NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, May 8, 2013

ZAMAN ANAK MUDA

Salam
Rabu 8 Mei 2013/27 JamadilAkhir 1434H
MARANG 8 Mei 2013: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.


"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."


Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.



Demikianlah perasaan saya pasca PRU13 di Malaysia yang amat menayukan hati yang melihat kebenaran di cemari akhlak buruk segolongan manusia yang rakus ingin mengekalkan kuasa (semoga akan ada pengadilan setelah kes penipuan di kemukakan secara rasmi).

Hati saya lagi sedih kerana sebahagian tokoh pilihan saya tumpas antarannya YB Husam, Salehhudin Ayub, Tuan Ibrahim, Saifuddin Nasution. Namun mendengar Selangor berjaya di perintah semula kerajaan yang terbukti cekap saya amat lega kerana syarat negeri berkat ialah tersisihnya mereka yang berakhlak buruk. Bila berita PAS merelakan YB Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor saya amat bersyukur. Memang indah penyusunan Allah memberi kemenangan majoriti PAS di Selangor lewat 5 tahun. Seorang bekas ahli PAS yang awalnya layak memegang teraju MB tersisih kerana akhlaknya,ameen. Sebagai seorang warga Shah Alam ibu kota Selangor saya bersyukur Allah membebaskan kawasan kami daripada anasir kurang di senangi, ya Allah kau Maha Kuasa dan Maha Mengetahui kehendak hati kami yang berdoa siang malam demi kesejahteraan rakyaat Selangor malah warga Malaysia, tapi ada hikmah Allah Malaysia masih belum menikmati keputusan PRU seperti di Selangor.

Rabu 8 Mei saya sekali lagi menemani 6 orang anak-anak Sufi ke Hang Tuah City Hotel Melaka untuk program swimming bagi mereka yang belum mencukupi 4 kali latihan. Saya mengusik Coach seorang warga Melaka..'you have a new Ketua Menteri..'.Dia tersenyum lebar, suka. "Actually now we should promote young leaders...why always iklan choose old people...' saya faham. Sesiapa sahaja yang mencicah 60 tahun memang patut di anggap 'TUA', bukan kerana meremehkan peranan mereka tetapi mengikut sunnah Rasulullah saw agar membariskan pelapis yang hebat dan kuat sebagai pemimpn berwibawa. Itu antara sebabnya saya sedih bila YB Husam gagal di Putrajaya kerana beliau memiliki'leadership material'.

Alhamdulillah Parti Rakyat (PR) yang menandingi Barisan Nasional (BN) adalah parti anak muda yang ingin melihat kecemerlangan Malaysia di kembalikan di persada dunia. Saya berdoa masanya akan sampai semoga sepanjang perjalanan ke sasaran itu di sertai keberkatan, akhlak mulia dan kejujuran.

Kepada anak cucu yang masih belum terlibat dalam perjuangan memertabatkan hak Allah renung-renunglah diri masing-masing kecenderungan hati sekarang ini. Ingin Allah memberi keberkatan hingga ke usia tua atau kecundang sejak muda lagi menerima beban 'azab' Allah yang slowly but surely akan mengalahkan kita. Kerana Alllah Maha Perkasa.  Banyak banyak baca Surah Yusuf yang akan memberitahu kita 'it takes a generation before truths are revealed.'

Setakat ini dari Sufi Tangkak. Esok insyaAllah saya dan rombongan 6 ahli keluarga akan ke Jakarta dan Belitung meninjau tanah wakaf untuk pembinaan Mustapha International School. Semoga saham kecil saya yang all the way di sponsor ini di berkati Allah.

Saya masih berdoa Sufi akan dapat menubuhkan sekolah rendah yang di idamkan,semoga ada cahaya di hujung lorong saya berada sekarang...lorong kecil kerana hakmilik Sufi pre school sekarang bukan kami punya, ia milik Majlis Agama lslam Johor (MAIJ). Jika kecenderungan MAIJ short of nak memertabatkan lslam dan membina pemimpin berwibawa kami kena tegas dan jelas there's no turning back...soalan cepumas.. SIAPA PELAPIS SUFI..INI ZAMAN ANAK MUDA...

No comments:

Post a Comment