Salam
Jumaat 19 April 2013 / 8 JamadilAkhir 1434H
Sewaktu bertemu anak angkat saya di masjid UPM hari Selasa baru-baru ini beliau menyerahkan kepada saya flyer menyokong calun yang akan bertanding di Putrajaya dalam PRU 5 Mei 2013. Beliau seorang tokoh yang saya minati. Anak angkat saya sedang membantu kempen calun ini sekalipun dalam era pemerintahan sekarang ia tindakan yang amat berani kerana pelajar IPT di larang berpolitik. Saya malah menggalakkan kerja-kerjanya 'janji menang dan kerajaan rasuah tumpas.' INI KALI LAH saya mengenggam tangannya menyerahkan infaq PRU. Anak angkat saya tersenyum puashati.
Di Sufi adik saya sedang sibuk menyiapkan naskah kecil doa untuk edaran sambil menjana dana Sufi. Buku doa juga bertujuan memelihara diri, keluarga, masyarakat dan negara dariapada dilanda bala maksiat dan kedurjanaan sistem yang bobrok hasutan syaitan. Fokus sekali beliau untuk menghubungi sahabat, teman, rakan dan kenalan agar buku dapat di edar, semoga usahanya di berkati kerana ia menjadi sumber dana kepada Sufi juga. Usaha yang sama pernah di lakukannya bilamana sebuah sekolah swasta lslam di asaskan di Simpang Rengam Johor dulu, katanya.
Alhamdulillah kerana keberadaan beliau di Sufi merapatkan lagi hubungan kami termasuk bersolat sama di Masjid Jamek Tangkak dan beriadah. Selain bersolat hajat mendoakan pemerintahan negara Malaysia di terajui pemimpin yang beriman dan bertaqwa saya juga mendoakan adik saya di bebaskan daripada kemelut perebutan dalam keluarganya. Agak tercabar juga hati saya kerana adik saya di perlakukan secara tidak adil, namun di umur senja ini saya cuba kawal kemarahan semampunya. Kebetulan saya terima beberapa sms agar menyokong pencalunan politik beberapa tokoh yang saya tidak gemar di Shah Alam...ia memberi saya peluang melepas geram. Sebuah sms yang meminta sokongan saya jawab 'GILA!' Reda rasa marah yang mula bersemarak demi membela adik saya.
Hari ini kecoh berita sebuah parti politik bukan pemerintah menghadapi isu 'watikah' calon kerana masalah teknikal oleh ROS (Registerar of Society). Talipon suami saya berdering menerima komen teman-teman peguamnya yang mempersoalkan tindakan saat akhir cuba menyusahkan parti lawan. Bila isu di selsaikan dengan parti tersebut menggunakan simbol parti lslam saya amat tersentuh...semoga ini petanda hidayah Allah untuk mempamirkan toleransi dan AKHLAK sebuah parti dakwah lslam. Ameen
Hari ini Sufi juga mengadakan mesyuarat murobbiah untuk melakarkan jadual waktu anak-anak agar mencakupi asas akidah, taqwa dan akhlak dalam semua matapelajaran sesuai dengan konsep IHES/QGDP. Di bincang juga bahawa kami masih kekurangan kemudahan untuk anak-anak beriadah, tempat makan yang agak padat serta tiada pusat sumber. Saya turut berkongsi hasrat kalaulah Sufi mampu membeli rumah kedai yang baru siap di belakang bangunan sekarang...adakah ia satu mimpi? InsyaAllah kami akan terus berdoa kearah memiliki bangunan sekolah rendah selain memperlengkap keperluan yang kurang dan memperkemas 'software' ilmu dan komitmen murobbiah sendiri.
Tajuk blog INI KALI LAH saya tampilkan kerana saya amat tertarik dengan ceramah santai seorang tokoh calun parti lslam yang akan bertanding di Putrajaya. Pertama kali saya menghayati ceramah yang tidak ada di dalamnya segala macam jeritan, lalakan atau kata-kata nista geram...yang ada kalimah Quran surah Ansar (pertolongan) yang di sampaikan penuh bertanggungjawab di hadapan kakitangan kerajaan yang mula membuka mata bahawa tidak ada yang perlu di takutkan dalam kerja dakwah dan ingin memertabatkan lslam. Allah akan bantu insyaAllah.
Bagi saya kalimah INI KALI LAH juga membawa bersamanya harapan dan peluang yang kalau tidak di manfaatkan kemungkinan kita akan berhadapan dengan bala Allah yang lebih dahsyat. Cuba bayangkan jika barisan tokoh politik yang di calonkan oleh parti pemerintah sekarang menjadi barisan kabinet akan datang, haru di buatnya kerana masing-masing tokoh ada isu yang menghantui peribadi mereka. Apa akan jadi kepada generasi masa depan jika budaya songsang dan celaru berterusan.
Sebuah kenyataan akhbar di adakan oleh gabungan NGO wanita pada hari Khamis 18 April 2013 membantah budaya lucah dalam berkempen PRU. Saya sokong usaha ini kerana suara wanita besar kesannya. Budaya memperlekehkan wanita terbawa-bawa dalam pemilihan calon parti memerintah kerana tidak mendahulukan mereka yang ada komitmen lslam termasuk pemimpin tertinggi parti. WaAllahu'alam semoga INI KALI LAH membuka mata semua orang bahawa 'kita boleh merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.'
DOA PETIKAN BUKU RENUNGAN SUCI OLEH ZAINAB AL-GHAZALI PEJUANG MUSLIMAT IKHWAN MUSLIMIN
YA ALLAH ANUGERAHKAN REZEKI KEPADA KAMI DENGAN TAQWA DARI SISIMU, YANG AKAN MEMPERBAIKI AMAL-AMAL KAMI DAN AKHLAK KAMI, SEBAGAIMANA KAMI MOHON RASA TAKUT KEPADAMU, BERHARAP AKAN REDHOMU, SELALU BERGANTUNG DENGANMU, BERAMAL SOLEH UNTUKMU DAN MEMPEROLEH KEUTAMAAN DARIMU.
ANUGERAHKAN KEPADA KAMI REZEKI TAQWA DALAM KEADAAN SEMBUNYI SEBELUM TERANG-TERANGAN, TAQWA BATIN SEBELUM TAQWA LAHIR. JADIKAN KAMI TAKUT KEPADAMU SEOLAH KAMI MELIHATMU. JANGANLAH KAU HINAKAN KAMI DENGAN BERMAKSIAT KEPADAMU.JANGANLAH KAU JADIKAN DUNIA SEBESAR-BESAR KEINGINAN KAMI DAN BATAS ILMU KAMI, WAHAI ZAT YANG PALING RAHIM.
INI KALI LAH pada diri saya ialah peluang terakhir mungkin dalam umur mengundi,bimbang saya tidak sempat menunggu peluang 5 tahun lagi. Arwah adik saya Mustapha tak sempat pun menyatakan pilihannya dan di panggil pulang sebelum PRU 13. Kalau kebenaran dan lslam menerajui pemerintahan akan datang ia sebuah saham akhirat kepada semua yang berjihad sekalipun sekadar berdoa dan bermunajat.
No comments:
Post a Comment