Salam
Sabtu15 Jun 2013/ 6 Syaaban 1434H
Sejak hari Jumaat urusan agak padat hingga ke malam kerana ramai yang meraikan pelbagai aktiviti bulan Syaaban. Sebaik pulang daripada HKL saya menunggu suami bermesyuarat isu Halal Hub di Wangsamaju. Saya bersama anak angkat saya yang lama tidak bersembang. Kami bersantai di Aeon BIG sebuah pasaraya baru yang mengambilalih Jaya Jusco/Carrefore di Wangsamaju. Antara perkara pokok perbincangan kami ialah FAREWELL kepada kehidupan di dunia menunggu bertemu Allah, in short BERWASIAT.
Analisa pakar di HKL tentang darah saya adalah memuaskan kerana nampak tanda-tanda saya menjaga pemakanan hingga turun kadar purata kandungan gula dalam darah. Cuma kolestrol dan keadaan liver (hati) perlu susulan. Kini saya amalkan oat semoga dapat membantu.
Wasiat bagi orang yang berumur melebihi umur Rasulullah wafat, 63 tahun, di kira afdhal (priority) kerana bila-bila masa sahaja kita akan di panggil pulang ke hadratNya. Lengkapkah persiapan? banyak kah 'LUGGAGE (kebaikan) atau BAGGAGE (dosa) yang hendak di bawa? Proses mengugurkan baggage selsai ke? Itu antara mesej FAREWELL. Doa dan pesan saya hanya 3 perkara: i) Allah mantapkan akidah saya hingga ke saat akhir hayat; ii) Allah pelihara silaturrahim saya dengan adik beradik, saudara mara atau siapa saja; akhirnya iii) jadikan saya orang yang tangannya sentiasa memberi (bukan menerima). Sudah pastinya saya telah memaafkan semua kejahatan yang dilakukan kepada saya oleh siapa sahaja, samada yang saya tahu atau yang mengumpat di belakang saya. Harapannya Allah sudi memaafkan kesalahan yang saya lakukan senghaja atau tidak senghaja.
Masa akhir zaman kita amat sukar bertemu muka bersilaturrahim antara satu dengan lain. Sedikit masa bersama manfaatkanlah sebaiknya dengan pelbagai urusan yang LAKU di sisi Allah. Kumpulan Usrah Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam sudah mengaktifkan Wassup. Dapatlah saya update berita terkini. Satunya ialah keadaan seorang ibu yang agak tenat sakit. Bila di periksa Doktor ternyata semua ok. Sakitnya pelik kerana dia sukar bernafas dan tidak berdaya hatta untuk mengambil wuduk. Beliau bertayamum katanya. Saya belum kesempatan menziarahi kerana beliau di rawat di rumah ibunya di Kelang. Kisah beliau pernah saya muatkan dalam blog saya beberapa tahun lalu kerana pengorbanan beliau bersama 9 orang anak-anaknya dipandang sepi suaminya yang mempunyai isteri muda. Begitulah adat dunia, habis madu sepah di buang, mujurlah anak-anak ibu ini baik-baik belaka dan mampu menjaga ibunya dalam keadaan sekarang. Doa saya ibu ini tabah dan selalu ingat jika beliau di zalimi Allah Maha Adil.
Sebelah malam hari Jumaat saya menziarahi adik saya yang berhasrat menunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan. Difahamkan tahun ini jemaah tidak lagi mendapat visa tinggal sebulan di Mekah Madinah seperti yang kami lakukan saban tahun sebelum ini. Sesiapa yang 'overstay' akan di kenakan hukuman tidak boleh menjejakkan kaki di bumi Mekah selama 5 tahun. Entah undang-undang apa menyekat manusia beribadah umrah atau haji yang cuma boleh di lakukan di bumi Mekah. Adik saya dan isteri bersama seorang lagi adik saya di Tangkak mungkin akan berlepas 15 Ramadhan. Itu pun dengarnya visa sedang menunggu kelulusan kerajaan Saudi. Di doakan mudah hasrat mereka di perkenan Allah.
Hari Sabtu kami keluar awal ke Puterajaya kerana jemputan perkahwinan anak seorang teman yang di adakan di Murni International College di Persinct 17. Sukar mencari lokasi, rupanya off Persinct 17, border daerah Sepang. Alhamdulillah dapat bertemu setelah lama kami tak bersua,kini teman telah bergelar "Dato" bertugas di Jabatan Undang-undang JPM.
Kami terpaksa pulang segera untuk menghadiri majlis FAREWELL seorang Ustaz yang amat banyak membantu urusan rakyat Palestin yang akan pulang ke tanahairnya Indonesia.
BERSAMA USTAZ MIFTAHUDDIN DAN KELUARGA DAN TUAN RUMAH RESTORAN TERATAI SEKSYEN 13 SHAH ALAM
Terkejut juga kami mendengar berita perpisahan keluarga contoh ini. Rupanya mereka mengutamakan hafazan alQuran anak-anaknya yang sedang membesar. Mereka akan menetap di daerah Kuningan di mana terletak sebuah sekolah berintegrasi dan hafazan Khusunul Khatimah. Terasa rindu saya kepada Situwangi Boarding School (SBS) Garut yang melaksanakan sistem yang sama. Urusan team kami dengan SBS juga di sebut berjodoh, kalau kurang berjodoh berhalanganlah. Namun saya berhasrat satu hari akan ke sana sebelum saya di FAREWELL kan.
Sebelah malam kami menghadiri majlis jamuan perkahwinan anak sepupu suami saya di Kem Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak KL. Majlis biasa sahaja dan meriah dengan persembahan nyanyian artis. Saya terpaksa pulang awal kerana keletihan sepanjang hari keluar rumah.
Satu fenomena mutakhir di majlis kenduri kahwin ialah makanan ala kampong sebagai juadah pemanis mulut. Sewaktu di Semenyih kami di hidangkan 'chakoi' yang sedap, di majlis malam ini banyak juadah seperti nasi lemak, lempeng kelapa, ubi rebus, kacang rebus, popia dan teh tarik...mengancam sekali. Saya lihat majlis meriah kerana juadah ini dan masing-masing memang bernostalgia dengan makanan kampong. Syabas, satu promosi makanan sedap berasal dari kampong.
GAMBAR PENGANTIN PEREMPUAN (ANAK SEPUPU SUAMI SAYA) DENGAN SUAMINYA SEORANG PETUGAS DENGAN PENERBANGAN MALAYSIA. KATANYA PAGI SELEPAS MAJLIS AKAN KE LONDON TAWARAN MAS, BERUNTUNGNYA!
FARWELL kepada kehidupan bujang!
No comments:
Post a Comment