Salam
Jumaat 7 Jun 2013/28 Rejab 1434H
Alhamdulillah penantian 3 hari sejak petang Rabu berkampong di Batu Pahat menghasilkan berita baik. Anak perempuan saya selamat bersalin petang ini di Hospital Pantai BP. Rezeki anak perempuan yang keempat kepada pasangan suami isteri yang komited menjaga anak-anak sebaiknya. Saya menawarkan diri bersama suami menjaga anak-anak mereka, alhamdulillah beres kerana anak perempuan sulung yang berumur 9 tahun matang sekali menjaga adik-adiknya. Biasalah bersama cucu mereka mendapat layanan istimewa, paling tidak ke SuperMarket membeli belah dan mendapat habuan masing-masing.
Karenah cucu yang pelbagai tidak membebankan kami malah sebaliknya kami banyak belajar daripada mereka. Tersenyum saya dan suami melihat gelagat anak terkecil berumur 2 tahun mempermainkan kakaknya sewaktu mandi. Puas di kejar tidak mahu dipakaikan pampers. Tiba-tiba kakak yang keletihan terduduk menangis. Bila di tanya kenapa menangis, 'ingat ummi di hospital?' geleng,'lapar'geleng, 'penat jaga adik' angguk.Terus saya ambilalih tugas yang tak terbeban anak kecil ini. Apa pun saya dan suami seronok dan puas bersama cucu cuti sekolah ini kerana mereka suka bersolat dan berjemaah sama. Teringatkan anak-anak Sufi yang akan mula bersekolah Isnin ini,insyaAllah.
ANAK-ANAK SUFI SEWAKTU PROGRAM MAULIDILRASUL 1434H
Tajuk di atas saya kutip dalam rancangan program TV 7 tengahari ini yang menggambarkan suasana serabut sebuah keluarga di barat yang mengabaikan kebersihan mengatur rumahtangga ke tahap dalam rumah mereka semuanya tidak di atur dengan baik. Host program menganjurkan pakej 'pembersihan' menggunakan konsep 'everything has its own place'. Kebetulan saya menginap di rumah adik saya yang sedang dalam proses mengemaskan barang-barang rumahnya yang bakal di kosongkan untuk di sewakan. Konsep everything has its own place tepat sekali bila menyusun barang-barang yang perlu di kemaskan.
Saya teringat rumah saya yang tidak banyak beza daripada rumah adik saya yang di penuhi buku-buku. Clutter atau serabut di mana-mana. Alhamdulillah setelah di kemaskan sedikit demi sedikit semuanya teratur dengan baik,alhamdulillah.
Maksud 'RUDE AWAKENING' ialah kejutan yang di paksakan supaya keluarga yang rumah berserabut sedar bahawa berperaturan dalam menyimpan barang serta menginfaq barang yang tidak di gunakan merupakan proses PEMBERSIHAN yang sihat. Dalam kes menyediakan rumah untuk di sewa juga satu pembersihan yang menyedarkan tuanrumah betapa banyaknya barang yang boleh di infaqkan antaranya ke Tadika Sufi. Hikmah saya berkampong di BP saya dapat membantu menguruskan PEMBERSIHAN ini,alhamdulillah.
Dalam program RUDE AWAKENING saya terkesan betapa ramai manusia yang dalam keadaan 'clutter' di muka bumi ini jika tidak menyediakan diri untuk di ATUR dengan pelbagai peraturan hidup, terpenting ialah peraturan hidup BERTUHAN. Walaupun program yang di anjurkan di TV7 berlaku dalam keluarga yang tidak bertuhan ia menyentuh isu kebersihan luar dan sikap ahli keluarga. Antara sikap ahli keluarga ialah suka membeli barang yang tidak perlu (membazir), menyimpan barang sesuka hati dan sukar di cari semula. Sampah sarap di buang merata rumah, tanggungjawab membersih hanya terbeban pada ibu/isteri sehingga beliau tertekan marah dan ingin melarikan diri.
Saya dapat bayangkan senario keluarga yang sibuk bekerja. Apabila pulang penat mesti berehat menonton program TV kegemaran, makan beli di luar rumah, pinggan mangkuk tidak sempat berkemas. Dalam keletihan terus tertidur dan pagi-pagi keluar semula mencari rezeki. Saya pernah lihat senario ini kesan desakan hidup yang menyebabkan soal berperaturan jadi nombor dua kecualilah ada ahli keluarga yang mahu berkorban,kurangkan rehat dan berkemas lewat malam atau awal pagi.
Sikap suka menyimpan barang lama dan tidak menginfaq atau membuang (kitar semula) juga menjadi penyebab kenapa rumah jadi clutter.
Saya ingin kaitkan dengan konsep 'travel light' sewaktu bermusafir. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri daripada memikul beban (baggage). Kita sering lupa 'baggage' dalam diri lebih berat jika tidak di lakukan pembersihan. Prof Muhaya menyebutnya sebagai 'KELADAK JIWA'.
Iktibar RUDE AWAKENING ialah kita kena SERGAH diri kita sesekali agar terjaga daripada khayalan bahawa kita boleh buat sesuka hati tanpa perlu berperaturan. Untuk jadi orang berperaturan kita perlu menimba ilmu untuk perjalanan jauh yang bakal menanti di hujung jalan (akhirat), kita perlu baca dan taddabur berkali-kali AlQuran yang menjadi panduan hidup, bukan sekadar membacanya menanti bulan Ramadhan dan banyak lagi tugas berdoa dan bersolat jemaah yang kita tidak boleh abaikan.
Semoga RUDE AWAKENING bukan sekadar bertujuan untuk mengatur hidup di dunia seperti dalam program TV7 yang saya rujuk tetapi lebih kepada membebaskan diri daripada serabut yang menghalang kita beramal untuk masa depan yang pasti iaitu Akhirat. Kebetulan kini adalah musim Isra Mi'raj iaitu ujian keimanan yang perlu di renungkan. Janganlah kita terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang tidak jelas sumbernya. Perhatikan dan renung AlQuran agar hati kita di suluh cahaya iman supaya tidak clutter atau keladak dengan pelbagai fikiran menerawang tak kesudahan, waAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment