Salam
Ahad 26 Mei 2013/16 Rejab 1434H
Terasa amat lama tidak menulis blog kerana masalah teknikal wifi di Tangkak. Apa pun saya ingin mengutip maklumat yang berlaku sebagai kenangan yang semuanya mengandungi hikmah dan iktibar.
Berita kemenangan kerajaan memerintah BN dalam PRU 13 kini di terima SEBULAT SUARA bagi satu pihak tapi di tentang oleh Black 505 di pihak yang lain. Hari ini juga saya menerima wassup gambar Ustaz Azhar Idrus penceramah popular masakini berkahwin isteri ke tiga. Alhamdulillah bahagia di samping dan di restui kedua isteri terdahulu.
Ada satu kisah yang lain beristeri dua tapi SEBULAT SUARA isteri pertama tidak di terima sebagai ahli keluarga suami. Satu tindakan yang melulu pada pandangan saya yang cetek (tak tahu semua berita untuk di analisa dengan teliti tanpa prejudis). Apa pun semua kejadian adalah dengan izin Allah dan pasti penuh hikmah dan iktibar.
Kisah sekolah Sufi tidak kurang menariknya kerana sekarang cuti anak-anak Tadika telah bermula selama dua minggu. Seorang murobbiah lepasan SPM telah meninggalkan taska Sufi khamis lalu untuk melanjutkan pengajian di UMS (Universiti Malaysia Sarawak), semoga sukses. Saya juga ada menerima berita seorang murobbiah Tadika akan meninggalkan Sufi untuk berkerja di Tadika Kemas, mungkin kerana gaji yang lebih lumayan. Saya ucapkan tahniah kerana yang ketara Sufi masih belum mampu membayar gaji setimpal kepada guru-gurunya. Cadangan lembaga pengelola Sufi untuk menaikkan yuran mulai Julai 2013 kini belum mendapat restu semua ahli, didoakan urusan kami mengujudkan pra sekolah berteraskan IHES/QGDP tidak terbantut di tengah jalan.
Rumah sewa baru yang kami duduki sekarang juga berubah wajah kerana kemudahan di datangkan menjadi rezeki kami, antaranya mesin pembasuh baju otomatik dan karpet sumbangan adik saya, memasang hawa dingin dan menambah selesa tilam lebih tinggi kepada tilam rendah yang di sediakan tuan rumah. Sewaktu kami ke Muar membeli alat permainan anak-anak taska Sufi sempat kami menuju ke Parit Jawa menjamu selera 'asam pedas' dan membeli belah ikan segar Kurau dan Parang...masyaAllah kalau di banding dengan harga di KL sekali ganda MURAH. Kebetulan mulai Khamis kami berpuasa hari 'Putih' tiga hari (13, 14 & 15 Rejab) hingga Sabtu, rezeki bersahur dengan ikan kurau...alhamdulillah.
Seorang anak saya kini menunggu hari kelahiran anaknya yang ke 5, saya bercadang berada di Tangkak untuk memudahkan menziarahinya waktu bersalin, rupanya tarikh duenya ialah 4 Jun, sempatlah saya balik KL menunaikan keperluan menjalani pemeriksaan darah untuk temujanji doktor pakar diabetik 14 Jun. Apa pun rumah baru sentiasa dikunjungi tamu,bermula anak saudara bersama isteri dan anak kecilnya, di ikuti cucu-cucu saya daripada dua keluarga daripada Batu Pahat dan Simpang Renggam. Kata orang jika rumah sering di kunjungi tamu ia petanda murah rezeki,alhamdulillah,semoga Allah makbulkan doa menambah rezeki untuk membantu Sufi, ameen.
Tajuk SEBULAT SUARA saya bawa dalam blog kali ini adalah untuk menyanggah setengah pandangan bahawa SYURA atau mesyuarat bermaksud semua orang kena bersetuju dengan satu pandangan. Dalam PRU 13 contohnya tidak semudah itu semua rakyat Malaysia menerima bulat-bulat apa yang disogokkan dalam media massa kerana sumber berita daripada saluran yang lain membuatkan ramai pengundi berfikir berkali-kali tohmahan dan fitnah yang di sebarkan. Walaupun saya tidak memihak kepada mana-mana blok yang bertanding saya amat pasti saya ingin nilai agama saya yang unggul di mertabatkan antaranya keadilan yang perlu di jadikan panduan dalam membuat pilihan. Jika pertandingan berat sebelah, kemenangan tidak ada erti apa-apa di sisi Allah yang mentadbir langit dan bumi,malah mengundang bala berbanding barakah.
Setiap saat saya mendoakan agar negara ini di pimpin orang yang beriman dan bertaqwa kerana janji Allah akan di bukakan pintu barakah dari langit dan bumi, nokhtah. Tidak ada pilihan selain itu pada saya, lainlah jika negara kita di perintah oleh umat kafir.
Bila setiap keputusan dalam apa isu sekalipun menggunakan kata-kata SEBULAT SUARA saya rasa amat pelik dan ragu terutama yang terkini satu berita yang melibatkan maruah keluarga saya sendiri. Quid pro quo (what for what) sewaktu di Jakarta kami SEBULAT SUARA berjanji akan menjaga maruah keluraga whatever it takes. Petang tadi pun saya telah menyampaikan janji ini kepada anak saudara saya agar isu SEBULAT SUARA kami di beri perhatian. Walaupun saya tidak berminat untuk menulis isu ini tapi buat kali terakhir ini biar jelas bahawa maruah adalah antara lima (5) perkara penting yang perlu di pelihara dalam syariat lslam (selain agama, nyawa, harta dan zuriat)
Rasanya buat masa ini saya berhenti di sini. Doa saya SEBULAT SUARA kita mohon Allah ambil nyawa kita dalam redhoNya dan tidak membatalkan amal.kita yang tak seberapa. Doa juga agar di berkati bulan Rejab dan Syaaban serta pertemukan kita dengan Ramadhan bermula 10 Julai nanti insyaAllah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInsy Allah.Benda yang bulat akan bergolek.."You Get What you Gift". Tapi dalam soal maruah tiada toleransi. Sendiri patut mempertahankan Maruah..bukan sebulat suara menjatuhkan maruah.Kita hanya merancang..tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.Semoga bersabar dengan ujian kehidupan.
ReplyDelete