NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, March 31, 2013

3 IN 1

Salam.Isnin 1 April 2013/20 JamadilAwwal 1434H.

Melangkah lagi kita ke bulan baru April. Hari mula semester ke 2 persekolahan bagi yang bergiat dalam bidang pendidikan. Sebagai 'non-teacher' saya gusar memikirkan kemana halatuju SUFI dalam semester ini. Bingkai tema bulan April 'I LOVE ISLAM' telah di sediakan namun pengisiannya, 'substance'nya banyak bergantung kepada sumbangan murobbiah. Pepatah Arab menyebut "kalau kamu tidak ada apa-apa, kamu tak boleh beri apa-apa" menjadi penggerak untuk saya mempersiapkan murobbiah sebaiknya.

Tiga staf baru melapor di SUFI hari ini, dua orang di Taska, seorang di Tadika. Nama-nama para sahabat awal sebagai icon nama 4 kumpulan anak-anak SUFI perlu di perkukuh: Ibnu Mas'ud (6 tahun), Ibnu Abbas (5 tahun), Muaz bin Jabal (4 tahun) dan Ubaidah Inu Jarrah (2-3 tahun). Ketokohan mereka perlu di tonjolkan sebagai penggerak semangat program QGDP.

Dalam assembly pagi ini saya menegaskan tema 'I LOVE ISLAM' sekurang-kurangnya kena menitikberatkan SOLAT, QURAN DAN AKHLAK. Bagaimana ia di olah sepanjang bulan ini terpulang kepada kreativiti murobbiah selepas di beri input dalam usrah.

Sebagai non-teacher saya juga tercabar memikirkan output-based learning di SUFI. Mulai semester ini saya memperkenalkan program 'hafazan', sasaran 3 bulan untuk anak-anak menghafal ikut kemampuan, tidak terkecuali di peringkat Taska.Semoga Allah memudahkan segala usaha kami insyaAllah.

Dalam pakej ciptaan manusia di mana-mana sering menggabungkan matlamat satu kepada 2, 3, malah kopi MAHKOTA DEWA 17 in 1! memasukkan pelbagai herba. SUFI SYIFA ASSUNNAH ada 9 ramuan menjadikan produk perubatan kami 9 in 1. Menarik juga konsep ini kerana hujung minggu baru-baru ini saya menerimapakai konsep ini sewaktu mempelawa anak-anak makan tengahari di rumah sewa Solok Jaya. Mungkin 5 in 1, satu makan bersama, solat berjemaah, hubungan silaturrahim, bertemu anak cucu dan mengirim doa kepada cucu pertama ke PLKN Mersing. Walaupun keputusan SPMnya kurang menarik saya berdoa beliau dapat mengekalkan akhlak Muslim bersolat dan membaca Quran. Saya dengar ada juga anak-anak yang berubah ke sikap lebih positif selepas PLKN, mudah-mudahan cucu saya termasuk golongan itu. Saya juga baru tahu pelajar PLKN diberi elaun RM300 sebulan, semoga Allah berkati elaun ini.

Saya juga menerima tetamu anak angkat pada hari Sabtu, beliau penuntut UPM bidang perhutanan. Konsep 'GO GREEN' yang ingin di peloporinya di SUFI menarik sekali. Beliau bercadang menyediakan pelan menanam pokok yang sesuai dengan tanah sekitar SUFI untuk di laksana petugas am tukang kebun SUFI dalam masa terdekat. Alhamdulillah beliau turut menanam pokok 'kedondong' sebagai percubaan. Saya menawarkan beliau menjadi AJK Alam sekitar Lembaga Pengelola SUFI, tapi beliau menolak kerana belum selsai tesis. Sebagai anak jati kelantan beliau tidak akan bertugas kecuali di Kelantan. Demikianlah Allah pertemukan semula saya dengan anak angkat yang lama terpisah ini, semoga keberketan terus mengalir.

Sepanjang minggu lepas saya turut di sibukkan dengan mencari rumah sewa baru kerana hujung April rumah di Solok Jaya akan di diami semula tuan rumah. Rata-rata bandar Tangkak membangun dari segi kos, tidak ada rumah yang kurang daripada RM400-500 sewa sebulan. Sebuah bunglow yang tidak didiami 2 tahun agak terlalu luas untuk saya mengurus, tambahan tidak ada kelangkapan kecuali dua unit air cond. Mudah-mudahan pencarian rumah sewa juga akan menemukan saya dengan orang-orang soleh yang 'LOVE ISLAM' tema SUFI bulan ini dan selamanya.

Kisah sayang lslam dan cemburu lslam di perlekeh pernah saya baca dalam sebuah rencana bagaimana seorang sahabat awal yang berdakwah ke seluruh dunia menjerit kuat kepada lautan Pasifik..'jika ada lagi daratan di hadapan kamu, aku pasti akan ke sana untuk menyebarkan kebenaran..'.saya tak terakam nama sahabat tersebut, tapi ternyata jiwa raganya amat SAYANGKAN ISLAM...kalau boleh semua orang berpeluang menganut lslam dan mengamalkan perintah Allah Rabb seisi alam jagat.

Yang di bimbangkan ialah sikap kita meniru orang Yahudi yang terlalu ego dengan agama mereka sehingga mereka menganggap orang lain tidak layak beragama,malah mendustakan lslam, agama terakhir yang di wahyukan kepada Rasulullah saw. Maksud saya meniru ialah kita sering memandang rendah kepada mereka yang belum dapat hidayah...kita sangka kita saja yang di pilih untuk memeluk agama lslam. Saya masih ingat suasana berumrah di Mekah sebahagian besar orang melayu meremehkan ibadah sesama Muslim daripada negara lain terutama Afrika dan menghukum mereka salah terutama yang berbeza mazhab.Ini semua kesan dua pintu syaitan JAHIL DAN IKUT HAWA NAFSU. Kalau kita tidak pasti tentang amalan orang lain jangan komen,jika kita sangka kita sahaja yang betul nafsu ego kita tidak terbendunglah tu. Tajuk blog kali ini ingin mengajak diri saya dan kenalan agar SEPADUKAN nawaitu, amalan dan nafsu 3 in 1 agar menghasilkan SAYANG ISLAM SELAMANYA.WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment