NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, April 10, 2013

TRIFLES (LITTLE SIGNIFICANCE)-TAK PENTING

Salam
Selasa 9 April 2013

Awal pagi saya menuju ke Hospital KL untuk temujanji dengan Dietician. "tak ramai orang mau jumpa Dietician'  begitulah kata-kata yang menyambut saya. "Bagi pengidap Diebetic you made the right move" Pegawai Dietician menyambung. Sebenarnya separuh hati saya tidak mau berjumpa Dietician kerana saya tahu banyak perkara yang baik tentang menjaga pemakanan telah saya langgar. Tapi syukurlah suami saya mendorong dan sampai tepat waktu temujanji selepas mengharung traffic jem dari Shah Alam ke KL.

Sepanjang temujanji saya di ajak bersembang tentang amalan pemakanan saya dari awal pagi ke malam. Ternyata amalan harian memainkan peranan untuk mencetuskan pelbagai penyakit. Saya menulis tajuk perkara yang di anggap remeh TRIFLES sebenarnya boleh menjadi perkara kritikal penentu kepada sesuatu insiden malah trajedi seperti kematian mengejut. Teman saya sering menyebut kata-kata arwah ibunya 'tidak ada sepuluh sen kalau tak ada satu sen...hari ini mungkin tak ada sepuluh ringgit kalau tak ada seringgit.' maksudnya yang tak signifikan satu sen (tak boleh beli apa-apa) adalah mulanya yang signifikan iaitu sepuluh sen (boleh beli gula-gula).

Sejak kecil membawa ke umur muda saya jarang terfikir saya akan menjadi pesakit di hospital. Perkara yang di remehkan kini menjadi igauan kerana daripada sekecil-kecil makan buah duku kegemaran saya memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah. Maksima bilangan buah-buahan saiz kecil akan menaikkan kandungan gula  adalah 8 biji. Bayangkan jika saya makan 30 biji buah duku sama dengan memakan 4 keping roti! Bab pemakanan yang di remehkan ramai orang rupanya memberi kesan kepada pengidap beberapa penyakit dan ketika umur meningkat  tua.

Pemerhatian di Hospital besar yang baru siap di KL menginsafkan saya. betapa ramai warga emas yang beratur ingin mendapat rawatan. Dengan kemudahan yang lebih baik di bangunan baru semoga masyarakat diKL akan mendapat perkhidmatan yang di hajatkan. Saya juga di tegur kerana tidak melakukan riadah dan berat badan kian meningkat, melepasi sasaran maksima saya. Namun pegawai Dietician sedar saya orang yang tahu apa yang saya lakukan dan punya azam untuk kekal sihat kecuali ajal menjemput insyaallah.

Berita kematian berurutan sampai kepada saya. Bekas Perdana Menteri UK Iron Lady Margret Trethcer mati pada umur 87 kerana stoke Isnin. Petang Rabu 10 April jiran saya yang mengidap sakit jantung menghembus nafas akhir. Pada umur bonus berita kematian bukan 'trifle', ia harus menjana kesedaran betapa banyak yang belum di sempurnakan.

Terkini Malaysia akan menghadapi plihanaraya ke 13, mungkin pada 5 Mei. la serupa jihad kepada jiwa yang ingin melihat kemuliaan lslam di mertabatkan. Doa saya agar kezaliman dan keangkuhan tersungkur maut kerana kesan kemaharajalela mereka merosakkan cara berfikir generasi akan datang. Sumbangan Sufi sekalipun trifle sekarang saya mengharapkan ia langkah 'a thousand miles' untuk mengubah cara berfikir masyarakat agar memilih yang terbaik di sisi Allah.WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment