NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, June 24, 2013

HAZE-JEREBU

Sabtu-Isnin
22-24 Jun 2013/13-15 Syaaban 1434H

Sejak ahad minggu lalu team Smartop Kids (nama baru Sufi) menghabiskan masa merancang pelbagai isu ke arah melonjakkan urusan pra sekolah. Isu utama ialah cuba mendapatkan 'bridging finance' (sumber kewangan) sebagai persiapan menghadapi 1 Julai.

Kami bertawakkal menaikkan yuran Smartop Kids mulai 1 Julai untuk menampung pelbagai kekurangan sejak mula beroperasi. Azam kami ialah menyusun semula kemampuan murobbiah dan pencapaian anak-anak sebagai bukti komitmen yang bermula sejak 2 Disember 2012 di Masjid jamek Tangkak.

Cadangan membangunkan website Smartopkids.blogspot.com terjawab melalui usaha seorang programmer, semoga akan menjadi pembuka perubahan yang positif.

Dua hari kami membuat tinjauan terhadap pembekal kerepek yang akan menjadi punca mencari dana menjelang musim Ramadhan dan perayaan Aidilfitri. Alhamdulillah pembekal merupakan tokoh terkenal di kalangan usahawan peladangnita Daerah Ledang. Harap-harap usaha ini berhasil selain menjalin silaturrahim dengan kumpulan peladangnita  Ledang yang Pengerusinya ialah kakak saya sendiri Hajjah Nortipah Md Top.

Pertemuan dengan kakak saya selaku pengasas Tadika/Taska Subur Fitrah yang juga ahli lembaga Smartop Kids cuba mengembalikan keyakinan kepada peranan utama beliau selaku tokoh terkenal di bandar kecil seperti Tangkak. Mungkin saya silap membuat pembaharuan dan menghulur bantuan tanpa melibatkan beliau. Terungkap kata 'saya tak di perlukan' seolah saya memingirkan beliau, almaklum kami pun tidak punya cukup dana untuk menghargai sumbangan sukarelawannya sebagai ahli Lembaga dan tidak mahu membebankan beliau yang sedia sibuk. Apa pun kesalahfahaman termasuk kenaikan yuran telah di perjelaskan, harapan kami team Smartop Kids bertindak sebagai satu pasukan.

Tuition murobbiah telah bermula pada petang khamis di ruamh sewa kami. Kami membincangkan tajuk haze (jerebu) sesuai dengan tajuk tema bulanan Smartop Kids "l love environment'. Esoknya terus masalah jerebu di daerah Muar dan Ledang menjadi terburuk dan semua sekolah dicutikan. Masa cuti peluang kami berbincang dan mengatur strategi pra sekolah termasuk penilaian dan hari report card pelajar sebelum cuti bulan November bermula nanti. Semuanya tertakluk kepada jumlah pelajar yang akan bersama Smartop Kids bermula 1 Julai.

Blog ini di sambung Isnin petang setelah pengumuman darurat kawasan Muar dan Ledang petang Ahad kerana bacaan jerebu bandar Muar mencicah 746 tertinggi sejak masalah ini melanda Malaysia. Taska Smartop Kids pun tidak ada kanak-kanak datang dan ia merupakan perihatin ibu bapa supaya anak-anak kecil tidak terdedah dengan udara yang cemar.

Bila darurat ramailah yang peka cuba selsaikan masalah namun jarang yang nampak bila otak BEREJEBU dengan maksiat dan keingkaran tidak mensyukuri nikmat Allah di mana-mana di muka bumi ini. Seorang Ustaz di Shah Alam memberi komen bahawa solat memohon hujan sebagai cara meneyelesaikan jerebu tidak akan maqbul selagi pelbagai jerebu maksiat berterusan dalam masyarakat. Saya amat setuju kerana kuasa di tangan umat lslam semacam tidak berkesan memertabatkan agama yang mulia ini. Rentetannya usaha kecil kami ingin menegakkan Integrated Pre School hampir menemui jalan buntu kerana kurang peka pihak berkuasa menghulur bantuan.

Saya sempat bermuhasabah dua hari di Tangkak ketika darurat ini. Mujurlah saya berbuat demikian kerana mengelak keluar rumah memakai penutup muka (mask). Antara yang saya muhasabahkan ialah kehadiran saya secara mengejut di Tangkak menguruskan Smartop Kids belum mantap. Namun suami saya sudah ramai kenalan di Masjid Jamek Tangkak. Cadangan saya ialah akan menyertai kumpulan wanita membaca alquran di masjid yang menganjurkan kursus pada pagi Sabtu baru-baru ini dengan krjasama UKM. Melalui brocurnya saya dapati kursus ini releven dengan konsep QGDP (Quranic Generation Development Program).

Saya juga muhasabah tentang ahli Lembaga Smartop Kids yang jarang dapat bersua. Pak Hasni dan team di Adni sedia sibuk kecuali kami bertemu di KL. Bebarapa alasan ini tidak mematahkan semangat kami yang amat yakin bahawa asas QGDP ialah mengambil iktibar bagaimana mukjizat AlQuran membuat perubahan kepada jiwa para sahabat awal. Mungkin kami akan memulakan langkah mendapat dana melalui cara orang lain melakukannya iaitu mengedarkan kertas cadangan untuk pertimbangan kewangan atau sebarang sokongan.

Saya berhenti di sisi dulu. Kita telahpun melepasi malam nisfu Syabaan Ahad baru-baru ini. Semoga doa semua untuk kebaikan di redhai Allah.

No comments:

Post a Comment