NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 23, 2013

BRAINSTORMING=SYURA


Salam

Selasa 23 Julai 2013 / 14 Ramadhan 1434H

Ramadhan kareem melangkah laju sekali. Tak terkejar taddarus ketinggalan agak jauh, sepatutnya kalau satu juz sehari kini hampir setengah AlQuran.  Wadduh.. kena pulun habis, mungkin kena iktikaf di masjid lebih awal.

MAJLIS IFTAR KOHATSA DI ANJUNG 7


Saya dan suami bercuti seminggu daripada menginap di Tangkak. Ahad iftar keluarga Kohatsa di Anjung 7 Shah Alam meriah juga. Ramai anak-anak saudara hadir, kira generasi ke2 dan ke3 tolong memeriahkan. Dua ekor kambing golek (bahasa Indonesia Guling) menjadi sasaran tetamu, selsai tak sampai setengah jam lepas iftar. Kami yang di luar que (tak beratur) dapat baki-baki tulang je. Dengarnya perjumpaan Hari Raya nanti akan di tambah empat ekor kambing, alhamdulillah

Ketara kami kehilangan arwah Hj Mustapha yang mengasaskan Program Iftar di kawasan lapang Anjung 7 empat tahun yang lalu. Bagi saya dan suami ini kali pertama menghadiri majlis kerana setiap Ramadhan sebelum ini kami berada di tanah suci.

GAMBAR BERSAMA ARWAH KURANG SATU TAHUN YANG LALU-KAMI BARU PULANG UMRAH DAN SUAMI BARU KELUAR RAWATAN HOSPITAL


Sebak yang tak dapat di kawal sewaktu kami masing-masing menyampaikan ucapan keluarga kerana arwah sering menjadi Public Relation Officer (PR) dan Master of Ceremony (emcc) dalam setiap majlis keluarga. Terasa seolah ruh beliau memerhatikan kami yang pasti akan menyusulnya juga nanti.

AKSI ARWAH HJ MUSTAPHA DALAM SATU MAJLIS DI ANJUNG 7


Kini tugas PR di ambil alih taukeh Nasi Arab Hj Hairuddin. Rezeki nasi arab melonjak-lonjak musim Ramadhan ini dan tak hairan ia berlaku kerana Hj Hairudin mewarisi sifat pemurah tinggalan arwah bapa kami. Kami mendoakan Allah redho setiap infaq beliau kepada golongan yang kurang bernasib baik. Berita ini turut di liputi dalam akhbar Sinar Harian Selasa  23 Julai 2013.

MAAF GAMBAR TERBALIK

Pagi ini kami sebahagian adik beradik berBRAINSTORMING tentang projek mega yang ingin di asaskan untuk wakaf keluarga. Bagusnya ada sistem wassup percuma kami berwifi tanpa henti. Saya meganggapnya sebagai SYURA alam maya yang baik di jadikan amalan jika kita ada sebarang cadangan baru untuk mendapat second opinion. Ia juga mengundang keberkatan kerana semua telah memberi pandangan. Saya mendoakan cadangan yang di berikan termasuk mengguna jenama CISPY SUFI sukses agar dapat mengukir sejarah seperti ujudnya KARTIKASARI di Bandung. Ameen.

Isnin hari pertama saya beriftar di Surau AtTaqwa seksyen 7 Shah Alam terdengan rungutan makanan tidak ada pilihan kerana caterer orang yang sama, berbanding tahun lalu di gilir setiap 10 hari. Saya diam sahaja kerana Ramadhan bukan bermakna makanan mesti sedap, ia ibadah hati yang redo dengan rezeki seadanya. Bila saya suarakan kepada suami saya Pengerusi Surau beliau membuat komen yang sama malah soal melantik caterer telah umum tahu sebagai usaha membersihkan kawasan surau selepas jamuan kerana sebelum ini AJK Surau terbeban menjaga kebersihan sampai terlepas solat terawih.

