Salam
Khamis 13 Jun 2013/ 4 Syawal 1434H
Petang Sabtu 8 Jun 2013 saya bergegas pulang ke Tangkak dengan harapan menyertai rombongan menziarahi adik saya yang baru menjalani operation 'balloning' artery jantungnya yang tersumbat di dua tempat. Anak yang baru bersalin dan discharge pagi Sabtu pun agak SETTLE di rumah adik saya sebelum rumah di sewakan. Suaminya bercuti 'paternal leave' dua minggu, alhamdulillah dapat menjaga isteri dan lima anak-anaknya dan mungkin akan pulang ke rumah sendiri di sekitar Batu Pahat juga selepas cuti.
Setiba di Tangkak dapat berita adik saya telah sihat dan kini berada di Jakarta, mungkin mudah berehat agaknya. Rombongan ke Shah Alam di batalkan dan sempatlah saya membuat persiapan di rumah sewa setelah lima hari berpergian termasuk menyesuaikan sebahagian barang-barang transit adik saya daripada BP.
Entah mengapa kebelakangan ini ada sedikit rasa runsing memikirkan perjalanan Sufi yang sukar saya terjemahkan. Hanya doa yang dapat saya panjatkan agar Sufi kekal menjadi penghibur saya di saat-saat umur senja ini. Pihak Lembaga Pengelola Sufi telah memutuskan tambahan yuran mulai 1 Julai yang mana untuk lokasi Tangkak ia perkara baru. Risikonya ialah ada ibu bapa yang mungkin tidak menghantar anak-anak ke Sufi. Namun saya dan ahli lembaga berpandangan jika ingin perubahan perlulah ada pengorbanan daripada semua pihak. Tinjauan yuran di pra sekolah Cina sekitar Tangkak ada yang melebihi kadar baru Sufi.
Satu berita sampai kepada saya pagi Isnin seorang murobbiah lantikan kontrek akan menamatkan perkhidmatan. Saya akur kerana beliau memang banyak tugasan antaranya menjaga seorang adik OKU. Terkilan sedikit mungkin anaknya yang agak bijak di Sufi tidak dapat terus belajar kerana tugasan ibunya sukar mengha ntarnya ke Sufi setiap pagi. Doa saya agar kes genuine ini tidak ada unsur fitnah kepada Sufi.
Sejak Isnin saya menyemak senarai nama calun yang pernah menghantar CV ke Sufi untukmohon pekerjaan dan dengan izin Allah dua orang calun sampai serentak pagi Selasa, seorang untuk bertugas di Nusery seorang lagi datang untuk di temuduga jawatan murobbiah Tadika. Mendengar berita kekurangan murobbiah saya tersentuh dengan tawaran Ustazah yang bertugas secara kontrek untuk membantu kami. Itulah bezanya hati-hati yang berhidayah, tak perlu di jemput terus tawar diri. Apa pun Tadika Sufi perlukan guru atau pembantu sepenuh masa agar pengajaran tidak terjejas. Hari pertama semester 2 tiga kelas di gabung jadi dua agak gagal berfungsi kerana anak-anak telah terbiasa dengan teman-teman seumurnya. Prestasi murobbiah baru teacher Sham membanggakan kerana beliau dapat memandu kelas anak-anak enam tahun dengan baik, alhamdulillah, satu anugerah Allah.
Bakal murobbiah tadika Sufi yang saya setuju lantik sepenuh masa perlukan dua minggu untuk memulakan tugas kerana mengikut syarat tugasnya di Mydin Jasin sekarang, beliau perlu menghantar notis berhenti kerja dua minggu supaya tidak kehilangan gaji bulan Jun. Waktu shift beliau kerja malam saya pohon dia datang testing cara melayan anak-anak, alhamdulillah memuaskan. Beliau merupakan guru Qiraati di kampongnya dan biasa mengajar anak-anak kecil. Sehingga 27hb nanti beliau akan cuba mengisi masa terluang untuk melatih diri di Sufi sebelum di lantik sebagai murobbiah sepenuh masa dalam percubaan. Semoga perkembangan ini kurang merunsingkan saya kerana KIRA SETTLE.
Projek 'Crispy Sufi' terpaksa menuukar strategi kerana ibu tunggal yang saya gajikan kurang sihat dan kami akan membeli kerepek secara pukal daripada pembekal yang teruji produknya, semoga Allah mudahkan kerana promosi saya telah pun berjalan di sekitar Shah Alam. Mungkin kerunsingan yang saya sebutkan sebelum ini berlegar di sekitar mencari dana Sufi melalui pelbagai usaha. Esok Jumaat saya akan menjalani pemeriksaan doktor di HKL, di harapkan biasa sahaja kerana saya telahpun berusaha menjaga diet yang di nasihatkan.
Tajuk KIRA SETTLE memuatkan mesej tentang harapan saya agar segala usaha saya memenuhi kriteria amal soleh yang di redhai Allah. Seperti alam nyata juga kalau banyak serabut (Clutter) susah nak meleraikan. Begitu juga otak kita di alam perasaan akan runsing di buatnya selagi banyak perkara tak settle. Namun manusia hanya berusaha untuk mencari jalan, natijahnya hanya di sisi Allah. WaAllah'alam
No comments:
Post a Comment