Salam
Khamis 30 Mei 2013/20 Rejab 1434H
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Saya baru lepas memberi tazkirah tajuk 'syukur' kepada murobbiah Taska Sufi setelah begitu lama tidak menjengah ke sana. Kebersihan, keceriaan dan keselesaan jelas, alhamdulillah, Taska Sufi pun telah mendapat kelulusan lesen daripada Majlis Daerah untuk beroperasi 'legally'.
Musim cuti sekolah ini anak-anak yang datang ke taska hanyalah anak-anak non teacher (bukan guru) yang perlukan penjagaan termasuk anak-anak Tadika. MasyaAllah merenung mata anak-anak yang begitu jernih menggamit rindu saya, serta merta rasa sedih, murung dan terkilan di hati reda sendiri.
Konsep bersyukur melalui zikir 'alhamdulillah' kadang-kadang tidak di sedari kesannya, namun bersyukur dengan pelbagai anugerah Allah di sekitar kita, udara, matahari, hembusan angin, hujan dan macam-macam lagi melalui tindakan aktif mengagungkan namaNya setiap saat; membaca AlQuran untuk mengenal peraturan hidup, pahala dan dosa; melakukan ibadah sekhusuknya termasuk ibadah bekerja serta berinfaq kerana menghargai nikmat yang di perolehi diri lebih daripada orang lain, merupakan aktiviti yang melambangkan tingginya kesyukuran seorang hamba dan kurangnya daya untuk menguasai keseluruhan kehidupan kalau bukan dengan izin dan bantuan Allah.
Isu di Taska hanyalah tugas menjaga anak-anak yang bertambah bilangannya dari hari ke hari sedangkan kemudahan dan peralatan di tahap lama. Lembaga Pengelola Sufi sedang menimbangkan menambah yuran kepada ibu bapa dan penjaga namun kami berhadapan dengan risiko ibu bapa akan menarik keluar anak-anak kerana kurang mampu dari segi kewangan. Hakikatnya keberadaan Sufi perlu di 'niche'kan atau menjurus kesatu sektor masyarakat yang ingin di santuni. Doa saya agar ibu bapa lebih faham kepentingan pendidikan bersepadu yang cuba kami tampilkan dalam IHES dan QGDP.
Usaha menambah dana Sufi sedang di jalankan melalui pengeluaran produk CRISPY SUFI, gabungan kerepek dan daun limau purut yang saya dapat resepi daripada Resturan Bintaro Sederhana di Jakarta. Semoga di berkati. Seorang ibu tunggal telah di gajikan untuk penghasilan produk ini, alhamdulillah dapat juga Sufi membantu keluarga dan lima orang anaknya.
STICKER SALAH SATU PRODUK SUFI UNTUK RAMADHAN
Selain maklumat yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini tentang ketiadaan dua murobbiah pada awal Jun, Sufi juga di hadiahkan dengan seorang tenaga baru yang saya berdoa akan dapat membantu Sufi melaksanakan IHES/QGDP. Seorang murobbiah Tadika juga akan meninggalkan kami kerana urusan anak-anak masih kecil amat mendesak, kebetulan anaknya tidak di hantar ke Taska Sufi. Tawaran untuk beliau bertugas secara kontrek dalam tempuh masa kerja yang kurang dari 8 jam tidak dapat kami kemukakan kerana murobbiah sendiri mengakui tahap ekonominya beliau lebih baik sebelum beliau menyertai Sufi. Kecil juga hati ini tapi saya cepat-cepat memaafkannya kerana saya yakin saya lebih berpengalaman menilai. Tambahan sikap memaafkan mengundang ganti yang berganda baiknya, insyaAllah.
Satu kejutan yang murobbiah Tadika yang sama menegur saya ialah betapa ceteknya kemampuan golongan petugas Sufi untuk mengendalikan IHES/QGDP ke tahap beliau menyatakan saya SYOK SENDIRI (SS)...masyaAllah, tak tergapai saya cara beliau menilai kedudukan saya di Sufi. Ada benarnya juga kerana Pak Hasni mengakui sekolah Adni yang telah 20 tahun beroperasi pun baru 10-15% dapat melasanakan IHES/QGDP.
Sekali lagi saya maafkan murobbiah ini kerana beliau sendiri menjadi magsa SS saya. Saya belum lama ingin medidik beliau agar lebih matang dalam kehidupan, jangan mudah melenting serta perlu berhati-hati menilai sesuatu situasi. Ia mungkin berbeza daripada apa yang kita sangkakan. Dalam Alquran Surah alBaqarah ayat 216 sendiri menegur bahawa terkadang manusia tidak suka sesuatu kejadian tetapi ia baik untuk kita. Unjuran saya kepada beliau yang akan meninggalkan Sufi ialah agar fokus menjaga anak-anak yang masih kecil kerana anak-anak melalui masa kecil tidak lama. Jika orang sebelum kita seperti ibu bapa kita pernah membuat kesilapan mengabaikan masa kecil anak-anak, kita jangan ulangi kesilapan yang sama. Kita kena perbetulkan semua kesilapan yang kita lakukan,. Mohon kepada Allah bantu kita memperbetulkan salah silap yang lampau. InsyaAllah ini juga peranan taubat.
Apa pun saya bersyukur fasa membuat keputusan getir dan memperbetulkan kesilapan di Sufi telah berlalu. Sekalipun saya di tuduh SS pelaksanaan IHES/QGDP memang paksi nawaitu saya berada di Sufi Tangkak. InsyaAllah saya akan melakarkan fasa kedua tahun 2013 mulai Jun ini dengan doa yang lebih kukuh supaya amal kami di Sufi tidak terbatal dek maksiat hati yang sukar di rawat, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment