NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, June 13, 2013

35 TAHUN LALU



GAMBAR ADIK BERADIK LELAKI KELUARGA MD TOP 35 TAHUN LALU
DUA SAUDARA TELAH TIADA, ABANG YANG SULUNG TIADA DALAM GAMBAR

Salam

Khamis 13 Jun 2013.

Tempoh perjalanan pulang dengan adik saya memandu kereta daripada Tangkak ke Shah Alam petang ini menepati jangkaan masa kerana kami sampai tepat waktu berbuka puasa di Anjung 7. Suami saya sedia menunggu untuk berbuka dengan hidangan kacang fool. Beliau pulang ke Shah Alam dua hari lebih awal kerana urusan Pengerusi Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam.

Senario Anjung 7 terkini banyak gerai makanan tambahan, foodilicios, kacang fool, laksa dan pelbagai lagi termasuk gerai yang di kosongkan Galeri Mawaddah. Tepat masanya Anjung 7 mengubah suasana agar lebih 'Urban' seperti kebersihan dan decor luar dan dalam.

Perkembangan sekitar seksyen 7 turut membawa kisah sendiri kerana di fahamkan penjualan ARAK di buat cara terbuka di Pasar Mini 99 Speedmart. Sebuah badan bertindak amal dawah dan kesejahteraan komuniti menjadi penggerak utama menghantar memorandum membantah penjualan tersebut. Gabungan surau-surau sekitar seksyen 7 mengambil langkah ini sebagai mencegah mungkar. Suami saya memaklumkan sekiranya tiada perubahan dengan memorandum ini penduduk akan berkeras membuat bantahan demo di hadapan kedai tersebut.Saya setuju kerana setahu saya kedai ARAK mesti berlesen. Di bandar Tangkak saya nampak kedai yang di lesen khas menjual arak. Peliknya di Shah Alam dengan majoriti penduduk Muslim Arak di jual secara terbuka. Amat pelik...

Tajuk blog saya sekadar bernostalgia 35 tahun yang lalu. Adik beradik lelaki semuanya remaja.Nostalgia paling indah ialah mereka bersatu hati dan kerap bersama. Saya masih ingat suasana mereka menubuhkan syarikat oil and gas bersama dan ketika rezeki murah ibu bapa saya kerap menunaikan umrah, alhamdulillah. 35 tahun yang lalu perkara tersebut tidak pernah terfikir kerana masing-masing sedang menuntut. Seingat saya 3 orang adik lelaki saya menyambung pengajian di Uitm Sarawak peringkat Diploma kerana 35 tahun yang lalu saya dan suami bertugas di Sarawak. 35 tahun yang lalu juga saya mengubah cara hidup ke arah yang lebih berilmu,berteraskan alQuran dan mula rajin merujuk Alquran. Alhamdulillah semoga saya kekal dengan cara ini dan saya juga doakan adik-adik saya yang merasai suasana di Sarawak berbuat demikian.
Ameen.

No comments:

Post a Comment