NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, February 27, 2013

SABAR ITU DI MASAK DULU

Salam Rabu 27 Februari. Saya kini berada di Tangkak semula. Hari akhir Februari esok 28 haribulan ialah hari gaji staf Sufi. Masuk saja bandar Tangkak saya 'mengeteh' di kedai adik saya dan dapat berita bahawa saya mengujudkan Sufi atas kegagalan hasrat sepasang suami isteri untuk mengambilalih Subur Fitrah 'tanpa sistem' macam biasa setelah kakak saya membuat keputusan tidak mahu meneruskannya. Pagi-pagi tadi juga saya dapat maklumat perletakan jawatan guru Sufi adalah di sebabkan saya selalu 'sindir' beliau bersalah. Kata orang sekarang 'SABO JE LAH' sambil mengurut dada menyediakan 'dapor' untuk 'memasak' sabar saya jadi hidangan yang enak di makan dalam majlis perpisahan petang nanti. Begitulah fenomena 'Peyton Place' Tangkak pekan kecil mudah sangat berita di sebar. Siapa yang beritahu ada guru Sufi nak berhenti saya pun pelik dan bila berita ingin 'mengambilalih' Subur Fitrah tercetus saya mula menyusur insiden sejak awal Sufi wujud. Saya mungkin tidak peka beberapa 'body language' yang menolak kehadiran Sufi, IHES / QGDP antaranya sering bersendirian dengan baby dalam bilik gelap (menidurkan baby). Dalam usrah juga kelihatan kurang fokus, sekejap menjaga baby sekejap membuat kerja. Bila di suruh membaca alasan tiada cermin mata dan sebagainya. Namun kami Lembaga Sufi kekal bersyukur kerana kami sering 'memasak' kesabaran hingga muncul hidangan untuk semua agar sedap dimakan. "Jawapan" kepada solat istikharah yang kami lakukan jelas bahawa semua urusan perlu balik kepada Allah. Kami tidak ada kuasa kecuali apa yang diizinkan berlaku. Namun kembali kepada cara berfikir orang Melayu kampong semua diukur dengan apa yang zahir,antaranya menjadi 'boss', berkereta besar, berpangkat, segak dan seumpamanya. Jarang kita mendahulukan matlamat akhir mengapa sesuatu terjadi. Saya kurang yakin semua staf Sufi tahu bahawa kehadiran Sufi adalah untuk memperkukuh kemulian lslam dan mengubah cara berfikir Tadika kepada yang lebih bermatlamat jangka panjang yang membawa ke Syurga. Sabar yang dimasak adalah untuk membawa semua orang ke Syurga, biarlah kita nampak kalah di dunia ini hakikatnya dengan besabar kita tidak menambah masalah yang sedia ada. Sewaktu awal Sufi dilanda musibah dan perlu membuat keputusan segera antara dua peribadi yang terlibat suami saya selaku pengerusi Lembaga Pengelola menasihatkan kita 'bersabar' dan solat istikharah, kini berakhir kami tidak perlu membuat sebarang keputusan, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment