NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, March 8, 2013

CHICKEN OUT

Salam. Jumaat 8 Mac 2013/25 RabiulAkhir 1434H. Kisah bersejarah di SUFI kerana menunggu dua petugas baru tak muncul-muncul. Talipon dan sms tak berjawab. Alhamdulillah seperti dalam entry sebelum ini GO WITH ALLAH'S FLOW..ia memang satu tarbiyah buat saya yang merancang tapi Allah menentukan. Saya dah siapkan surat tawaran kepada kedua mereka penuh harapan, Allah Maha Mengetahui WHY THEY CHICKEN OUT!!! kata adik saya yang meneliti cv kedua bakal petugas masing-masing sering bertukar jawatan 'tak tahan lasak'. Saya sempat meninjau tugasan di taska (nursery) memang bahagian babies perlukan bantuan. Tak menang tangan dua petugas yang ada melayan 6 babies,minggu depan bertambah 7 orang kerana anak ustazah yang baru balik umrah pun kurang setahun umurnya. Yang menggentingkan suasana ialah arahan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak membenarkan 'buaian', terpaksalah 3 buaian sebelum ini di turunkan kerana mereka spot check now and then. Ini yang merimaskan kami di Sufi macam tak ada kerja lain nak mengambil hati pegawai JKM. Kata penyelaras Taska Jabatan Kesihatan pun banyak karenah sampai mencari-cari habuk atas almari semata-mata nak tunjuk kuasa. Entahlah..agaknya beroperasi cara halal lebih sukar daripada menjaga babies tanpa lesen di rumah-rumah. Kalaulah bukan kerana matlamat IHES dan QGDP mau rasanya saya mengikut hasrat kakak saya serah je pada Jabatan KEMAS...mesti semua ok. Sorry..no complaint..kami bersyukur kerana dapat melakukan sesuatu demi lslam yang kami rasa mulia,alhamdulillah. Whatever it takes...kami akan lalui insyaAllah. Tenaga pengajar yang bercuti kerana anak sakit alhamdulillah datang bertugas pagi ini melegakan sedikit tugasan di Tadika.Beliau berkongsi dengan saya merindui anak didiknya di tadika sampai menitiskan air mata. Semoga sedikit rasa kasih sayang itu dapat merawat segala kelamahan beliau sebelum ini.Usrah tengahari ini kami menerima tetamu fellow sekolah metrikulasi. Seorang wanita masih muda 27 tahun yang sudi berkerjasama dengan Sufi insyaAllah, antaranya menjadikan Sufi anak angkat sekolah Metrikulasi. Perancangan Allah memang terbaik kerana dapat lagi satu maklumat program latihan murobbiah di masjid Putrajaya Ahad 10hb. Saya minta jasabaik semua petugas Sufi ikut serta kerana latihan diberikan seorang pakar yang lama berkecimpong dengan pre school.Sebelah malam suami saya diminta bantu IHES Surabaya namun saya faham beliau belum bersedia.Bukan CHICKEN OUT tapi bimbang menzalimi pelanggan yang mahu tahap kemahiran pengasas IHES. semoga Allah permudahkan program di Surabaya. Ameen.

No comments:

Post a Comment