Rabu 24 April 2013/ 13 JamadilAkhir 1434H
Saya sudah lama tidak meminati membaca akhbar atau menonton berita tempatan di TV. Semua orang mesti tau sebabnya kerana saya tak mahu telinga dan mata saya di tanya Allah kenapa membiarkan sepasang telinga dan mata memilih sesuatu yang tidak di redhaiNya. Mutakhir dalam persiapan PRU 13 saya sering mendengar suara kejutan NAK TUKAR KERAJAAN? MATILAH KITA, TAK ADA POLIS, TAK ADA SEKOLAH..Ini kes serius. Hampir 60 tahun minda masyarakat di tulikan hingga ramai yang tak dapat membezakan KERAJAAN dengan PEMERINTAH.
KERAJAAN yang paling menonjol ialah KERAJAAN ALLAH di dunia dan akhirat, malah di akhirat hanya KERAJAAN DAN PEMERINTAHAN ALLAH yang menguasai semua urusan. Pelik saya mendengar keluhan masyarakat yang tidak di beri kefahaman apa itu KERAJAAN, apa itu PEMERINTAHAN.
Lima buah negeri di Semenanjung Malaysia (Kelantan, P.Pinang, Selangor, Kedah dan Perak) sedang dan pernah di tadbirurus atau PEMERINTAHANnya berbeza dengan kerajaan pusat. Kerajaan pusat di perintah secara 'DRACONIAN' (BERHANTU). Ialah hantu Altantuya masih bermaharajalela nak buat macam mana. Tidak mati pun rakyat negeri-negeri tersebut, malah laporan odit memuji KESEMUA negeri yang di perintah oleh wakil parti-parti PAS, PKR dan DAP kerana tidak ada penyelewengan. Mendengar dan melihat gelagat ramai masyarakat yang belum nampak kebenaran samada yang tua, remaja atau masih kanak-kanak risau saya kerana mereka tidak di ajar meneliti fakta, melihat contoh dan belajar daripada pegalaman.
Pagi ini saya menyertai rombongan anak-anak Tadika Sufi dengan bas mengakhiri program 'swimming' di Hang Tuah City Hotel Melaka. Sudah empat kali latihan mengikut modul, maka kami menamatkan program pilot ini yang di rancang sekadar berkenalan dengan 'coach'. Panggilan 'Teacher NEO' sudah mula lekat di bibir anak-anak yang di latih. Susulan program adalah pilihan ibu bapa yang ingin menyertai latihan sebulan sekali pada pagi Ahad dengan coach yang sama di Malacca Club. Saya masih memikirkan cara mereka membuat latihan susulan, samada di terajui Sufi atau di lepaskan kepada urusan ibu bapa sendiri. Seorang anak, Alif Faris cantik renangannya, terasa ingin menjadikan dia wakil perenang Sufi. Teacher Neo kata 'its still too early...biar dia enjoy pelbagai kamahiran yang akhirnya menjadikan dia pakar dalam bidang yang dia paling suka. Alhamdulillah saya bersyukur dapat memberi khidmat kepada generasi yang pasti saya tak akan saksikan kedewasaan mereka,mudah-mudahan penuh keberkatan bersama IHES/QGDP all the way sampai tamat sekolah.
Sambil bersembang dengan anak-anak dalam bas saya menunjuk kepada suasana persekitaran yang di warnai bendera PRU 13 kebanyakannya warna biru. Seorang anak 5 tahun bersuara "Dacing bagus.."
terkejut saya mendengarnya. Ini pasti kesan persekitarannya di Tangkak yang pekat BIRU, atau mungkin ada di kalangan ahli keluarganya yang di upah memasang banyak bendera. Saya membuat isyarat 'thumb down' tak bagus. Terasa saya sudah mencabar pemikiran seorang anak kecil, harap-harap dia akan bercerita dengan keluarganya ada pilihan selain BIRU.
Memikirkan TUKAR KERAJAAN saya pelik juga mengapa masyarakat kurang perihatin menerima perubahan kearah kebaikan. Ramai pengundi lslam di Tangkak yang saya jumpa buat tak acuh dengan PRU..ala..calon Cina,nak buat macam mana? eh..eh.. berontaklah minta calon lslam atau sokong parti yang ada calon lslam. Setahu saya dalam PRU sebelum ini calon PAS bertanding di Tangkak, tapi tidak berjaya. Tahun ini calun BN dan PKR dua-dua bangsa Cina. Peneyelesaian mudah ikut bangsa ini merumitkan keadaan kerana mereka tidak insaf betapa ramai BANGSA bukan Melayu seluruh dunia berbondong-bondong memeluk lslam kerana yakin dengan kebenarannya dan ambil tahu mengenainya bermula daripada ILMU.
Teman saya sering membuat pemerhatian bahawa dikalangan masyarakat di banyak kawasan kampong cara berpakaian mereka berprestij,cantik dan kain mahal. Namun jika di ajak bicara dan menyemak berapa banyak buku yang di beli dan di baca tidak setanding perbelanjaan 'melawa'(bergaya). Ini semua kesan godaan dan iklan para artis dan pemasaran yang meggunakan wanita cantik. Tidak di nafikan semua wanita ingin kelihatan cantik, di luar dan di dalam. Masalah di dalam ni berat sikit kerana tak kelihatan,jawabnya kena didik dengan sumber ghaib juga IMAN dan TAQWA.
