'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Monday, March 18, 2013
INSPIRING SUFI
SALAM.ISNIN 18 MAC 2013. Alhamdulillah program MauludiRasul peringkat SUFI sempurna di jalankan selama 3 jam di Dewan SUFI mulai jam 9.00 pagi Ahad 17 Mac 2013. Dua orang tetamu/penceramah jemputan telah sudi memeriahkan majlis dari awal hingga akhir. Sambutan ibu bapa dan masyarakat sekitar agak menggalakkan kerana semua kerusi yang di sediakan penuh terisi, door gift habis di edar dan makanan nasi arab dan nasi beriani mewah untuk semua. Dalam ucapan wakil kanak-kanak ada di sebut makna SUFI; S=Sincerity, U=United, F=Faith dan I=Inspiring. Inspiring bermaksud bersemangat. Tajuk INSIPIRING SUFI saya tampilkan hari ini untuk merakamkan kesyukuran kami Lembaga Pengelola yang amat tersentuh dengan nikmat dan rahmat Allah kepada kami. Terasa keberkatannya kerana sedikit yang kami sumbangkan banyak yang kami raih antaranya keberanian 50 orang anak-anak Tadika dan Taska membuat persembahan. Seorang adik saya yang menghantar anak kecilnya ke Tadika memberi komen:'untuk tempoh kurang tiga bulan dah boleh buat anak-anak nasyid beramai-ramai kira baguslah Tadika." Saya senyum panjang kerana projek SUFI bukan milik saya seorang, ia milik ummah, semua umat lslam terlibat. Seorang lagi adik saya menyumbang nasi arab yang rasanya sedap sekali hari ini, semoga Allah menambah rezekinya kerana memudahkan SUFI. Selesai program saya rasa lebih bersemangat untuk menunaikan janji melahirkan anak-anak yang pintar sekaligus berakhlak. Kemahiran yang perlu di bekalkan kepada murobbiah SUFI banyak sekali termasuk kemahiran menguasai bahasa yang pasti mengambil masa. Rupanya dalam kehidupan seorang insan ini yang memberi inspirasi bukanlah perkara yang nampak seperti wang ringgit dan kebendaan tetapi perasaan yang di hidupkan kesan ketulusan untuk mencari redho Allah. Bila terinspirasi begini terasa sentiasa kekurangan, sering rasa kurang memperhambakan diri kepada Allah yang Maha Pengasih Penyayang yang sentiasa menyahut permohonan dan doa hambaNya. Sebak saya melihat kakak saya puashati dalam program singkat di SUFI kerana beliau pernah bertanya saya mengapa sanggup membuat sekolah di Garut Indonesia sedangkan di Tangkak ada ruang untuk beramal. Beliau benar kerana saya sekarang lebih suka berkampong di Tangkak. Kehilangan Allayarham Mustapha adik saya sedikit sebanyak memuramkan seri Shah Alam di hati saya. Beliau sering tampil bila di perlukan, menjadi teman bersembang isu semasa. Saya amat yakin Allahyarham kembali kepada Allah pada saat yang terbaik untuk beliau menyatakan komitmen menolak kemungkaran yang kian berlarutan mutakhir ini. Bila ada ura-ura menolak kebenaran lslam dan menghina para ulama Allahyarham lantang sekali menyuarakan pandangannya sehingga ada di kalangan kami adik beradik yang membuat komen 'dah..mulalah ceramah politik..' Teringat kelucuan Allahyarham sewaktu mengisi borang imigeresen Indonesia tentang profession, anak saudara saya menulis 'politician'. Mungkin saat saya tiada nanti adik beradik saya akan mengenang saya sebagai 'perunding' agaknya kerana perkataan 'consultant' adalah yang pertama meluncur dari mulut saya bila menghantar surat berhenti kerja kepada boss saya KPPA ketika itu (1997). Saya harap ia laku di sisi Allah kerana selaku perunding ramai juga yang minta pendapat menyelesai masalah. Kini jawapan saya mudah sahaja 'solat istikharah', selain itu sama-sama berdoa kemenangan lslam, keujudan khalifah lslamiyah dan hancurnya thoghut serta amalan kufur samada pada diri,ahli keluarga, tempat kerja dan dalam masyarakat. WaAllahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment