NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, April 14, 2013

TIDAK MATANG

Salam

Ahad 14 April 2013/ 3 JamadilAkhir 1434H

Menikmati hidangan di majlis perkahwinan hari Sabtu siang dan malam memberi risiko kepada ukuran gula saya. Tidak turun daripada bacaan 9. Mengikut standard penyakit dibetik kadar 9 itu border 'High'. Apa pun majlis mempertemukan saya dengan saudara mara, adik beradik serta teman yang lama tak bersua.

Percakapan dalam majlis tidak sunyi daripada agenda PRU 13. Anak teman saya yang suka menolong bilik gerakan parti yang bersaing (PAS/PKR) menceritakan pengelaman di 'provoke' pihak lawan ke tahap menguji kesabaran. Ada kisah pula yang tersiar dalam Youtube seorang wanita penyokong parti pemerintah melaung-laungkan kata-kata lucah menyaingi ucapan calon di kawasan Pantai/Bangsar KL, termasuk bersumpah dengan nama Allah. Saya mengucap panjang mendengar insiden 'TIDAK MATANG' warga Malaysia setelah hampir 60 tahun merdeka. Rasa kasihan pun ada melihat gelagat manusia 'bak binatang malah lebih teruk (maksud ayat Quran) kerana sunnatullahnya ialah 'we reap what we sow'. Kalau hari ini kita tanam kebencian, terimalah 'buah' kebencian yang akan membawa derita akhirnya. Inilah tujuan berpandukan 'syariat' Allah yang ingin semua manusia berjaya dan masuk syurga Allah.

Namun kurangnya kepercayaan dan tidak mantapnya akidah hari ini telah membuahkan hasil yang amat pahit kepada rakyat Malaysia. Saya masih ingat dua insiden dalam hidup saya yang membingungkan saya sewaktu menyaksikannya, waktu itu saya masih kecil. Seorang saudara saya akan berpindah ke rumah baru. Sebelum beliau berpindah habis semua pokok pisang dan sayuran yang di tanamnya di tebang dan di hapuskan. Rupanya yang akan mengambilalih rumah lamanya ialah adiknya yang amat di 'bencinya'. "Padan muka" katanya, kalau nak makan hasil tanam sendiri...panjang muncung keangkuhan kakak tersebut. Sewaktu saya 'BELUM MATANG' ketika itu saya terfikir 'mengapa pokok dan tanaman menjadi mangsa pergaduhan adik beradik? sedangkan fitrah pokok dan tanaman ialah 'sentiasa ingin memberi hasil' sepanjang hayatnya terutama pokok pisang..

Insiden kedua mempamirkan sikap tidak bersyukur seorang insan ketika memulangkan kembali sebuah keenderaan kepada tuan punya. Busuknya hati peminjam hingga sanggup memasukkan pasir kedalam tangki minyak menyusahkan tuan punya keenderaan terpaksa mencuci semula tangki. Dari jauh si peminjam gelak-gelak suka kerana telah melakukan 'maksiat'. Hari ini saya lihat hasil hasad dan maksiat tersebut menyusahkan si peminjam kereta, pertama ia tidak di percayai lagi untuk meminjam sebarang apa, kedua ia telah menanam 'kebencian' dalam hati ramai orang yang tahu insiden ini. Nauzubillah kalau ramai yang tidak memaafkan kita malah sebaliknya mendoakan kehancuran hidup kita kan ke bahaya?. Kena betul-betul bertaubat kalau ingin membuat perubahan,itu pun kalau Allah izin.

KETIDAK MATANGnya gerakkerja dalam berpolitik diMalaysia memberi gambaran masyarakat kita masih belum 'CIVILIZED' tidak bertamaddun. Sebagai umat lslam bertamadddun adalah matlamat yang ingin di capai dalam hidup bermasyarakat. Bukan sekadar bersih di luar, bergaya sakan, hebat di rumah dan punya pejabat canggih, tetapi betapa kita dapat membersihkan nawaitu agar BERTANGGUNGJAWAB dalam semua urusan kita kerana yang akan menjadi saksi semua tindakan kita ialah yang GHAIB (Allah dan Malaikat). Kalau kita buat sesuka hati mengikut nafsu serakah dan matlamat 'MENANG whatever it takes', terimalah kesan perbuatan 'we reap what we sow' Tangan yang menanam kebencian akan menuai lebih teruk kebencian. Saya yakin terlalu banyak bukti dalam dunia politik kita hari ini tentang perkara ini hingga tercetus perkataan 'PUAKA'. Orang benci dalam diam lebih berbahaya berbanding melawan 'provokasi' di kalangan aktivis politik dan dakwah. Rasulullah saw sewaktu memulakan dakwah lslam sering mengingatkan 'Bersabarlah keluarga Yasir...syurga menantimu' . Ketika itu shahidah Sumayyah dan suaminya di dera puak Quraish kerana kedua mereka beriman dengan Allah dan Rasul.