Teringat pesan teman saya agar jangan membuat penilaian zahir tentang dosa pahala, iaitu orang yang solat terawih sahaja di jamin meraih pahala. Sedangkan orang yang membersih kawasan atau membaiki paip bocor untuk memudahkan solat lagi penting supaya ibadah dapat dilakukan dengan tenang.

Berkaitan dengan kemudahan untuk orang awam saya ada menonton dokumentari mengenai Somalia dan bandar Mogadisu yang di landa musibah perang saudara sejak tahun 1991. Dapat dilihat dalam gambar yang di siarkan keadaan bandar yang dahulunya mewah dengan bangunan tinggi dan perumahan tersusun kini menjadi batu bata sasaran pelbagai kaum pemberontak dan pemerintah. Di beritakan tidak ada kerajaan pusat menyelaras, menyediakan kemudahan jauh sekal. Semua menjadi pemerintah dan menjadi sasaran peluru sekaligus sehingga tiada siapa berani keluar rumah selepas jam empat petang. Korban mencicah jutaan penduduk awam.

Saya bawakan kisah Mogadisu kerana dahulunya ia sebuah negara majoriti penduduk Muslim. Malangnya ketiadaan SYURA telah menyebabkan kumpulan syabab membuat peraturan yang terlalu ketat agar syariat lslam di laksanakan total. Siapa yang menentang terus di bunuh. Di perhatikan asbab musibah sebuah negara lslam berpotensi ini kecundang adalah 'KURANG ILMU' untuk membuat keputusan bijak menongkah arus kemajuan di era umat lslam lemah.

Maksudnya dalam keadaan lemah umat lslam kena bersatu hati, menjana kekuatan melalui kebersamaan matlamat memertabatkan kebesaran lslam di muka bumi. Jika sesama Muslim sering berontak musuh akan menyerang dengan mudah. Perlunya kembali kepada satu proses memahami priority membantu umat yang lemah, bukan di sasarkan menjadi pak turut dan akhirnya mangsa pertempuran.

Senario di Mesir pula umat lslam sedang diuji samada kukuh menyokong Presiden yang di pilih rakyat. Namun kerajaan baru coup detat tanpa segan silu mengangkat sumpah dan menjalani segala prosedur menubuhkan kerajaan baru. Saya sudah bosan melihat gelagat hodoh ini. Hanya doa bulan Ramadhan di panjatkan agar Allah menetapkan perancangan terbaik untuk meningkatkan mertabat umat lslam di sisiNya.

GAMBARAN JEMAAH WANITA DI MASJID NEGERI DARI ARAH BELAKANG


Isnin malamnya saya bersolat Isya dan terawih di Masjid Negeri Shah Alam meraikan imam yang di datangkan daripada Masjid Nabawi Madinah Sheikh Qari Muhammad Saad Nomani. Keberkatan suara merdu dan aura Masjid Nabawi menyebabkan saya hilang mengantuk dan menghabiskan solat hingga witir walaupun selepas lapan rakaat saya terpaksa ke bilik air yang tersorok nun jauh dan memanjat tangga pulang kembali. Di sekitar laluan masjid saya perhatikan meriah dengan segala macam jualan bak suasana shopping di Mekah Madinah. Seronok melihatkan pesta Ramadhan di tanah suci kini berada di Shah Alam. Kabarnya juga solat tahajjud di adakan sejak awal Ramadhan dengan imam yang bersuara merdu memimpin setiap hujung minggu. InsyaAllah saya akan menyertainya jika tidak kemana-mana 10 terakhir Ramadhan.

Untuk kekal dalam mood bergembira dalam Ramadhan perlulah pebanyakkan aktiviti, taddarus dan bersyura dengan pelbagai pihak keluarga teman dan kaum kerabat. Saya melihat ada iklan di hadapan Masjid Negeri mempelawa orang bukan lslam berifter sekali, wah bagus kempen dan berdakwah begini, semoga Allah berkati.

No comments:

Post a Comment