NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 9, 2013

CONSPIRACY=SEKONGKOL

Salam


 

Rabu 10 Julai 2013 / 1 Ramadhan 1434H


Alhamdulillah doa kita di pertemukan Ramadhan maqbul lagi kerana kini kita berada di dalam bulan barakah yang menjanjikan banyak ganjaran.

Kata seorang Ustaz, sebulan ini kita ibarat bermusafir di highway yang banyak jalur dan tidak ada speed trap sebab syaitan di belenggu. Pecutlah sampai puas kerana kenderaan ada pada jasad kita, kita yang tentukan jenama kereta kita, jaguar, Volvo, mercedes, audi, mark x....isunya kena pecut dalam perjalanan yang tiada batas jarak kecuali MATI. Bekalan kena cukup kerana ia di persiapkan sepanjang 11 bulan lalu, antaranya petrol umpama semangat alQuran, alatganti dan tayar umpama fizikal sihat dan co-driver dan penumpamg yang boleh ganti bila penat umpama pasangan dan keluarga yang bersatu fikrah.

Memulakan bicara blog ini saya ingin memetik maksud ayat quran yang amat menyentuh hati saya membacanya pada hari pertama Ramadhan. Tersenarai 10 ciri-ciri hamba-hamba Tuhan yang Maha pengasih (rujuk ayat 63-77 Surah AlFurqan):

1.Orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati (tidak sombong) dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina/atau menzalimi) mereka mengucapkan 'salam'
2.Orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri
3.Orang yang berkata 'ya Tuhan kami jauhkanlah azab jahanam dari kami, kerana azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal.
4.Orang yang apabila menginfaqkan harta mereka secara wajar: tidak berlebihan dan tidak pula kikir
5. Orang yang tidak mensyirikkan Allah, tidak membunuh orang, tidak berzina
6. Orang yang tidak memberi kesaksian palsu
7. Orang yang menjaga kehormatan diri (tidak terlibat dengan kerja sia-sia)
8. Orang yang sedia menerima peringatan (tidak buta dan tidak tuli)
9. Berdoa di anugrahkan pasangan dan keturunan sebagai penyenang hati dan pemimpin orang bertaqwa
10. Beribadah dengan sabar

Jelas dalam maksud ayat Quran yang di rujuk bekal untuk beramal sepanjang Ramadhan sedangkan orang yang tidak beriman tidak ada sandaran ibadah untuk masuk pertandingan memandu laju sepanjang bulan mulia ini. Nilai tertera juga sesuai dengan konsep Ramadhan yang bercicikan rendah hati, pemaaf, dermawan dan bersilaturrahim.

Selepas lima tahun berturut saya dan suami menghabiskan sebulan Ramadhan di tanah suci Mekah dan Madinah, malah tahun 2012 selama 46 hari (paling lama) rasa kekok pun ada untuk beRamadhan di negara sendiri. Setinggi kesyukuran saya kepada Allah yang menganugerahkan saya HADIAH terbesar dalam hayat ini kerana sering berada di tanah suci dalam bulan yang mulia.

Hikmah tidak berpeluang ke tanah suci tahun ini banyak sekali terutama memantau perkembangan mutakhir perkembangan negara lslam yang di calarkan dengan CONSPIRACY pemimpin Mekah sendiri. Hikmah kedua mulai tahun ini jemaah luar negara tidak di benar berumrah sebulan malah diwajibkan pulang sebelum bulan Syawal. Peraturan yang menyusahkan jemaah kerana untuk datang dan pergi ke tanah suci dalam tempuh yang singkat serta bersesak pulang dengan khidmat 3rd class lapangan terbangnya akan menganggu ibadah Ramadhan di saat kritikal (akhir Ramadhan). Hikmah juga saya dan suami bimbang umur kami tidak memungkinkan sihat selalu kalau tidak ada orang mengawasi kerana di umur senja ini penyakit dan maut bergilir mengintai.

Tajuk blog kali ini cuba menyingkap isu tanda tanya di Mesir yang saya sentuh dalam blog lepas. Tiba masanya saya tidak lagi berminat menonton CNN dengan komen negatifnya tentang MUSLIM BROTHERHOOD yang di label sebagai lslamist dan terrorist sedangkan semua yang berlaku di Mesir mengikut jurucakap Ikhwan Muslimin adalah hasil CONSPIRACY DAN SEKONGKOL orang Mesir sendiri yang berkepentingan menjadi pemimpin seklipun tidak di restui rakyat.

