NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 23, 2013

FIELD TRIP, EXCURSION, REHLAH

Jumaat 22 Mac 2013/10 Jamadil  Awwal 1434H.

8.30 pagi Sufi mengadakan 'field trip' untuk anak-anak tadika ke Bemban hot spring (kolam air panas)Jasin Melaka. Saya cuba mengajar anak-anak tiga perkataan seperti dalam tajuk blog supaya mereka ingat bila program yang serupa di adakan lagi. Satu jihad untuk empat orang murobbiah membawa hampir 30 anak-anak.

Bayangkan kalau cucu kita pun tak terkejar...namun sebagai kumpulan sekolah tempat siap ditempah khas supaya tidak ada orang lain yang menggunakan kolam.

Kolam pula amat sesuai untuk anak-anak. Tak hairanlah tempat ini amat popular di kalangan anak-anak tadika. Apapun persiapan minda dan ruh telah saya isi dalam perjumpaan dengan murobbiah agar mereka betulkan nawaitu mengadakan field trip, didik anak-anak dengan doa dan akhlak, tidak ketinggalan meraikan mereka dengan pemberian hadiah.

Dua orang pelajar menyambut hari jadi di tempat REHLAH (Bahasa Arab untuk excursion). SUFI kini melalui fasa berhadapan dengan budaya masyarakat yang 'meniru' amalan yang bukan asal lslamik,malah seorang anak taska ada yang memakai 'tangkal' di pergelangan tangan.

Sewaktu saya menyerahkan kepada ustazah khairiah agar menegur ibu anak tersebut, beliau sendiri kekok kerana kurang takruf. Namun kami berikan anaknya sedikit masa kerana kabarnya tangkal pada salah satu pergelangan tangan putus di gigit anak itu sendiri, tunggulah dia menggigit tali tangkal sebelah lagi kerana kepercayaan ibu dan neneknya ialah biar tangkal putus sendiri.

Dalam sambutan hari jadi pagi ini saya cepat-cepat minta anak yang terlibat mengucap terima kasih pada ibunya dan pihak Sufi pun menyediakan kad anak untuk ibu. Semoga pembudayaan syarak dapat diterapkan secara hikmah insyaAllah. Kebetulan hari ini akhir persekolahan penggal pertama dan pelajar tadika bercuti selama seminggu.

Penggal kedua tepat bermula 1 April mercu tanda semua staf Sufi tidak lagi dalam percubaan.Seorang pembantu taska baru telah melapor pada hari Selasa, semoga dapat membantu.

Tajuk rehlah mengingatkan saya kepada pembudayaan yang bapa saya buat sewaktu kami adik beradik di umur tadika. la merupakan pengalaman dan kenangan manis dapat melihat tempat lain serta bergembira.

Bapa saya satu-satunya bapa yang amat bangga mempunyai anak ramai walaupun jiran di kampung banyak celotehnya dengan sindirian 'macam anak kucing' dan lain-lain menyebabkan emak saya agak tertekan kadang-kadang. Namun bila kami sudah dewasa ramai juga yang kagum kerana apabila anak-anak pulang kampong memeriahkan keluarga. Adat manusia,semua serba tak kena,macam nak jadi TUHAN!  menentukan segalanya. lnilah sifat yang dirakam dalam AlQuran 'sedikit sangat hamba-hambaKu yang bersyukur' Apa pun pengalaman belajar tentang kehidupan banyak kami adik beradik timba sepanjang Rehlah.

Bapa saya menyebut kalau kami nak menjelajah seluruh dunia senang saja, BACA BUKU.. itu pelajaran yang saya lakukan sampai sekarang kerana semangat ingin tahu rupanya terjawab dalam banyak buku-buku, tak perlu pergi ke tempat asal kejadian.

Ini juga semangat saya ingin anak-anak Sufi cepat pandai membaca supaya mereka tidak jadi mangsa dakyah yang banyak tersebar melalui mata dan pendengaran di media dan di mana-mana iTAB(anak Tadika berumur 5 tahun yang menyembut harijadi di Bemban dapat hadiah iTab daripada ibunya!).

Sama-samalah kita berdoa untuk generasi akan datang yang akan menjadi khalifah Allah di mana pun mereka berada. amiin.

Keputusan SPM baru di umumkan, kabarnya anak-anak Mahaad Almanar Kelantan yang pernah kami santuni berjaya dengan cemerlang, terbaik 12A,  Alhamdulillah. Ramai mereka berasal daripada Filipina, semoga Allah akan menyatukan umat lslam melalui kejayaan ini.

Alhamdulillah...thumma Alhamdulillah, A PRECIOUS GIFT TO MY GRATEFUL HEART!!!

No comments:

Post a Comment