NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, July 20, 2013

IFTAR RAMADHAN SMARTOP

Salam
Sabtu 20 Julai 2013 / 11 Ramadhan 1434H

Alhamdulillah Smartop berjaya mengadakan majlis iftar Ramadhan yang agak meriah petang 11 Ramadhan. Dalam blog sebelum ini saya menggambarkan dua senario, rupanya Allah beri anugerah situasi kami di tengah-tengah, tidak di pinggirkan dan tidak pula diserbu tamu sampai tak terlayan. Makanan alhamdulillah lumayan serta dapat pula berinfaq murey di Masjid Jamek dan di surau Kg Solok.

AGENDA MAJLIS IFTAR SMARTOP KIDS TANGKAK

SENARIO IFTAR DAN KERETA TETAMU




TETAMU TERMASUK AHLI KELUARGA

TETAMU MENUNGGU IFTAR


Program Taddarus tidak dapat di laksanakan kerana kesuntukan masa tetapi kumpulan wanita Mawaddah di bawah pimpinan kakak saya Hajjah Nortipah  sempat mengkhatamkan Quran sebelah paginya. Semoga amal kami di fasa maghfirah di terima Allah.

Satu berita kurang menyenangkan ialah kumpulan adik saya yang bercadang berumrah pada 25 Julai masih menunggu visa. Doa saya hasrat mereka di maqbulkan Allah dalam bulan mulia ini, ameen.

KUMPULAN WANITA MAWADDAH TANGKAK BERTADDARUS
 
Seramai 17 pelajar tahfiz Darul Tubba Taman Tangkak Jaya menjadi tetamu kami beriftar menambah meriah majlis yang di sertai persembahan kompang, nasyid bahasa Inggeris dan Mandarin.

PERSEMBAHAN DAN TERIMA CENDERAHATI

ANAK-ANAK TAHFIZ DARUL TUBBA TANGKAK

Tepat sekali telahan saya mengenai 'crisis management' yang berlaku bila kita berhadapan dengan sedikit ujian. Pagi hari iftar pihak TNB sedang melakukan service bekalan letrik menjelang hari perayaan Aidilfitri dan tepat-tepat kena jalur bekalan letrik bangunan Smartop. Mulai jam 10 pagi kami ketiadaan bekalan letrik.

Cara meneyelesaikan crisis suami saya yang sering menghadiri kuliah Jumaat di TNB pergi menemui kenalannya, alhamdulillah dapat perkhidmatan 'generator' kecil hinggalah letrik di pulihkan hampir jam 7 petang waktu hampir iftar. Crisis Management perlukan jiwa yang tidak mudah gelabah kerana pasti ada jalan keluar walaupun sewaktu persembahan anak-anak dan tazkirah telinga kami 'berperang' dengan bunyi generator. Rupanya Ramadhan memang memerlukan banyak kesabaran.

Berita kakak teman saya menghembuskan nafas terakhir malam sebelum hari iftar Smartop menyedihkan saya juga kerana teman saya baru sahaja pulang menziarahi kakaknya. Kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan barakah semoga Allah merahmati ruh kakak teman saya, ruh kita pula bila dan bagaimana ya?

Iktibar sepanjang Ramadhan yang kita tidak pasti ada atau tidak lagi dalam hayat kita selepas ini ialah menjadikannya terbaik di sisi Allah tempat kita kembali. Perbetulkan setiap saat nawaitu kerana ingin memburu redhonya sahaja, bersegra menyahut panggilan Allah bukan sekadar mendengar azan untuk solat tetapi juga memikirkan bagaimana kita bersegera berperanan menjadikan agama terakhir ini di yakini sepenuhnya oleh diri kita, anak-anak dan generasi akan datang.

Kita kini berhadapan dengan ujian begitu parah daripada musuh yang menentang kebenaran kerana mengutamakan nafsu dan keinginan dunia semata. Crisis Management sentiasa berlaku untuk kita buat keputusan dengan sabar dan syukur demi meraih kejayaan di akhirat insyaAllah. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment