NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, July 4, 2013

TANDA SOAL DI MESIR?

Salam

Sabtu 29 Jun - 4 Julai 2013/20-26 Syabaan 1434H

Saya terasa overtaken by events, banyak tertinggal. Belum sempat saya menceritakan perkembangan SMARTOP KIDS (GANTI NAMA SUFI) politik dunia telah memecahkan berita Presiden, Mesir, Dr. Mursi yang baru setahun memimpin, telah di gulingkan dalam Coup-D'tat ((Rampas Kuasa) oleh tentera awal pagi 4 Julai waktu Malaysia. Rasa sebak, sayu dan marah bergumal dalam dada. Allah lebih tahu bagaimana saya melihat detik-detik akhir penggulingan melalui Al-Jazeera dan CNN dengan penuh tandatanya MENGAPA?. Tersebar berita anggota Ikhwan Muslimin di berkas dan di penjarakan. Ya Allah berulang lagi kisah syahid anggota ikhwan dalam tahun 50-60an. Terasa benar untuk meraih taraf syahid dan syurga Allah bukannya jalan mudah.


Sejak Sabtu kesibukan Smartop bertambah kerana cuba menambah dana melalui jualan Crispy Sufi. Setakat ini fasa pertama mengenalkan produk alhamdulillah kerana sambutan menggalakkan. Namun untuk berterusan menyediakan pek dan mengedarkan kepada pelanggan memerlukan tambahan tenaga yang kami warga emas amat kesulitan sekali.

Saya dan suami sempat menghadiri majlis perkahwinan anak seorang bekas menteri berbangsa cina dan kami dapat melihat budaya perkahwinan yang kian larut malam kian terkesan dek minuman arak..kami pulang agak awal. Namun satu tarikan kepada peribadi bekas menteri ini ialah beliau seorang pakar bahasa Mandarin. Pertama kali dalam hidup saya menikmati bahasa yang indah seperti bahasa Arab. Makin berkobarlah semangat saya ingin memperkenalkan bahasa Mandarin kepada Smartop. InsyaAllah petang Jumaat ini saya ada temujanji dengan seorang bakal guru bangsa cina yang sekarang sedang menuntut di UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris Perak). Doa saya cita-cita mendedahkan bahasa baru kepada anak-anak Smartop akan kesampaian.

Apa pun di Smartop Kids alhamdulillah kami telah selamat melalui 'moment of truth' 1 Julai bilamana kami mengistiharkan kadar yuran baru. Bagi ibu bapa yang menghantar anak lebih seorang rupanya yuran pertambahan dengan diskaun bagi anak kedua dan ketiga tidaklah membebankan sangat. Kerajaan pula telah memaklumkan kenaikan gaji kakitangan awam, mungkin 'timing' kenaikan yuran kepada pelanggan Smartop yang rata-rata guru dan penjawat awam dapat di redakan kesannya. Setakat ini jumlah anak-anak kekal, malah bertambah di peringkat taska (nursery), alhamdulillah. Perkhidmatan kami masih releven di Tangkak, insyaAllah.

Saya merasa teruja ingin membuat lojakan kepada anak-anak di Smartop melalui persekitaran yang kaya dengan maklumat dalam pelbagai bentuk. Banyak kajian membuktikan perkembangan otak amat berkaitan dengan maklumat yang di dedahkan kepada deria melihat, mendengar, merasa,menghidu, menjilat, bersuara, bergerak dan memikir. Malah semua deria tersebut adalah ANUGERAH terbesar daripada Allah untuk di manfaatkan selagi ada hayat. Anak-anak yang kosong maklumat tidak dapat bertindakbalas dengan baik dan bijak kecuali melalui instink/nafsu bekalan asas jiwa yang belum terdidik. Tarbiyyah maksudnya mendidik jiwa mengenal kebesaran Allah dan memikul tanggungjawab yang di bebankan kepada insan. Zero maklumat tentang tanggungjawab maka zerolah hasilnya. Waallahu'alam

Berbalik kepada isu Mesir saya melihatnya sebagai pengulangan sikap 'confused' malah kufur rakyat Mesir tinggalan Firaun. Ketika Nabi Musa menyelamatkan mereka daripada kezaliman Firaun mereka berbalik mau menyembah patung buatan Samiri kerana kurang sifat JATI DIRI untuk beriman kepada Allah yang telah menyelamatkan mereka,. Orang yang rendah jati diri mudah berbalik mengikut nafsu instin malas dan suka bersenang-senang bukan jihad berkerja untuk menaikkan taraf hidup mereka. Taraf hidup akan naik jika kita meminta kepada pemberi rezeki seluruh alam iaitu Allah bukan mengingkariNya dalam pelbagai bentuk nampak atau tak nampak.

Satu lagi aktiviti Smartop sepanjang minggu yang saya tidak menulis ialah menghadiri majlis jamuan tahlil di rumah Chef kami nun jauh di kg Hang Tuah Sagil. Katanya Hang Tuah sewaktu mencari Puteri Gunung Ledang hilang di kampong tersebut..ialah khurafat tu!

Team menyediakan Report Kad pelajar dengarnya siap untuk menyediakan deraf kepada Lembaga Pengelola.

Seorang guru baru yang fokus mengajar Qiraati dan hafazan pun sudah mula selesa dengan takrufnya di kalangan anak-anak. Doa saya dan ahli lembaga agar kami sentiasa dalam aura IMAN DAN TAQWA.

Satu tarikh menyambut Ramadahan kami tetapkan iaitu 20 Julai sempena 11 Ramadhan dengan mengadakan Iftar di Smartop juga sempena mendoakan pemyumbang sarapan tiap hari yang akan berumrah agar beliau selamat dalam musafirnya dan mabrur umrahnya.


TANDA SOAL (QUESTION MARK) DI MESIR saya bawa dalam blog ini untuk meransang diri saya dengan soalan APA LAGI MANUSIA MAUKAN DARIPADA SEORANG PEMIMPIN KALAU BUKAN YANG BERTAQWA? Mesir seolah mau kembali kepada pemerintahan tentera yang lama menzalimi mereka. Memang dasar insan rendah jati diri dan kurang bersyukur. Prinsip kaum ini "kalau kami tidak punya apa-apa kami tidak mau orang lain memimpin kami dengan sumbangan yang bertambah baik" Mereka masih ingin kepada cara lama yang memudahkan kerana sudah kebiasaan.

Sebenarnya menerima perkara baru dan kebenaran adalah titik tolak perubahan, kalau mau berubah dan bertukar imej kepada yang baru mesti ubah KEBIASAAN cari ruang untuk mencabar diri kita agar Allah nampak kita ikhlas berkerja dan berusaha demi memertabatkan agamaNya yang mulia. Maksud ayat AlQuran Surah Muhammad 7 'Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Ia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.' WaAllahu'alam.

MENJELANG BULAN RAMADHAN YANG BARAKAH DAN PENUH MAGHFIRAH MARI KITA SEKALI  LAGI MEMANFAATKANNYA DENGAN PENUH IMAN DAN KEYAKINAN LAGI BERTAQWA BAHAWA ALLAH AKAN MENGUBAH NASIB KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT, AMEEN.     

No comments:

Post a Comment