NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 31, 2013

THE WISDOM OF 19 YEARS OLD

Salam

Jumaat 31 Mei 2013/21 Rejab 1434H

Majlis perpisahan tiga (3) orang murobbiah Sufi telah di aturkan sejak semalam pada tengahari ini. Pada masa yang sama kami meraikan murobbiah baru teacher Shamsiah yang di takdir Allah berjodoh dengan Sufi kerana beliau hampir akan menerima jawatan di Shah Alam Selangor apabila menerima tawaran Sufi.

Bagi yang akan berpisah dengan Sufi memang terasa sedih kerana meninggalkan anak-anak yang mereka bergaul sejak enam bulan. Malah bagi Murobbiah Nabilah 19 tahun yang hanya dua bulan di Sufi sering terngiang-ngiang dan terpandang-pandang muka anak-anak yang di santuninya.

Kesedihan saya mungkin kerana tidak berbuat lebih baik kepada mereka yang pergi almaklum kekangan masa dan dana. Apa pun kepada anak-anak bertaraf asnaf saya nyatakan mereka boleh datang ke Sufi bila-bila masa kerana itu nawaitu kami Ahli Lembaga Sufi ingin membuat sumbangan di Tangkak. Kalau syarikat gergasi ada CSRnya kami turut peka ingin menyumbang bakti kepada masyarakat yang perlu di bantu di Tangkak insyaAllah.

Sewaktu bertakruf dengan teacher Sham (panggilan ringkas Shamsiah) beliau turut sebak kerana berada di kalangan anak-anak yang pada pandangannya merupakan insan bersih, jernih, jujur tanpa dosa dan mereka adalah sahabat karib yang paling baik di gauli. Dalam taklimat tugasan beliau saya sempat bertanya konsep pendidikan sepadu. Ringkas jawapannya 'akhlak kita mesti seragam di setiap saat, dalam dan di luar sekolah kerana akan menjadi contoh yang di ikuti pelajar. Alhamdulillah..saya akur kerana saya amt bimbang jika ketidakjelasan konsep sepadu ia akan jadi terpisah cara hidup menjurus kepada kefahaman sekular yang mendominasi budaya Malaysia sejak berzaman. Doa saya kami berjodoh panjang kerana saya tak mahu lagi di tuduh SS (Syok sendiri).

TEACHER SHAMSIAH BERTAKRUF

Kesayuan yang lebih mengetuk hati saya ialah apabila meminta Nabilah anak 19 tahun memberi ucapan perpisahan. Saya tabik kebijaksanaanya (wisdom) pada umur muda kerana jelas-jelas beliau menyatakan kedatangannya ke Sufi adalah bertepatan dengan cita-citanya ingin menjadi seorang pakar kanak-kanak. Bercakap tentang gaji dan elaun lebih masa beliau sempat menasihat 'mak-cik mak-cik' teman seperjuangannya di Sufi janganlah di risaukan kerana rezeki masing-masing sudah tersedia. 'YANG KITA TAK TAHU IALAH BERAPA BANYAK PAHALA YANG ALLAH SEDIAKAN UNTUK KITA JIKA KITA KERJA DENGAN IKHLAS..." MasyaAllah...sayu saya mendengar pandangan ala IHES iaitu menyepadukan rezeki zahir dan rezeki GHAIB. l call it THE WISDOM OF 19 YEARS OLD...

NABILAH DI MAJLIS PERPISAHAN


Ya Allah begitu besar nikmat mengenal peribadi cilik ini...beliau seumur cucu saya yang tertua kini menuntut di sebuah Kolej Swasta KL. Seolah-olah Allah menjawab hasrat hati saya inginkan cucu saya mendapat 7A dalam SPM sampai berjanji RM100 setiap A, namun rezeki nya lain walaupun saya tetap hargai usahanya. Nabila sedang sibuk menghafal surah-surah Alquran ketahap saya menugaskan beliau menyemak hafazan anak-anak Tadika. Saya memang inginkan cucu saya menjadi hafizah di peringkat awal dahulu, namun tak ada rezeki beliau berhenti separuh jalan dan terkini saya tidak lagi memantaunya kerana beliau sudah 'dewasa'.  Begitulah kesayuan seorang nenek tua mengharapkan kecemerlangan seorang cucu...tiba-tiba Allah hadiahkan melalu jalan lain...alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Semoga saya berkesempatan mendapat sumbangan Nabilah bilamana beliau bercuti panjang dan menjadi petugas sambilan semula di Sufi.

Teacher Sham nampaknya bersedia menghias bilik darjah yang bakal di satuninya dengan memberi pandangan untuk membuat gotong royong dengan anak anak bila mereka mula belajar nanti, pasti emreka suka menghias kelas sendiri. Alhamdulillah kini hati masing-masing padat berwawasan.WHY NOT?  Ia berkat THE WISDOM OF 19 YEARS OLD. Malulah kita jika masih belum jelas konsep IHES iaitu kesepaduan berfikir dunia dan akhirat. WaAllahu'alam.
  

No comments:

Post a Comment