Salam
Khamis 18 April 2013/ 7 RabiulAkhir 1434H
Berita kematian Kak Timah jiran rumah keluarga saya di Tangkak awal pagi selasa (12.30 tengahmalam) saya iringi doa sahaja kerana tidak dapat pulang berziarah. Saya ada temujanji untuk membincang pengesahan staf Sufi di PutraJaya dan bertemu anak angkat di Masjid UPM tengahari Selasa.Semoga arwah Kak Timah di cucuri rahmat Allah kerana beliau seorang yang banyak berjasa kepada saya dan adik beradik sejak kecil. Menurut anaknya arwah meminta semua anak-anak balik sebelum beliau menghembus nafas terakhir. Semoga anak cucu meredhai pemergian seorang tokoh ibu tunggal ini yang lama menyara anak-anaknya bersendirian.
Pagi-pagi hari Rabu saya telah bertolak dari Shah Alam untuk menyelia program swimming kali ketiga di Hang Tuah City Hotel Malacca. Anak-anak Sufi telah sedia menunggu di bawa dalam 3 kereta murobbiah, semoga Allah meredhai sumbangan ikhlas murobbiah ini. Saya merancang dalam program akhir minggu hadapan semua anak-anak tadika akan di bawa menaiki bas untuk berkenalan dengan coach kerana sesi swimming kedua masih belum di pastikan. Coach menggalakkan usaha Sufi dengan kata-kata..'they are young once..they will remember their happiness in the water.' Tepat sekali matlamat kami untuk memberi pendedahan kepada anak-anak, semoga menjadi pembuka minda minat anak-anak dalam bidang-bidang lain seterusnya
Perkembangan senario politik Malaysia terutama di Shah Alam kurang menyenangkan dengan sikap manusia rakus untuk mengekalkan kuasa. Dalam blog teman saya di kisahkan masyarakat yang 'numb' (lali) citarasa terus ingin agar pokok lama (simbol pemerintah sekarang) jangan di sentuh untuk memastikan keselamatan negara. Saya memberi komen mudah sahaja. Pokok yang di tanam tangan manusia boleh di ganti bila-bila dengan pokok baru macam Sekim Tanam Semula yang mampu melonjakkan ekonomi negara. Kita ingin imej Malaysia yang banyak tercemar di pulihkan dengan peribadi dan tokoh pemimpin yang beriman dan bertakwa, jujur,ikhlas,telus,berani, belas kasih dan matang.
Terbawa-bawa saya dengan doa agar negara Malaysia di tadbir orang-orang jujur..saya sarankan dalam kelas bahas Inggeris staf Sufi hari ini dengan tajuk perbincangan HONESTY IS THE BEST POLICY. Kami berbincang panjang lebar konsep jujur pakaian para Rasul dan Nabi serta orang-orang soleh di ketuai sahabat Rasulullah saw Abu Bakar Assidek. 'Sideq' ialah jujur dalam bahasa Arab, lawannya 'Kazib' (dusta). Tidak ada siapa suka di panggil pendusta atau 'liar' dalam bahasa inggeris namun hakikatnya terlalu ramai pendusta dalam masyarakat hari ini hingga keliru fakta di buatnya,
Adik saya membuat telahan pendusta dari kalangan orang-orang baik sebelum ini telah di sihir Qarinnya...ha ha tergelak saya... 'its a choice' yang masing-masing buat,mana ada kekuatan sihir-sihir...isunya adakah mereka telah mengamalkan moto ini: HONESTY IS THE BEST POLICY
Adakah seseorang, termasuk diri kita JUJUR dengan diri sendiri, dengan Allah, dengan isteri/suami,ahli keluarga, dengan orang sekitar kita,atau kita bermuka-muka, bersendiwara, sweet talk, malu alah atau terpaksa terima apa yang di sogok, jadi jiwa mangsa yang di mangsakan seumur hidup? Kalau kita jujur mari amalkan maksud hadis ini
" Dari Ibnu Mas'ud r.a. dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda, " sesungguhnya kejujuran itu akan menunjukkan kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu akan mengarah ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu benar-benar berbuat jujur sehingga tercatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya dusta itu akan menunjukkan pada kejahatan. Kejahatan itu akan mengarah ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu benar-benar berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta."
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda 'kejujuran itu adalah ketenangan (thuma'ninah) dan dusta adalah keraguan"
Saya berhadapan dengan pelbagai keraguan dusta yang di dalangi hati tidak bersih,tamak dan ingin membolot semuanya (win all vs win-win) sehingga sukar menilai siapa yang jujur sebenarnya. Beberapa tokoh masyarakat terjebak dengan fitnah kelas pertama, ada yang berpaling tadah sanggup memaki hamun serta menolak kewibawaan ulama. Di tahap masyarakat biasa sering terdengar doa isteri-isteri teraniya kesan menambah isteri yang "dubious"(diragui) latarbelakang...masyaAllah semoga Allah beri petunjuk dan kita sempat bertaubat.
kesimpulannya marilah kita berlaku jujur, saling memelihara kejujuran dan sentiasa menjaga janji kita terhadap Allah,sehingga Dia berkenan mencatat kita di sisiNya sebagai golongan hamba-hambaNya yang jujur dan mendapat petunjuk.
Ya Allah catatlah kami bersama orang-orang yang jujur tehadapMu terhadap diri kami dan makhlukMu. bangkitkanlah kami berama kelompok para Nabi, orang-orang yang jujur dan para syuhada' kerana mereka sebaik-baik teman. Ameen.
No comments:
Post a Comment