Mengikut makna CONSPIRACY ialah pelan rahsia melakukan jenayah, penipuan dan kerosakan terutama untuk kepentingan politik. Dalam telahan saya PERSEKONGKOLAN di negara Mesir yang tidak menerima Dr Mursi berlaku oleh empat sumber berkepentingan politik: Israel dengan bantuan Amerika (Amerika mendokong kedua belah pihak Mesir dan lsrael sekaligus-dasar Munafiq!); Syria dengan bantuan Syiah; Saudi dengan konsep pemerintahan beraja (bukan demokrasi suara rakyat) dan pihak sekular di Mesir yang menentang kemurnian syariah lslam.

Revolusi tahun 1952 di Mesir telah mencatat ulangan sejarah hari ini yang saya tafsirkan sebagai HADIAH Allah kepada mereka yang syahid menentang kemungkaran. Soalan cepumas kita ialah 'HOW DO WE END OUR LIFE? sebagai syahid ? (ia hak Allah) atau sebagai orang yang Allah tak pandang pun kita (tersisih) kerana kita kurang yakin dengan kebenaran lslam?. Blog saya telah menjawab bahawa saya pilih syahid kerana sia-sia sahaja jika kita menipu diri BERSEKONGKOL dengan mereka yang langsung tidak ada 10 kualiti yang banyak di sebut dalam alQuran.

AlQuran Surah Hud ayat 113 dengan jelas dan tegas mengingatkan golongan bersekongkol:
"Dan janganlah kamu cenderong kepada orang yang ZALIM yang menyebabkan kamu di sentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah sehingga kamu tidak akan di beri pertolongan."

Senario di negara kita tidak kurangnya isu sengkongkol ini namun saya kurang arif berbicara kerana saya sendiri kurang mampu menhayati 10 kualiti yang di senaraikan sebagai HAMBA ALLAH sebenar-benarnya.
Seruan pada diri saya, ahli keluarga dan sesiapa saja yang sudi marilah kita manfaatkan bulan Ramadhan yang sedang di lalui ini dengan menggariskan ROAD MAP perjalanan agar lancar, penuh rahmat, magfirah dan di pelihara api neraka. Doa Ramadhan ini saya cuba minta Murobbiah Smartop ajarkan kepada anak-anak semoga mencapai kesan kerana Allah sentiasa mendengar doa hambanya apatah lagi yang bebas dosa golongan anak-anak pra sekolah.

Sedikit catitan perkembangan Smartop ialah kami telahpun mendapat feedback kenaikan yuran dengan lima pelajar menarik diri tanpa rayuan sedangkan siapa yang merayu kami akan kekalkan yuran yang sama dan kami nawaitukan sebagai 'asnaf' sekalipun mereka bukan golongan asnaf. Usaha meyakinkan guru mandarin agak kecundang, semoga ada gantinya insyaAllah. Seorang jejaka akan menyertai team Smartop menjaga website dan facebook supaya sentiasa di update sebelum intake pelajar 2014. Diberitakan Jabatan kebajikan Masyarakat ada menawarkan geran RM10K dengan cara membuat permohonan sebelum 31 Ogos, semoga kami ada peluang mendapat geran ini.

Penilaian terkini anak-anak Tadika agak kurang menyenangkan kerana masih ada yang belum mampu membaca, menulis dan mengira. Antara sebabnya mereka tidak fokus, perlu lebih perhatian dan kurang sokongan di rumah. Kalau rakyat Mesir di uji dengan keselamatan yang meruncing kami yang mengaku beriman pasti di uji sedikit agar dapat mecipta pelan tindakan yang lebih praktikal. Mudah-mudahan masa reda di bulan Ramadahan (Murobbiah tidak makan) boleh di tumpukan kepada coaching anak-anak ini di sertai doa Allah buka minda mereka untuk suka belajar.

Di beritakan juga pelajar Mesir ramai yang pulang kesan suasana darurat di Mesir. Seorang anak saudara saya pelawa mengajar bahasa Arab dan bahasa Inggeris Komunikasi sepanjang Ramadhan menggantikan bahasa Mandarin. Namun perkara ini akan di rundingkan kerana kos menyara agak ketat semoga Allah berikan pertolongan insyaAllah. WaAllahu'lam.

No comments:

Post a Comment