NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, July 24, 2013

TIRU MACAM SAYA

Salam

Rabu 24 Julai / 15 Ramadhan 1434H

Alhamdulillah keberadaan saya di Shah Alam pertengahan Ramadhan dapat melihat satu fenomena menarik kerana rata-rata imam yang di pilih sewaktu solat terawih di masjid dan surau sekitar Shah Alam terdiri daripad golongan muda dan mendapat pendidikan luar negara terutama Mekah,Madinah,  Jordan, Yaman dan Mesir.

Malam Selasa saya bersolat Isya dan terawih di Masjid negeri sekali lagi dan seronok mendengar bacaan tidak ubah seperti Imam Abdul Rahman Sudais daripada MasjidilHaram sedangkan pembancanya adalah seorang imam di Masjid Negeri Shah Alam. Rupanya memang imam ini di beri gelaran Imam Sudais Malaysia dan beliau menetap lama di Mekah.



BACAAN IMAM SUDAIS

Malam ini (Rabu) saya beriftar dan solat di Surau AtTaqwa Seskyen 7 Shah Alam dan dapat mendengar klon Imam Maher dan Sudais kedua-duanya sekali (dua orang imam). Juga doa sayu yang sering di bawa imam-imam di Mekah sewaktu witir. Saya teruja ingin lama berada di Shah Alam kalau begini kerana kabarnya di Masjid Bukit Jelutung juga persekitaran dan imam yang memimpin solat meriah seperti di Mekah. InsyaAllah saya akan segera melihat perkembangan yang amat menarik sepanjang Ramadhan di negeri Selangor khususnya di ibu negerinya Shah Alam. Terjawab hasrat saya untuk melihat Shah Alam menjadi Bandaraya lslam kedua di Malaysia selepas Kota Baru kelantan,ameen.

IFTAR DI SURAU ATTAQWA SEK 7 SHAH ALAM- BAHAGIAN WANITA





BACAAN IMAM MAHER

Tajuk blog saya kali ini mengimbau kerinduan saya berada di MasjidilHaram Mekah iaitu fenomena ramai peminat imam-imam muda yang menjadi icon pujaan makmum. Setiap kali Imam Maher memimpin solat contohnya peminat akan bersorak termasuk daripada kalangan makmum wanita. Biasanya imam akan bertukar setiap10 rakaat, peminat akan menunggu giliran imam pujaan mereka. Seolah mereka bariskan imam seperti artis pujaan di dunia hiburan.

Fenomena minat ini rupanya termasuk di kalangan imam golongan muda di Malaysia yang meniru cara bacaan imam-imam pujaan ramai. Ada juga yang meniru Imam Mishary Alafasy. Semoga fenomena ini menjadikan lebih ramai kenal siapa mereka dan meniru cara hidup mereka selaku hafiz alQuran, ameen.




BACAAN IMAM MISHARY


Pagi selasa rombongan abang suami saya ke Umrah pulang ke tanahair. Daripada wassup keluarga kisah mereka selama dua minggu menyambut Ramadhan di Mekah Madinah amat menyeronokkan, semoga mereka memperolehi umrah mabrur. Petang Ahad 28hb nanti kami akan beriftar potluck di Kajang untuk pencerahan kisah Umrah Ramadhan yang tahun ini saya dan suami sedihnya tidak menjadi tetamu Allah.

Dua orang adik saya baru di sahkan mendapat visa umrah pada 26hb hingga akhir Ramadhan, semoga mereka juga di anugerahkan umrah mabrur dan selamat perjalanan.

Bulan Ramadhan yang istimewa dihati umat lslam haruslah dapat MENIRU cara Rasulullah dan para sahabat
awal melaksanakanya iaitu penuh KEIMANAN DAN MENGHARAP-HARAP KEREDHAAN ALLAH (IMANAN WAH TISABBAN  ). Ia banyak berkaitan dengan didikan jiwa yang merasa di kasihi Allah setiap saat dan memupuk jiwa hamba yang tunduk dan patuh kepada perintahNya. Meniru bacaan imam hafiz yang besar ketokohan mereka merupakan langkah bijak menarik ramai jemaah ke masjid dan surau.

Bila saya di tanya bagaimana Ramadhan di Tangkak, saya tak pantas menjawab kerana tidak punya banyak beza sejak saya kecil. Malah saya sedih juga bila mendengar di setengah surau di daerah Ledang yang membaca surah-surah lazim terlalu laju sehingga makmum tak terikut. Sasaran imam tersebut ingin menghabiskan 20 rakaat solat terawih dalam masa tersingkat  untuk memikat jemaah yang punya banyak urusan (ingin pulang cepat).Di suatu kampong pendalaman saya diberitau ketua kampong/ahli JKK menjadi imam kerana imam sedia ada tidak sealiran dengan politik tempatan.

Ketaatan beRamadhan mesti bermula daripada nawaitu beribadah dengan penuh sedar akan tangggungjawab seorang hamba kepada Khaliqnya. Sekalipun sesuatu perbuatan itu halal di hari-hari selain Ramadhan, ia menjadi haram di bulan mulia ini semata-mata kerana mematuhi perintah Allah. Kita bukan berpuasa mengikut adat atau rutin asal buat, tetapi berpuasa untuk menjaga akhlak ibadah agar tidak terbatal di sebabkan pelbagai kepentingan yang tersasar daripada UBUDIYYAH (Perhambaan total kepada Allah). Sesungguhnya untuk membeli Syurga  itu amatlah MAHAL

No comments:

Post a Comment