NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, April 8, 2013

MENYESAL

Salam
Ahad 7 April 2013

Sejak Parlimen di bubar 3 April 2013 terlalu banyak cakap-cakap politik yang masuk ke telinga saya. Selain menikmati kibaran bendera warna warni sepanjang perjalanan Tangkak Ke Putrajaya, Ceras dan Shah Alam tengahari Sabtu saya teringat kata-kata seorang pengomen politik terbaru dalam keluarga saya 'menyesal jadi rakyat Malaysia...pemimpin memalukan negara..kalau di Jepun dan Korea semua dah letak jawatan kerana menteri dia orang ada sifat malu.'  Saya senyum sinis.Mana ada sifat malu kalau sepanjang hayat hanya fikir nak menang 'by hook or by crook' atau kata-kata sekarang 'beri salah tak beri kalah',lebih baik beri dan kekal BERSALAH. Ngerinya ramai puak-puak yang terjebak dalam politik tak rasa takut kerana mereka bersalah di hadapan Allah Maha Perkasa,Maha Penghukum...nauzubillah.

Sebenarnya semua manusia akan MENYESAL di akhirat nanti sekalipun yang beramal soleh kerana mereka akan rasa kurang amal melihatkan janji Allah di alam akhirat ditepati. Itulah antara seruan untuk berjihad selagi hidup dan rehat bila mati. Saya berdoa menjadi orang yang sentiasa dalam jihad, sekalipun pada tahap mendoakan bukan terjun ke medan perjuangan.

Sepanjang minggu berlalu di Sufi kami telah memulakan kelas 'swimming' di sebuah Hotel dengan bantuan jurulatih. 8 anak-anak di anggap sesuai untuk meneruskan 'coaching' selama 3 kali lagi, anak-anak kecil di biarkan melalui pengalaman 'water exploration' (meninjau pengalaman bermain air). Saya pulang ke Shah Alam untuk menepati janji bertemu Dietician di Hospital KL pagi Selasa. Sewaktu membuat pertemuan dengan Doktor pada 19 Mac saya di sahkan pengidap penyakit Dibetik kumpulan 2 iaitu 50% disebabkan keturunan. Maksudnya saya tak boleh elak dari terkena penyakit ini. 50% lagi boleh di elak melalui amalan sihat dan rawatan konsisten insyaAllah.

Beberapa insiden berlaku di Shah Alam sepanjang saya di Sufi Tangkak, antaranya berita  pengurusan Anjung 7 yang kini di ambilalih pemilik baru yang akan menaikkan harga sewa hampir 3 kali ganda. Mujurlah Galeri Mawaddah tidak lagi beroperasi, kalau tidak parah juga nak membayar sewa. Keluhan banyak di dengar daripada pengusaha makanan di Anjung 7 tapi nak kata apa ia hak tuan rumah yang baru untuk menaikkan sewa, kalau ingin menyewa sila akur, kalau tidak kena keluar.

Anjung 7 mempunyai nilai sentimental pada saya kerana sewaktu menjawat jawatan ahli MPP Zon 3 saya di minta oleh bekas Dato Bandar ketika itu'memeriahkannya' kerana selama 2 tahun bangunan tersebut tidak ada sambutan pengusaha maupun pelanggan. Terkini Anjung 7 popular dengan Nasi Arabnya dan beberapa makanan lain. Allayarham Hj Mustapha adik saya besar peranannya sewaktu bulan Ramadhan kerana mempromosi pakej infaq kepada mereka yang berbuka dan berterawih di Anjung 7.  Promosi awal ialah menjamu ahli kariah 10 Surau di MPP Zon 3 yang pada pendapat saya merupakan strategi infaq terbaik dan tersusun sehinggalah perkembangan pesat Nasi Arab menjadi sejarah indah di Anjung 7 hingga sekarang. Awal dulu saya dan Allahyarham Hj Mustapha menggalakkan pengusaha pergi menunaikan solat berjemaah di surau dan menjaga semua ibadah termasuk kebersihan dll, namun hari-hari mendatang ramai yang kecundang tidak sudi lagi solat berjemaah. Pada pandangan saya bila sewa kini hendak di naikkan ramai yang BERMASALAH....rezeki sempit,sedangkan untuk menyembah Tuhan yang memberi rezeki liat sekali. Sampai ada pengusaha yang merujuk kepada saya 'nak mengadu pada siapa? Saya jawab PADA ALLAH yang memberi kamu rezeki malah orang kafir pun di beriNya kerana sifat kasih sayang Allah. Semoga yang kecundang menunaikan janji dengan Allah tidak MENYESAL di saat bertemu denganNya nanti.



  

No comments:

Post a Comment