Marilah sama-sama kita berdoa agar PRU13 membuat perubahan positif kearah MENUKAR SISTEM PEMERINTAHAN yang lebih berwibawa.KERAJAAN MALAYSIA tetap tidak hilang, yang hilang mungkin KEIZZAHANNYA kalau kita berterusan dengan sistem pemerintahan cacamarba seperti sekarang. Malu kita di hadapan Allah sewaktu berada dalam KERAJAANNYA di akhirat nanti kerana tidak meyakini sistem arahanNya sedangkan semua rezeki dan nikmat Allah kita kecapi serakusnya.
Sebuah sistem memerlukan pelbagai tenaga untuk melaksanakannya dengan baik,samalah dengan IHES/QGDP di Sufi. Saya sendiri sedang mengalami kesukaran melaksanakanya sekalipun saya menghayati kedua konsep ini 100%. Untuk mendidik murobbiah, ibu bapa dan penyokong sistem ini perlukan pelbagai strategi yang insyaAllah membantu mengubah sebuah PENTADBIRAN PRA SEKOLAH...bukan menghilangkan terus KERAJAAN/KEUJUDANnya daripada peta dunia Tangkak.
Dalam sebuah blog saya terbaca maklumat di bawah ini:
Semua orang yang ada ‘akal’, yang beriman percaya adanya
roh di dalam diri, adanya syurga dan neraka, mati itu benar. Ramai yang mahu
berubah setelah melihat kemurkaan terhadap pemimpin dan negara yang tidak
percaya kepada kekuasaan Allah SWT ada rasa takut bila dapat hidayah. Secara
mantiq rasionalnya, hendak berubah macam mana, jika tidak mahu membaca, mengaji
dan mengkaji, tidak mahu bergurukan guru yang murshid? Bila lagi mahu duduk dan
berfikir dan bertafakkur dan mencari ilmu atau mahu menghantar anak cucu ke
sekolah islamik yang mempunyai pendidikan holistik, bukan sekadar menjadi hafiz
kerana nak masuk syurga guna subsidi. Pernah dengar nama Sekolah Islam ADNI?
Alam persekolahan adalah pengalaman yang pertama untuk kanak-kanak
berjauhan dengan keluarganya dan disitu juga mereka akan diberi preview tentang
kehidupan sebenar atau realiti hidup. Jadi memilih sekolah itu adalah sangat
penting kerana apa yang mereka belajar secara tersirat dan tersurat akan
bersama mereka hingga ke dewasa dan lebih penting lagi ia akan mengukir cara
pemikiran mereka yang mampu menjadikan mereka manusia yang ‘luar biasa’ yang di perkenalkan
oleh Tuan Haji Hasni.
Jadi
itulah sebabnya saya menghantar kesemua anak-anak saya ke Integrated Islamic
College atau dikenali sekarang dengan nama Sekolah Islam ADNI yang
menawarkan sukatan pelajaran antarabangsa. Sistem pendidikan di sekolah ini
mementingkan kaedah holistik di mana pembelajaran bukan saja dari segi akademik
semata-mata, tetapi ilmu spiritual juga ditekankan di mana selama ini
sistem pendidikan kita gagal melahirkan modal insan yang beradab dan mempunyai
akhlak.
Pembelajaran
holistik ini memberi pelajar-pelajarnya suatu kebolehan untuk mentafsir dunia
luar dengan lensa yang lebih luas, mereka dapat memahami realiti dengan
menggunakan panca indera berserta dengan emosi yang membolehkan mereka
mewujudkan sifat empathy.
ADNI
membina murid yang berdaya saing di arena akademik dan agama. Murid-murid
diajar di dalam sistem yang holistik yang merangkumi pembangunan IQ, EQ dan SQ.
Pembelajaran di Sekolah Islam ADNI tidak memisahkan agama dan akademik. Malahan
menggabungkan agama ke dalam subjek-subjek lain. Pembelajaran Islam bukan
sahaja dilakukan di dalam kelas tetapi secara keseluruhan. ADNI telah berjaya
melahirkan pemuda yang bersedia dan lengkap untuk menghadapi dunia dan akhirat.
Inilah University of Life yang pertama yang mesti dilobi oleh anak-anak
Islam.
MasyaAllah... terkedu saya ada orang yang sudi menghantar kesemua anak-anaknya ke sekolah IHES dipelopori Sekolah lslam Adni Ampang. Dalam blog yang sama iaitu Syed Hussein AlAttas saya belajar berpantun:
Jika tuan menebang jati
biar serpih jangan tumbang
jika tuan mencari ganti
biar lebih jangan kurang.
Mudah-mudahan perubahan menukar PENTADBIRAN dalam PRU 13 di Malaysia adalah untuk mengekalkan KERAJAAN agar pengganti yang terbaik di kalangan yang terbilang, bukan yang terbaik di kalangan TERBUANG seperti calon BN di Shah Alam. Saya mendoakan Konstantinopal Putrajaya berjaya di takluki pemimpin yang baik YB Husam Musa. Ameen. WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment