NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, April 12, 2013

POKOK BONZAI

Salam
Jumaat 12 April 2013/ 2 Jamadilakhir 1434H

Tak sampai seminggu di Tangkak, pagi esok Sabtu saya akan pulang ke Shah Alam urusan suami saya selaku Pengerusi Surau Attaqwa seksyen 7 Shah Alam. Kerja2 PRU 13 pun banyak menunggu di Selangor untuk memenangkan pemerintahan yang adil, berkat dan telus,mudah-mudahan memertabatkan lslam sebaiknya sejak 5 tahun mutakhir ini.

Aktiviti Sufi agak padat sepanjang minggu. Kadatangan seorang petugas baru membantu Taska meredakan tekanan bila mendengar anak anak golongan 'babies' di Sufi akan meningkat 12-14 orang. Rupanya babies masih 9 orang dan ibu bapa yang bakal menghantar belum membuat keputusan. Terkini kakitangan untuk babies 4 orang lebih daripada menepati kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kreativiti mengadakan 'toy pool' di taska banyak meningkat keceriaan anak-anak dan semua petugas sementara susunatur Taska di ubah mengikut keperluan ruang.Kekangan kos membuatkan banyak idea baik tertangguh, antaranya menyewa bangunan lain khas untuk Taska. Syura Lembaga Pengelola Sufi belum setuju, malah alasan terkuat ialah Sufi belum ada CEO seperti Sekolah Adni. Baru saya sedar siapa ya CEO Sufi selama ini? rupanya saya...CEO sukarela. 

Kelas bahasa inggeris untuk murobbiah Sufi di teruskan 2.30 petang Khamis dengan membincang kata-kata 'we sow an act we reap a habit, we sow a habit we reap a character'. Mesej menerapkan amalan soleh sebagai 'habit' mudah di faham oleh murobbiah,namun mengujudkan 'character' atau peribadi yang mantap mengambil masa bermula daripada golongan murobbiah dan staf Sufi keseluruhannya sendiri. Program mengutamakan kebersihan merupakan habit yang terkenal di negara Jepun yang boleh di contohi, terutama kebersihan bilik air.Semua pihak di minta menyumbang idea dan tenaga untuk tujuan kebersihan ini.

Saya masih ingat dalam satu musafir kami singgah di sebuah surau di daerah Jementah Segamat. Amat di kesalkan bilik air amat kotor dan tidak dapat digunakan. Saya kurang ingat samada pernah menulis surat kepada Jabatan agama lslam Negeri Johor berikutan insiden itu, tapi pengalaman itu cukup untuk saya memilih R&R Plus berbanding surau atau masjid sepanjang bermusafir. Namun waktu kecemasan saya pernah singgah di Masjid Sg mati, nampak bersih alhamdulillah,ada kesan kalau betul saya pernah menegur isu kebersihan kepada Jabatan agama lslam negeri Johor.

Pagi ini kami terpaksa membawa anak-anak tadika sufi awal ke program swimming kerana lokasi kolam renang di ubah ke Malacca Club. Pump swimming pool di Hang Tuah City Hotel rosak. Alhamdulillah air kolam Malacca Club amat bersih dan suasana lebih selesa. Cuma kolam terdedah panas matahari. Saya yang menumpang mandi sambil melayan 2-3 anak-anak perempuan kecil 'water exploration' terasa bahang dan 'sun tan' nya! Minggu hadapan seterusnya hari berenang anak-anak akan di ubah pada hari Rabu kerana mengelak kesesakan hari Jumaat. Di perhatikan coach pandai mengajar anak-anak kerana ada anak yang sudah berani melayarkan pelampong sendirian hanya selepas dua kali latihan. Semua anak-anak kelihatan seronok dengan program 'air' ini, ia satu mukjizat ciptaan Allah. Saya turut belajar semasa dalam perjalanan membawa dua anak-anak dalam kereta dengan mendengar hafazan mereka dan mengajar mereka dua tiga patah perkataan bahasa inggeris, alhamdulillah.

Program Usrah Murobbiah Sufi pada 1.30 petang Jumaat membawa persembahan murobbiah tentang 'pokok lslam' konsep dan pencerahan untuk di manfaat di Sufi. Satu presentation tahap SUPERB (first class) kerana semua konsep yang pernah kami cuba terapkan selama usrah dapat di olah semula dengan baik. Teacher Norlida sempat memberi komen malah menyediakan buku report (penilaian) pelajar sebelum beliau menunaikan hajat besan menghadiri majlis pertunangan di Rawang Selangor. Alhamdulillah Allah telah menghanar kepada Sufi pembantu yang baik setakat ini, ameen.

Dalam ulasan akhir saya menyentuh konsep 'pokok bonzai' ciptaan orang Jepun yang kononnya beragama 'anamisme' menyembah pokok besar. Lama kelamaan mereka cipta 'Tuhan' pokok bersaiz kecil supaya mudah menyembah di mana-mana mereka pergi. Lahirlah 'pokok bonzai' yang menurut kajian di bungkus akar tunjang agar tidak berkembang, yang tumbuh hanyalah akar sampingan kecil dan hasilnya pokok jadi 'kemetot' menjadi simbol sembahan bila-bila diperlukan malah sekarang menjadi hiasan sahaja.

