NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, March 7, 2013

GO WITH THE FLOW

Salam. Khamis 7 Mac 2013/ 24 RabiulAkhir 1434H. Saya di Tangkak sejak Rabu malam. Suatu rutin balik ke Shah Alam sebentar dan kembali semula ke Tangkak. Berita Galeri Mawaddah Shah Alam menamatkan urusan kerana tidak ada sambutan dan tenaga petugas dan dana pun meleset tidak memeranjatkan saya. Ruangniaga di ambilalih projek air mineral D'Arab Cafe, alhamdulillah.Kini sebahagian barang-barang akan di bawa ke Sufi Tangkak,mudah-mudahan rancangan mengujudkan "Sufi Corner' menjadi kenyataan. Pagi Isnin 4 Mac kami ke Shah Alam membantu adik saya ke Jabatan Insolvency. Kisah beliau di tipu agen penarik kereta kerana lewat bayaran bulanan namun kereta beliau tidak dikembalikan ke pihak bank malah dijual kepada orang lain. Pihak bank lantas memfailkan muflis. Kata adik saya kisah ini bukan dia seorang yang kena, ramai lagi yang menjadi mangsa. Katanya lagi agen itu telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalanraya. Innalillahi....namun kezalimannya masih belum selsai kerana mangsa macam adik saya kena menyelesaikan baki hutang kepada bank berurusan melalui jabatan Insolvency. Tujuan kami ke jabatan insolvency ialah untuk memohon pelepasan adik saya keluar negara berumrah dalam bulan Ramadhan insyaAllah, syaratnya kena membayar deposit RM2,000. Alhamdlillah semua adik beradik berpakat bantu dan kes dianggap boleh diuruskan. Adik saya amat terkesan dengan peranan suami saya memudahkan urusan mengisi segala borang yang di perlukan kerana padanya berurusan dengan jabatan kerajaan ini amat menyulitkan. Demikianlah cara berfikir orang awam yang menganggap jabatan kerajaan menyusahkan orang. Cara berfikir ini hanya boleh di hapus melalui pengalaman berurusan yang dimudahkan termasuk sikap pegawai yang bertugas.Anak saudara saya yang menemani ayahnya melaporkan pelanggan sebelum ayahnya di marah pegawai berbangsa melayu kerana pelanggan gagal mengisi borang. Pegawai yang melayan ayahnya seorang berbangsa cina dan layanannya amat memuaskan. Tepuk dada tanyalah pengalaman. Sewaktu di Shah Alam saya menghubungi pihak Sekolah Adni bertanyakan tenaga murobbiah untuk Sufi. Cantiknya jawapan teman saya di Adni ialah...GO WITH THE FLOW..minta pada Allah yang terbaik insyaAllah Allah akan hantar pertolongan. Kita kan nak buat kerja lslam? Maksud GO WITH THE FLOW ialah jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah kekurangan tenaga di Sufi kerana semua urusan dalam pengetahuan Allah. MasyaAllah..saya dapat maklumat pada hari Selasa dua calon telah datang memohon jawatan murobbiah di Sufi. Pagi ini saya berkesempatan menemui mereka dan mendapati mereka ada potensi untuk membantu Sufi. GO WITH THE FLOW pada saya ialah berbaik sangka dengan perancangan Allah yang sebahagian besar kita tidak dapat menjangka. Tugas kita jangan berhenti berdoa,yakin 100% jika kita beriman dan bertaqwa akan datang keberkatan dari langit dan bumi. Walaupun hati saya tidaklah kurang sakitnya dengan peristiwa yang berlaku dalam dan luar negara terutama yang menyentuh masalahat umat lslam, saya kini ada penyelesaian baru untuk menyerahkan segala keputusan muktamat kepada kehendak dan redho Allah,semoga Allah meredhoi kita di saat kita kembali kepadaNya. Saya teringat Allahyarham Mustapha yang sentiasa yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. Kali terakhir dia meninggalkan rumah pada petang Tahun Baru Cina tahun 2013 adalah buat selamanya, begitu juga kalimah akhirnya sebelum doktor menyuntik ubat tidur (sedate) untuk merehatkan jantungnya adalah kalimah syahadah yang jelas,kali terakhir dia bersolat ialah solat asar hari tersebut 10 Februari 2013 dan beliau kembali kepada Allah 5 hari kemudian tanpa menjengah semula ke rumahnya,terus ke surau dan ke tanah perkuburan. GO WITH ALLAH'S FLOW merupakan strategi paling baik dalam hidup berpaksi akidah kerana dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment