'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Friday, July 19, 2013
ORIGAMI DARI INDIA
Salam
Jumaat 19 Julai 2013 / 10 Ramadhan 1434H
Bulan Ramadhan mula masuk fasa Maghfirah hari ini. Semoga Allah buka luas pintu kemaafan dan umat lslam bersedia memaafkan kesalahan sesamanya kecuali kezaliman melampau.
Banyak juga ujian hari ini kerana awal pagi lagi saya kehilangan satu paket printed copy poster. Puas cari di rumah dan di pejabat rupanya kena solat hajat dan poster ternampak bawah meja, alhamdulillah. Tujuan poster ialah sebagai hadiah kepada sesiapa yang menderma di meja Dana Pembangunan petang esok.
Teacher Ikram mendapat mesej perlu ke Kelang untuk program kader. Saya yakin ia ujian pertama beliau ingin bersama Smartop. Tetap pendirian memerlukan keutamaan, contohnya program Iftar tidak akan berulang sedangkan latihan dan kursus boleh di hadiri lain kali. Atas dasar itu beliau bertahan menyertai iftar.
Seorang teman saya ada merujuk sikap ramai orang melayu yang kurang mampu mengurus krisis (crisis management), selalu melanting bila berhadapan sesuatu isu yang perlukan keputusan mendadak dan sukar membuat keputusan bijak. Seringkali sikap ini menyebabkan orang lain mudah nampak kelemahan kita. Beliau merujuk kes seorang pengintip bangsa Jerman sewaktu Perang Dunia ke II yang 'mencarut' (maki hamun) dalam bahasa German (kerana tak tahu memaki dalam bahasa Inggeris) bila beliau tertekan lantas musuhnya mudah mengesan identiti sebenarnya. Maksudnya setiap kita amat perlu kepada peribadi yang 'konsisten'(istiqomah) tidak mudah melatah dan nampak terancang demi sebuah keyakinan.
Smartop di kejutkan dengan kedatangan seorang tamu dari lndia hari ini. Beliau guru mengajar Art (seni) di sebuah sekolah di India dan sedang bercuti di Malaysia. Beliau ingin membuat demonstrasi mengenai kreativiti ORIGAMI. Saya gabrahlah kerana mendadak datangnya seorang guru lelaki, dari lndia lagi. Setelah bersoal jawab baru saya reda bahawa beliau seorang lslam bernama Salman. Apa pun dalam zaman tak selamat ni saya minta teacher lkram perhati jika ada sebarang pelik berlaku sewaktu demonstrasi.
DEMONSTRASI ORIGAMI
ANAK-ANAK TADIKA BERMINAT DENGAN DEMONSTRASI KRAF ORIGAMI
Telahan saya bahawa dia mesti ada agenda adalah benar kerana selepas demonstrasi beliau menjual buku ORIGAMI kepada pelajar. Terpaksa pula saya beli secara pukal dan tawar menawar harga. Bahaya juga jika mamat ni kena sergah jabatan pendidikan kerana peraturannya dia kena ada permit nak masuk sekolah atau mana-mana premis.
BUKU PANDUAN ORIGAMI DAN DUA HASIL KRATIVITI
Selain menyiapkan teks ucapan Pengerusi Lembaga Smartop hari ini untuk majlis Iftar saya memantau latihan persembahan anak-anak. Malang sekali doa lailatulqadar tidak di hadham anak-anak, terpaksa cancel agenda doa tersebut. Nampaknya anak-anak lancar menyanyikan lagu mandarin, satu pembaharuan dalam persembahan di Smartop alhamdulillah.
Setiap kali mengadakan majlis di Smartop saya akui banyak tugas perlu di lakukan, namun ia satu tarbiyyah kepada semua pihak, penganjur dan pelaksana. Malah saya perhati sewaktu majlislah banyak watak yang kurang mampu mengurus krisis akan terdedah. Perbincangan yang mendalam dan pembahagian tugas mungkin boleh membantu tetapi akhirnya tanggungjawab masih di pihak penganjur, termasuk menyediakan bujet.
Saya penuh tawakkal agar sepanjang program Allah bantu dan memudahkan kami di Smartop. Ada dua senario yang saya gambarkan: 1. kami di serbu ramai tamu. 2. kami kesunyian dengan petugas Smartop. Saya minta persiapan di buat setakat 50 tamu, namun standby 200 tamu. Segala lebihan akan di tapau. Dalam apa keadaan pun manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menetapkan semua perkara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment