pertama Teacher An (Nuraihan) bertemu anak-anak nursery dan pre school Smartop. Satu kalimah saja di ajar hari ini iaitu 'shangwu hao' bermaksud 'Good morning'. Beliau akan melapangkan masa mengajar guru-guru Smartop satu-tiga jam seminggu dan anak-anak Smartop selama 17 hari setiap hari  tiga jam di bahagi kepada tiga kumpulan umur. . Ini di sebabkan cuti Mid Semester pelajar pre school bermula tarikh hari raya sehingga 18 Ogos sedangkan teacher An akan membuat persiapan pulang ke Beijing mulai 20hb Ogos.

BERSAMA TEACHER AN YANG SEDANG MENUNTUT DI UNIVERSITY BEIJING LANGUAGE  AND CULTURE

Apa pun saya mengucap syukur dapat berkenalan dengan anak muda yang ingin mengikut jejak ibunya seorang bekas guru tetapi kini anaknya mengajar bahasa Mandarin. Dasar yang di perkenalkan oleh kementerian pelajaran Malaysia sejak tahun 2007 cuba memperbaiki kesilapan bergenerasi yang menafikan potensi berbahasa kepada pelajar di Malaysia terutama pelajar Melayu.

Rupanya penolakan bakal guru berbangsa Cina asal Tangkak untuk mengajar di Smartop ada hikmahnya kerana jika beliau di lantik sukarlah saya berkenalan dengan teacher An dan ibunya seorang pesara yang nampak bersemangat dan gigih memperjuangkan prinsip berilmu. Saya berdoa ada barakah dan rahmat dengan kehadiran anak muda ini di Smartop.

Dek berat memikirkan janji berbahasa Mandarin kepada anak-anak Smartop saya telah mengutarakan kepada Teacher Zul Ikram yang menjaga IT/blogspot/facebook Smartop agar beliau menguasai bahasa tambahan Mandarin melalui tuition peringkat sekolah rendah supaya Smartop mempunyai seorang pakar jangka panjang. Satu syarat kepada Ikram ialah kena istiqamah bersama Smartop. Melalui ujian dan pemerhatian saya Ikram ada tokoh menjadi teacher contoh kerana sewaktu menjadi imam terawih bacaannya baik dan hafalan qurannya banyak.Katanya di Kolej KB beliau sering di minta menjadi ketua dan pengarah pelbagai program pelajar terutama untuk berdakwah. Di sini saya juga berdoa agar keberadaan Ikram memberi suntikan positif kepada Smartop. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Hujung minggu baru-baru ini padat juga kerana Smartop memulakan program ko kurikulum seni belajar kompang kepada anak-anak Smartop termasuk anak-anak transit berumur 12 tahun ke bawah. Pada hari Ahad programer yang kami lantik membangunkan blogspot Smartop datang memberi coaching kepada Ikram cara mengendalikan blogspot. Kini Smartopkids.blogspot.com telahpun wujud dan sedang dalam proses mengupload maklumat dan gambar insyaAllah. Kami tidak mengambil server berbayar kerana cukuplah apa yang di sediakan blogspot sekarang.

Saya berhenti di sini kerana sebentar lagi akan menghadiri kelas mandarin petama untuk guru-guru. Sejak pagi saya cuba mengingat perkataan shangwu hao untuk good morning dalam bahasa mandarin pun susah. Memang benarlah otak anak-anak saja yang berkesan menguasai bahasa baru kerana Glen Doman pakar ransangan minda pernah menyebutkan 'all children are linguistic geniuses' . Bagi orang berumur, selain banyak maklumat lama yang telah lupa,maklumat yang baru susah nak lekat. Semoga Allah merahmati.

Awal pagi tadi saya sedih mendapat berita seorang ibu daripada kumpulan usrah Shah Alam menderita sakit dan doktor mengesahkan ada ketumbuhan pada tulang pangkal otak dan tulang belakang iaitu kanser tulang. Dua anaknya menghantar sms agar mendoakan mamanya.Semoga Allah memudahkan rawatannya.ameen   

No comments:

Post a Comment