NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, March 1, 2013

DOKTOR CERMIN

Salam. Jumaat 1 Mac 2013/18 RabiuAkhir 1434H.SUFI melangkah ke bulan ketiga dan pagi ini beroperasi tanpa dua murobiah, seorang telah meletak jawatan, seorang cuti kecemasan anak di rawat di hospital. Anak-anak Tadika dikumpul menjadi satu kumpulan semuanya mengikuti latihan untuk majlis MaulidilRasul pada 17 Mac nanti. Saya di fahamkan Taska sibuk sedikit ketika anak-anak transit sekolah agama petang menyertai tetapi mereka telah di agih untuk makan di kawasan dapur dan anak perempuan bersolat di pejabat. Program Usrah berjalan seperti biasa dan doa saya ada hati-hati yang seyakin saya bahawa dalam KESABARAN ADA KEMENANGAN dan dalam KESULITAN ADA KEMUDAHAN dengan syarat semua mesti beriman,taat dan tekun melaksanakan perintah Allah dan menghindar larangnNya. Seawal pagi suami saya telah bersiap kerana pagi Jumaat beliau menghadiri ceramah di pejabat TNB Tangkak. Daripada TNB lah beliau mendapat maklumat tentang 'DOKTOR CERMIN' yang beroperasi di Jalan Tanjong Agas Muar. Pertama kali saya mendengar profession ini agakpelik. Kabarnya tugas Dr Cermin ialah membaiki dan menyelamatkan 'retak' pada cermin kereta agar bertahan lama sebelum cermin di tukar baru. Merenung cermin kereta saya yang agak lama retak malah kian memanjang, saya terfikir 'root cause' atau sebab cermin kereta boleh retak. Di fahamkan udara yang panas ketika semua tingkap kereta ditutup rapat menyebabkan cermin mengembang dan retak, waAllahu'alam. Menyentuh sebab musabab saya teringat bagaimana saya kini pengidap dibetic. Selain kurang beriadah (exercise) seingat saya sejak suami saya bersara kami sering bermusafir. Ketidaktentuan makan dan minum sewaktu musafir mungkin menjadi penyebab utama termasuk sering makan tit bits dan segala asam serta chokelat yang di ambil sepanjang perjalanan. Mutakhir ini saya mula meminati satay, hati,perut dan paru sedangkan sebelum ini jarang sekali dan difahamkan makanan organ kurang baik. Begitu juga minuman yang saya rasa menyumbang kepada dibetic ialah nescafe. Nescafe juga penyebab saya pernah keguguran awal umur saya 40an. Aji no moto turut menambah gawat kerana saya dapat kesan makanan beraji no moto bila selepas makan saya keletihan. Kini agak terlewat untuk merombak semua yang telah pun berlaku kecuali berhati-hati. Suami saya orang yang paling berhati sama dalam semua pekerjaannya dan sempat ke kedai ubat cina di pekan Tangkak bertanya tentang ubat cina. Ada sejenis buah yang di rebus di minum airnya..pertama kali minum berpinar di buatnya,mungkin tak serasi atau mungkin kiraan gula terus drop..! Tak jadilah saya teruskan. Dalam saya merawat diri di Sufi terdengar maklumat seorang murobiah agak galak (suka marah) kepada anak-anak. Tidaklah mudah untuk menerapkan kasih sayang yang menjadi asas IHES sekirnaya murobiah belum melalui proses tarbiyyah yang betul dan kemas. Hanya doa saya pohonkan agar Allah memberi kami Lembaga Pengelola jalan keluar terbaik untuk menyelesaikan pelbagai karenah yang berlaku di SUFI. Saya ada mengirim doa melalui Ustazah yang mengajar Quran di SUFI yang sekarang sedang menunaikan Umrah agar SUFI di anugerh Allah sumber manusia dan dana yang dapat membantu, insyaAllah. Semoga Allah perkenankan doa kami dan ustazah kembali dengan umrah yang mabrur.Ameen

No comments:

Post a Comment