NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 28, 2013

GIVE WAY=TAK LARAT

Salam

Ahad 28 Julai 2013/ 19 Ramadhan 1434H

Dua hari yang agak padat kerana menyambut NUZUL ALQURAN pada Khamis malam 25-26 Julai dan keesokannya Jumaat negeri Selangor bercuti, alhamdulillah. Surau AtTaqwa seksyen 7 menyambut Nuzul Quran pada petang Jumaat dengan meraikan sejumlah 50 anak-anak yatim daripada rumah Saidatina Khadijah Meru dan Kota Damansara. Persembahan qasidah anak-anak menarik sekali.


ANAK-ANAK YATIM PEREMPUAN BERGAMBAR DENGAN AJK MUSLIMAT SURAU ATTAQWA
PERSEMBAHAN QASIDAH ANAK LAKI-LAKI

NuzulQuran popular di kisahkan iaitu penurunan ayat-ayat AlQuran sekaligus daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia (Baitul Izzah). Sementara malam LailatulQadar adalah malam penurunan Alquran kepada Rasulullah saw.

Menarik juga ialah Masjid Negeri Selangor menganjurkan pelbagai program semua peringkat golongan masyarakat pada hari Sabtu dan Ahad antaranya IRIS (ljtimak Ramadhan Ikram Selangor). Saya dan suami melapangkan masa hadir program IRIS sempena Nuzul Quran untuk pre-iktikaf di masjid negeri.  Alhamdulillah pertama kali saya menyaksikan masjid di Malaysia di makmurkan sedemikian rupa. Sekurang-nya tiga agenda besar berlangsung: IRIS, Ujian Hafazan sekolah berintegrasi seluruh Selangor dan Perjumpaan Graduan Lepasan Mesir. Sahur pada pagi kedua -dua hari yang disediakan masjid tidak mencukupi. Mujur program IRIS menyediakan makanan berasingan sempatlah saya dan suami bersahur. 

Pagi Sabtu rombongan adik saya no 6 Hj Rosli dan isteri serta adik saya no 4 Hj Abd Razak berangkat menunaikan Umrah.Visa terakhir yang diluluskan kerajaan Saudi kepada beberapa agensi umrah dan mereka berpakat menyewa penerbangan AirAsia. Semoga mereka selamat dalam perjalanan dan pulang membawa umrah mabrurah.

SEMPAT MENGHANTAR TETAMU ALLAH
Petang Sabtu saya beriftar di Anjung 7 bersama keluarga Hj Ghazali adik saya nombor 8. Mutakhir ini saya tidak mendengar berita Pak KMT adik saya no 7, di doakan dalam bulan Mulia Ramadhan beliau dan keluarga di rahmati Allah seperti biasa antarnya mereka akan berumrah sekeluarga.

Petang Ahad 19 Ramadhan saya dan suami menghadiri iftar dengan keluarga SCAnners (SIDEK CLANS & ASSOCIATES). Macam biasa pot luck memeriahkan suasana terutama menyembut pulang rombongan umrah abang suami saya baru-baru ini. Keseronokan berada di tanah suci terpancar daripada perbualan dan pemberian cenderahati. Masing-masing membuat komen 'patutlah abang Safar dan Kak Ani sering berumrah bulan Ramadhan..berbeza rasanya.' Dalam merindui Umrah Ramadhan di hati ini saya menjawab 'tau takpe'
TAZKIRAH SEWAKTU PROGRAM SCAnners

Tajuk blog kali ini saya kutip daripada insiden suami teman saya tiba-tiba di serang penyakit lututnya lemah @ GIVE WAY sewaktu berada di bank. Mujurlah anaknya ada bersama untuk memapahnya pulang. Keinsafan ini terkesan pada saya kerana dua tiga hari kebelakangan ini kaki saya yang pernah sakit dua tahun dahulu meragam. Saya yakin dalam umur senja, sejarah penyakit keluarga dan pelbagai kelengahan menjaga kesihatan semua anggota pakat GIVE WAY...MELAINKAN jika Allah izin anggota ini di sokong dengan RUH atau semangat ingin memanfaatkan setiap saat masa yang di anugerah Allah.

Doa fasa akhir Ramadhan yang saya panjatkan ialah agar dapat menghabiskan Ramadhan; Berusaha sekuatnya mendapatkan LailatulQadar dan mohon hajat Allah buka pintu-pintu Rahamah, Pintu Rezeki,Pintu Maghfirah dan Pintu Barakoh kepada semua umat lslam terutama yang berkaitan dengan saya, keluarga dan komitmen saya di mana saja. Doa juga agar jihad ikhwan di Mesir segera selsai dengan anugerah kemenangan daripada Allah agar mengembalikan ketenangan di bumi Anbia.

