NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 11, 2013

UNIVERSAL VALUES

Salam. Isnin 11 Mac 2013/ 28 RabiulAkhir 1434H.Hujung minggu di Tangkak sempat 'membedah' sebuah buku terjemahan bahasa melayu 'The Leader in Me' oleh Steven Covey. Berulang dalam buku tersebut penulis menyatakan nilai 7 amalan berkesan (effective habits)bukan ideanya tapi UNIVERSAL VALUES(nilai sejagat) yang akan terpakai dulu, sekarang dan selamanya. Contoh sekolah dan organisasi yang mengamalkan kaedah universal values ini menggambarkan bahawa dalam diri setiap insan, tidak terkecuali anak-anak pra sekolah, adalah potensi 'kepimpinan' yang menyebabkan perubahan kepada jiwa insan sehingga boleh memilih kaedah 'win-win' dan melakukan 'first thing first'. Sebenarnya awal tahun 90an saya peminat penulis ini dan pernah hadir dalam sebuah seminar di PWTC yang di kendalikannya. Bayaran Jabatan saya sediakan untuk saya hadir dalam seminar setengah hari kalau tak silap RM2,500 seorang peserta. Mungkin saya 'buta' sedikit ketika itu kerana menelan bulat-bulat saranan yang di tulisnya dalam buku 'seven habits' sama butanya saya meminati pemimpin negara ketika itu yang meragui kebenaran lslam. Kini apabila membaca hasil tulisannya saya mula membandingkan dengan IHES dan QGDP amat jauh berbeza umpama langit dengan bumi. Saya sampai terfikir adakah idea dan tulisannya yang memukau seluruh dunia itu merupakan dakyah 'Dajjal' sampai mereka lupa siapa yang boleh memberi 'hidayah' kepada hati manusia. Semua pakat memuji steven covey seolah 'mengidolakannya' walaupun penulis semacam 'tawaduk' menyatakan dia manusia biasa. Saya menulis blog ini untuk memperbetulkan sedikit kegelinciran konsep tentang 'UNIVERSAL VALUES' yang pada saya WAJIB merujuk nilai AlQuran yang berpaksikan akidah sebagai wahyu terakhir kepada Rasul terakhir. Walaupun penulis terkenal seorang yang berprinsip dan 'beragama'(Yahudi)namun nilainya lari daripada hakikat kebenaran AlQuran agar mentauhidkan Allah dan menjaga akhlak untuk mencari redhonya. Malangnya tulisannya dan anaknya 'memukau' dunia kerana lancarnya dia mengolah idea. Kenapa kita umat lslam 'gagal' menulis seperti beliau atau kita tidak terjangkau buku tulisan penulis sepertinya yang popular di kalangan mereka yang memahami bahasa Arab seperti Amru Khalid? Pasti kita orang Melayu rugi dua kali, bahasa lnggeris tidak mantap, bahasa lain apatah lagi! Tak mau salahkan orang tapi semuanya berpunca kerana kelemahan kita menguasai potensi diri. Pagi tadi di Sufi saya di kejutkan dengan penemuan hanya seorang anak tadika yang boleh membaca bahasa Melayu dan bahasa lnggeris. Sewaktu menguji anak-anak membaca 'ucapan' dalam majlis Maulud yang di rancang 17hb nanti hanya seorang pelajar yang faham. saya terus mencadangkan program 'GerakGempur' membaca selepas ini, semoga ada kesannya. Apapun di doakan program berjalan lancar termasuk kehadiran ustaz kawan kami dalam IHES/QGDP serta ceramah Ustaz Irfan wakil PKS Malaysia. Akaun bank pun mula dapat di buka tengahari ini, mudahlah kami lancarkan kutipan dana insyaAllah. Ustazah yang berumrah pun sudah kembali membantu kami membuat aturcara majlis alhamdulillah. Sponsor nasi arab macam biasa beres di uruskan. Sufi kini berhadapan dengan cabaran baru, hari-hari ada pelajar mendaftar samada di Tadika atau di Taska sedangkan kami kekurangan tenaga murobbiah. Seorang bakal petugas datang temuduga pagi ini mudah-mudahan beliau tetap pendirian tidak 'cabut' lari seperti dua calun sebelum ini. Saya bertawakkal, apa yang baik buat masa depan Sufi, untuk lslam dan akhirat pada saya alhamdulillah. Perbincangan persiapn program bersama murobbiah pun alhamdulillah petang tadi,masing-masing cuba berperanan. Suami saya mencelah inilah konsep 'integrated' dimana semua ada peranan dan menyumbang kepada kejayaan lslam, ameen.

No comments:

Post a Comment