Salam
Isnin 3 Jun 2013/ 24 Rejab 1434H
Petang Sabtu saya dan suami pulang ke Shah Alam melalui highway LEKAS di Senawang kerana ingin menziarahi persiapan perkahwinan Tasneem anak saudara suami saya di Semenyih Kajang. Dalam tempoh tidak sampai tiga bulan empat orang anak saudara suami saya mendirikan rumahtangga, semoga semuanya di berkati Allah. Melalui highway LEKAS saya melihat perkembangan pesat bandar-bandar baru yang belum saya temui sebelum ini. Begitulah pembangunan zahir, pengisian dan siapa yang mengisi pembangunan pesat tersebut terpulang kepada siapa yang mentadbir negara.
Kami bersama lima orang cucu berkampong di Masjid Bandar Semenyih pagi Ahad menyaksikan pernikahan Tasneem dengan pasangannya Faisal diikuti majlis jamuan. Musim anak saudara semua merasai kebahagiaan rumahtangga, harapan kami agar kekal bahagia hingga ke Syurga. Bercerita tentang syurga ramai yang menyebut syurga akhirat mesti didahului syurga dunia dahulu. Saya kurang arif nak komen tentang pelbagai pandangan manusia, hanya berdoa Allah betulkan CARA FIKIR saya supaya tidak menyimpang daripada apa yang Allah redho. Umur pun kian memendek tak tau bila malaikat maut datang berkunjung.
Saya berkesempatan bertemu cucu saya yang sedang belajar di Kolej Swasta. Alhamdulillah nampak dia yakin akan berjaya, saya akan tolong doakan. Pada pandangan saya orang lain menikahkan anak-anak, saya kini sedang menunggu menikahkan generasi CUCU pula, semoga di sertai kerbakatan jika ia berlaku dalam tempoh umur saya masih ada.
Tajuk blog ini saya senghaja muatkan kerana tiba masanya saya serius memohon Allah perbetulkan CARA FIKIR diikuti CARA BERCAKAP dan CARA BERTINDAK saya sebelum meninggalkan dunia ini. lni saja cara selamat untuk memelihara diri dunia dan akhirat. Sering kita terperangkap dengan suasana kita tahu semua dan mempertahankan ego yang takut tercalar. Tiba masanya saya menyerah kalah bahawa saya tak tau semua perkara bila membuat sebarang komen dalam blog ini . Jika ternyata silap, harapan saya yang membaca blog ini maafkanlah kerana selain saya mansuia biasa saya akui nawaitu saya hanya condong untuk mempertahankan kebenaran yang saya di didik lebih 20 tahun lalu.
BERKAMPUNG DENGAN SAUDARA MARA KAJANG DI MASJID SEMENYIH
Baru-baru ini saya mendapat berita seorang adik saya mendapat rawatan di Specialist Hospital UM kerana slip disc dan di kesan ukuran gula tinggi 16. Saya doakan keadaan gula beliau terkawal kerana penyakit yang kami ahli keluarga hidapi adalah mewarisi penyakit keluarga. Keadaan terkawal pada diri saya pun masih lagi tahap tinggi kiraan 9. Sekalipun ia penyabab, sunnatullahnya ialah usaha mengatasi masalah kena lakukan dengan bersungguh-sungguh barulah kita bertawakkal. Saya terbaca sebuah buku baru-baru ini menyentuh sikap bertawakkal setelah puas berusaha, menjaga kesempurnaan ibadah dan berdoa. Zikir yang di nasihatkan dipanjatkan100 x sehari ialah 'Ya wakil', semoga Allah menjaga kita, ameen.
No comments:
Post a Comment