Iktibar 'GIVE WAY' atau TAK LARAT boleh di bawa dalam senario pembunuhan kejam di Mesir terhadap anggota pertubuhan Ikhwan Muslimun pada malam Nuzul Quran. Kegigihan mereka mempertahankan maruah Presiden Dr Morsi serta ingin menumpaskan kezaliman tentera tidak terbanding kerana mereka ada prinsip IMAN, TAQWA DAN UKHUWAH. Tarbiyyah ruhhiyah yang mantap sejak puluhan tahun membariskan anggota yang yakin mereka di jalan yang benar sekalipun musuh sekeliling membantai. Kata-kata 'kami akan mempertahankan Presiden yang sah dan menumbangkan semula pemerintahan tentera yang zalim ATAUPUN kami mati MENCUBA (TRYING)" memang mengajar saya bahawa  konsep TAK LARAT tidak harus ada dalam perbendaharaan kata umat yang beriman sekalipun fizikal memang mengaku kalah.

Komen-komen musuh Ikhwan menyebut tidak praktikalnya usaha mempertahankan Dr Morsi seorang individu. Namun saya amat yakin mereka bukan melakukan tindakan berhimpun berlama-lamaan untuk mempertahankan seorang individu, ia adalah soal PRINSIP dan menolak mungkar yang bermaharajalela di Mesir dan di bumi Anbia' dengan cara menentang pemerintah yang merampas kuasa-mempertahankan hak rakyat Mesir. Apa yang mereka lakukan BUKAN kerana dunia sahaja, mereka lakukan semua pengorbanan DEMI AKHIRAT mereka. Kata-kata Saidina Ali yang saya pinjam dalam program IRIS 'Aku ada dua pilihan setiap hari. Bila ajalku telah sampai tak guna aku mengelak (dari serangan musuh), kalau ajalku belum sampai mengapa aku mesti mengelak (terus berjuang). Ini lah prinsip yang harus kita garap dalam hidup ini: PANTANG MENYERAH-DON'T GIVE UP EASILY

Saya ingin membawa sebuah seerah, kisah seorang pemuda di zaman Rasulullah saw yang di beritakan tentang kecantikan bidadari syurga. Dalam mimpi sebelum beliau berjihad beliau bertemu seorang gadis jelita di tempat yang indah berlapis-lapis kawalan oleh wanita jelita juga. Setiap kali di tanya adakah kamu bidadari, wanita jelita menjawab, bukan,bidadari ada di atas sana dalam istana yang amat indah...akhirnya beliau bertemu wanita yang tidak terbayang kejelitaannya yang mengaku ianya bidadari. Sewaktu pemuda memohon agar bidadari menjadi temannya bidadari menjawab..masanya belum sampai untuk aku mendampingmu,nantilah bila kamu berpindah ke alam barzah. Pemuda tersebut terjaga daripada mimpi dan memberitahu temannya tentang mimpi dengan kata-kata'kalau aku syahid dalam peperangan nanti baru kau ceritakan mimpi ini kepada Rasulullah.' Selesai peperangan pemuda di sahkan syahid dan temannya memberitahu mimpi bidadari kepada Rasulullah. Baginda menjawab 'benar..sekarang teman kamu sedang menunggu waktu iftar dengan bidadari yang di mimpikannya di syurga.'

Kisah ini menyentuh hati saya kerana dalam kerangka minda berorientasi dunia ia macam cerita dongeng..tapi dalam kerangka orang beriman yang di anugerahkan Allah Mata Hati yang hidup melihat akhirat ia satu jangkaun yang amat dekat dan benar iaitu saat nyawa di cabut kita akan berada di alam lain,yang lebih luas, mencabar, canggih but HELPLESS.

Tujuan 10 akhir Ramadhan adalah mempersiap bekalan sewaktu HELPLESS, di saat puasa yang punya RUH akan datang sebagi teman karib, di saat solat yang punya RUH akan berdiri mempertahankan tuannya dan banyak lagi RUH-RUH infaq, umrah dan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia seluruhnya termasuk menolak kezaliman seperti di Mesir dan Syria akan tampil menjaga kita. Musuh lslam telah memecahbelahkan hampir KESEMUA negara lslam, Somalia, Iraq, Pakistan, Tunisia, Sudan dan banyak lagi negara yang dilanda perang saudara (sesama Muslim) Malaysia is in the making kalau kita tidak berprinsip.

Perdana Menteri Turki seorang yang berprinsip untuk mendaulatkan lslam tidak mengaku kerajaan Mesir kecuali yang di pimpin Dr Morsi dan menyatakan mana-mana pihak yang berdiam diri tidak bersuara terhadap pembunuhan kejam terhadap anggota ikhwan tangan dan muka mereka di penuhi darah syuhada (bersengkongkol). Saya salute prinsip ini dan insyaAllah jika kita insaf where we are ending akhirnya kita pakat-pakat mula belajar prinsip BERIMAN DAN BERTAQWA. 'IQRA' baca, faham, hafal dan laksanakan perintah ALQURAN, insyaAllah kita akan selamat dunia akhirat.  WaAllahu'lam

No comments:

Post a Comment