Tindakan 'GENTLEMAN' kata orang sekarang hanya untuk beberapa tujuan memikat wanita, tidak untuk memikat pengundi. Saya terbaca sebuah blog yang merujuk kepada penari Korea Psy membuat tarian baru 'Gentleman' sampai ada yang meyeru agar beliau di jemput semula menghiburkan rakyat Malaysia sama seperti waktu TBC (Tahun baru Cina). Saya tidak akan lupa TBC kerana pada petang hari itulah adik saya Allahyarham Mustapha di masukkan ke HUKM hingga menghembuskan nafas terakhir 5 hari kemudian. Selamatlah Allahyarham di alam barzah tidak lagi di sakiti perasaannya dengan karenah dunia politik Malaysia yang dia paling benci melihat gelagat orang 'tak bertuhan'.

Sikap TIDAK MATANG yang berpunca daripada nafsu kebinatangan di ciduk daripada sikap orang yang memusuhi Allah dan Rasul. Kaum Yahudi tidak rela menerima Rasulullah saw sebagai Nabi terakhir hingga sanggup mengubah kitab Taurat dan membawa cerita dongeng israliyyat untuk mengkaburkan fakta. Bagi umat yang belum mendapat hidayat ia merupakan tarikan nafsu menerimanya tanpa soal. Begitu juga Firaun memperbodohkan rakyatnya yang buta huruf sehingga mengungkit siapa yang menjaga mereka, yang membela Nabi Musa sewaktu bayi. Semua sikap Firaun ini banyak dalam masyarakat di Malaysia.

Saya teringat satu ketika arwah bapa saya di tegur kawannya mengapa saya berubah sampai memakai tudung. Katanya saya mendapat biasiswa kerajaan Malaysia bukan negeri Kelantan. Bapa saya seorang yang bijak menjawab, "biasiswa tu HAK anak aku, tak ada kena mengena dengan Kelantan", alhamdulillah.. Dalam doa saya memang ada Kelantan, agar Kelantan kekal di bawah pemerintahan lslam yang syumul.

Amat malang jika Malaysia mendabik dada menjadi negara maju tapai TAK BERTAMADDUN. Watak-watak tak bertamaddun sering kita jumpa di jalanan,buang sampah sesuka hati, menyumpah seranah sesuka hati, muka kering daripada wuduk, angkuh tak bertempat dan banyak lagi...saya bimbang anak-anak muda yang tak dididik akan mudah menerima pengaruh ini. Hari ini anak-anak sukar di tegur, kurang bertanggungjawab malah tidak lagi mempunyai matlamat kekeluargaan, semuanya bergantung harap kepada sesuatu yang tak pasti. "Nak mengadu kepada UMNO?" begitu ugut seseorang kepada saya bila di landa musibah. saya jawab MENGADU KEPADA ALLAH YANG MEMBERI REZEKI ORANG UMNO DAN SESIAPA SAHAJA CIPTAANNYA TERMASUK ORANG KAFIR DAN BINATANG.'

Alhamdulillah sedikit sebanyak dengan bergeraknya saya bersama Sufi saya telah membebaskan diri daripada pergantungan kepada sesuatu selain Allah. Maksud pergantungan ialah kita sendiri kena memakmurkan lebih banyak bidang yang kurang di sentuh oleh pemerintah, antaranya sekolah 'integrated'. Di sekolah anak-anak tidak hanya di ajar pelajaran untuk lulus peperiksaan tetapi yang lebih penting ialah lulus dengan berakhlak dan bertanggungjawab,bukan sekadar mendabik dada kita keluaran sekolah elitlah,itu dan ini. Semua harus dididik di madrasah alQuran, di rumah yang penuh berkat ilmu, di institusi agama masjid dan surau menghadiri majlis ilmu. Bila ilmu di raih daripada sumber yang soheh dan benar kita BEBAS daripada segala macam pemalsuan fakta dan juga provokasi murahan.

Saya amat tersentuh kakak dan adik ipar saya telah disahkan menunaikan Umrah awal Ramadhan tahun ini. Mereka menyebut buku SEERAH agar di kuasai sebelum menyertai program ziarah umrah di Madinah. Dengan sukanya saya menghadiahkan 4 naskah buku seerah. "Macam mana ada buku-buku ini?" mereka bertanya 'I am a book collector..sambil baca doakan kesejahteraan saya dan dapat berUmrah ya?' jawab saya yakin...eloklah mereka baca kerana sebagai collector banyak buku yang tak sempat saya baca lagi. alhamdulillah dan ameen. Semoga  dengan banyak membaca buku lslamik yang TIDAK MATANG akan jadi matang, yang matang lebih matang menjana kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat BERTAMADDUN. ameen

No comments:

Post a Comment