NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, May 15, 2013

BERKAMPONG DI BELITUNG

Salam

Rabu 15 Mei 2013/ 6 Rejab 1434H

Tepat waktu Maghrib kami berlima keluarga melewati exit LCCT setelah di minta oleh pihak kastam memasukkan beg untuk di skrin. Agaknya pihak kastam ingat kami ke Jakarta untuk berniaga. Tiket tempahan bujet van juga di buat kerana kami akan pulang ke Shah Alam menaiki van.

Trip ke Jakarta Belitung adalah untuk tujuan CSR (Corporate Social Rsponsibility) syarikat adik saya yang baru meninggalkan syarikat lamanya. Saya kurang arif business beliau tapi tidak akan pernah mengelak jika di pelawa membantu menubuhkan pesentren atau sekolah berciri antarabangsa untuk mendidik umat lslam yang memerlukan bantuan. Ternyata di Belitung pusat perniagaan baru adik saya masyarakatnya perlu di santuni dengan kalimah tayibbah (agama lslam) yang lebih terstruktur.

Seorang lagi adik saya berprofesi peternakan kambing dan lembu ikut serta untuk CSR bidang peternakan masyarakat di Belitung menggunakan tanah seluas hampir 800 ekar/hekter saya kurang pasti. Cantik dan subur tanahnya bekas lombong bijeh timah termasuk banyak bekas bangunan berusia lebih 20 tahun yang masih kukuh foundasinya. Sempat beliau berkhutbah kepada kami sewaktu dinner di Jakarta tentang maksud 'busuk di hati'. Kebetulan saya sedang serfing blog Syed Hussein AlAttas yang buat-bulat menyebut apa yang adik saya kata"

"Kalimah-kalimah kotor hanya lahir dari mulut orang yang kotor hatinya. Orang kotor tidak menghasilkan yang bersih, dan orang baik tidak akan menghasilkan yang kotor. Orang yang kotor ialah orang yang imannya kodong di dalamnya. Justeru, kekosongan iman itu akan diisi oleh sifat benci dan dendam oleh iblis.
 
Mesti ada sebab beliau berkhutbah selain keputusan PRU13 yang kurang meyakinkan rakyat Malaysia. Saya tak berminat nak sentuh di sini kerana saya telah berjanji "Jangan berputus asa dengan rahmat Allah"

Pengalaman musafir bersama kakak dan adik perempuan saya ke Jakarta dan Belitung kali ini indah sekali kerana di usia emas kami masih kuat dan mengenangkan lawatan untuk maksud wakaf kepada Allahyarham Mustapha kami lagi gigih agar dapat melihat hasilnya dalam masa terdekat (sebelum kami menyertai Allahyarham). Rombongan di sertai juga isteri adik saya yang sering bersama suaminya mutakhir ini kerana di beritakan suaminya kurang sihat (slip disc) dan perlu menggunakan wheel chair jika tidak mampu bertahan. Seorang pembantu khas juga di bawa bersama untuk urusan kesihatan ini. Namun saya melihat adik saya biasa dan sihat sahaja kerana sikapnya tidak mahu mengadu hal dan redho. Bila di tanya tentang kesakitan beliau menafikan. Semoga kesihatan beliau tidak seteruk yang saya dengar. Doa akan kami iringi setiapkali beliau berinfaq kepada adik beradiknya. ameen.

Bagi siapa yang pernah sampai ke Belitung pasti bersetuju betapa warganya tidak terganggu dengan suasana 'pulau' yang berudara panas. Bayangkan sebuah rumah besar (7 bilik) kepunyan seorang tokoh politik cum ahli perniagaan kenalan adik saya tempat kami menginap langsung tidak ada kipas untuk meredakan kepanasan kerana rumahnya di bina tinggi dan udara mudah keluar masuk ke rumah.  Itu di dewan besar, bila masuk bilik hangat juga,jawabnya 'MANDI' selalu, nikmat air matair yang di pump dari tanah. Rupanya kaedah kampong agar jangan sering duduk di bilik...keluar bersosialisasi,bercerita atau sembang. Hampir lewat malam saya masih mendengar adik saya bersembang dengan ANDESA (anak desa kampung kelapa kampit) tuan rumah.

Tajuk berkampung saya bawakan dalam blog kali ini ialah kerana kami seolah-olah di bawa balik kampong asal kami sewaktu masih kecil. Hujan turun membawa bersama bunyi derapan di atas bumbung, pelangi keluar selepas hujan dan kehijauan pokok pisang dan selainya yang menyenangkan. Kami sempat ke pantai yang melakarkan lokasi filem Laskar Pelangi agak lewat petang dan tidak sempat ke kampong Gantong di mana terletaknya sekolah cik gu Muslimah.  Seorang sepupu saya terkesan bila saya menyatakan akan ke Belitung kerana beliau peminat penulis buku Laskar Pelangi, malah membaca semua buku-buku beliau. InsyaAllah kami akan mengusahakan bermusafir lagi kerana Belitung telah di calonkan oleh negara Indonesia sebagai tempat wisata Bali kedua (lslamik). Cuma kalau rumah Andesa ingin di jadikan 'homestay' kami akan nasihatkan agar di sediakan kipas dalam setiap bilik.

Lagi satu yang menjadikan kami bernostalgia balik kampong ialah makanan segarnya, minus sayur. Memang keluarga Andesa kurang makan sayur semacam keluarga kami di Tangkak Johor. Ikan sungai 'tapah' kegemaran arwah bapa saya amat enak, walaupun seingat saya ikan tapah yang arwah bapa saya bawa ke rumah masa kami kanak-kanak agak kecil-kecil. Yang kami makan agak besar dan rasnya macam isi ketam. Ikan tenggiri batang segar di bakar dan makan dengan sambal enak sekali. Yang paling istimewa ketam yang besar-besar dan keras serta segar isinya masyaAllah...bagi saya peminat ketam ia amat lumayan. sedap dan memuaskan hati walaupun kolesterol di jangka tinggi. Malangnya masa terdesak kurang sempat mencari isi ketam untuk di bawa balik ke Malaysia. Oleh-oleh yang sempat hanyalah 'belacan tersedap di dunia' kata adik saya. Saya tak makan belacan namun membelinya untuk cuba makan dengan singkong (ubi) rebus atau bakar. Singkong di Belitung amat sedap dan empok (succulent) rasanya bila di rebus, rangup bila di goreng.

Kisah berkampong di Belitung saya bawakan sebagai motovasi sesiapa yang ingin berhijrah ke sana ia masih tempat yang tidak tercemar dari segi econya, masyarakat perlukan contoh kerja kuat sebagai asas kejayaan yang berterusan, contoh berakidah mantap agar tidak bergantung kepada orang lain dan contoh berperibadi mulia kerana hampir SEMUA masyarakat di sana berbangsa MELAYU. Kalau Malaysia melaungkan hidup Melayu, datanglah ke Belitung dan bermesralah dengan kaum kerabat sedarah daging Melayu, mereka juga perlu pembelaan sebagaimana Allah memerintahkan kita membantu mereka yang daif tanpa mengira batasan kerabat dan kenegaraan.

Setiap kita akan menuai apa yang kita semai. Marilah kita semai benih yang baik dari hati yang baik agar Allah memberi ganjaran terbaik. ameen
(pohon maaf tak dapat sertakan gambar yang ada di wassupkan je)  

No comments:

Post a Comment