Pokok Bonzai tidak lagi menjadi pokok melindungi panas terik, tidak mengeluarkan buah manis serta susah berpucuk gagah, tapi ia senang di bawa kesana sini sebagai hiasan yang mengkagumkan. Bayangkan pokok ini sebuah pokok lambang agama lslam, bukankah pokok lslam juga telah DI BONZAIKAN? lslam sebagai akidah mantap dengan enam tunjang rukun lman tidak di galakkan berkembang malah di sekat di sana sini, yang nampak berkembang ialah rukun lslam, boleh solat, puasa, berzakat, naik haji, bina masjid...namun nawaitu setiap amalannya kurang mantap. mengutip kata-kata TG Nik Aziz ramai orang yang bina masjid kerana nakkan 'KONTREK', saya tidak menafikan kata-kata orang soleh ini.

Maksud akidah tidak mantap ialah ramai umat lslam tidak rasa terikat (tidak takut) dengan kuasa 'ghaib' Allah, Malaikat, Hidayah dan Barakah kerana semuanya maukan 'simbol' lahir, bayak wang,ada kuasa, rumah besar, pangkat tinggi,dan sebaginya, tidak ada sedikitpun inginkan REDHO ALLAH dalam semua keadaan. Lahirlah kumpulan yang menyambut kedatangan PRU 13 dengan sikap gangster, mengugut, video seks dan segala macam idea berasaskan nafsu serakah dan amalan syaitan. Iblis dalam diri tidak mampu di bendung dan di biar bermaharajalela dengan budaya bohong, tipu, tidak jujur serta penipuan segala macam. Mereka lupa kematian akan datang tiba-tiba, tak sempat nak bertaubat, tak tau bilasolat terakhir,bila kali terakhir mengucup suami isteri,minta maaf sesama saudara dan sebagainya . Kalau habit sepanjang hidup ialah menipu agaknya Malaikat pun akan bertindak serupa kepada Firaun iaitu menutup mulut Firaun dengan lumpur pasir laut sebelum ia sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Saya juga sempat bertanya bagaimana menyuburkan 'Pokok lslam' seperti kita menjaga pokok yang hidup di bumi. Apa bajanya, airnya dan tips menyuburkan pokok agar berbuah manis. Kita kena berhati-hati mengambil sumber baja menyuburkan pokok lslam hanya daripada yang soheh,jelas, dan benar, antaranya AlQuran, hadis, kata-kata ulama, majlis ilmu, solat berjemaah, zikir, doa, bersilaturahim, beramal soleh dan sebagainya. Akar pokok lslam ialah HATI yang harus di jaga daripada diracuni berita bohong, menipu dan bisikan iblis syaitan yang banyak berkeliaran mencari mangsa dan mengambil kesempatan jika kita lalai.

Hati juga jangan di bendung daripada berkembang secara fitrah sukakan kebaikan dengan cara mengelak sifat MAZMUHAM,hasat,dengki, tamk dan sombong.  Setitik racun dalam hati amat meyiksa, tak senang duduk dan tak tenang jiwa dibuatnya kerana selalu tak suka orang lain lebih, suka apa yang ada di tangan orang lain , tidak bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Jawabnya selalulah berdoa agar redho dan bersyukur setelah kita berusaha dengan azam yang kuat untuk MEMENANGKAN ISLAM whatever it takes, even NYAWA melayang sekalipun...soalannya adakah kita bersedia dan sanggup?? Lebih ramai yang berjiwa 'victim' (mangsa keadaan) minta dikasihani, minta tolong manusia tak berdaya malah marah-marah kenapa orang tak bantu mereka. Mereka lupa perasaan orang lain pun Allah yang kawal samada nak hulur bantuan atau membantu, puncanya mesti jalinkan hubungan erat dengan Allah yang maha Kuasa yang berkuasa menggerakan semua TENTERAnya menbantu orang yang ikhlas!

Semasa kami membeli peralatan di Muar ada kesempatan menziarahi ibu dan bapa mertua adik saya yang masing-masing berusia emas tetapi masih sihat,alhamdulillah. Kami juga sempat menziarhi Ngah Timah jiran rumah arwah ibu bapa saya di Tangkak yang berusia lebih 80 tahun. Ternyata lemahnya usia senja saya menginsafi agar usia saya tidak menyusahkan orang termasuk suami saya. Semoga Allah redho usia senja saya dan saya sempat kembali kepadanya dalam keadaan diredhiNya.Ameen

Saya, suami, teman serumah dan petugas sufi yang tinggal di Solok Jaya akan berpindah rumah lain akhir April. Alhamdulillah kami dapat melihat sebuah rumah bekas 'homestay', furnished berdekatan dengan Sufi, semoga Allah memberkati rumah ini dan kami dapat tinggal lebih lama jika Sufi memerlukan khidmat kami insyaAllah.Ameen

No comments:

Post a Comment