NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, February 8, 2013

MIMPI NGERI 2

Salam Jumaat 8 Februari/ 27 RabiulAwwal 1434H Menyambung MIMPI NGERI saya yakin era ini adalah ERA DAJJAL dan budaya dajjal merata kesanya, terutama fitnah tarikan dunia, pengaruh muzik, filem dan TV. Tujuan dajjal ialah menipu dan menggoda agar manusia termasuk dalam perangkap dan ajaran sesatnya menuju ke neraka jahanam. Selain rasuah dan maksiat berleluasa, sifat malu yang terus menerus di lontarkan daripada hiasan diri memudahkan manusia menjadi binatang semula telanjang di sana sini, membuat sensasi di fb dan di mana saja ia tersebar. SUFI memandang gelagat anak-anak tadika serius sekali terutama ketika menggunakan toilet. Kerapa anak-anak lelaki menakal mengikut anak perempuan ke toilet walaupun ada dua bahagian pintu, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Dalam keadaan anak-anak tidak pandai mengurus diri guru-guru (murobbiah) terpaksa menemani. Namun kalau 20 anak nak ke toilet lelah juga guru di buatnya. Bila guru tidak bersama anak-anak perempuan akan menanggalkan seluar di hadapan toilet separuh telanjang dan anak lelaki akan bersorak. Pada saya ia petanda MIMPI NGERI,kecil-kecil bersorak,bila baligh menjadi wabak. Terus saya memberi arahan kepada murobbiah terutama anak-anak perempuan ke tandas samada di temani guru atau membawa tuala/towel. Masa ke tandas di tentukan 1 jam untuk anak lelaki, jam kedua untuk anak perempuan,begitulah setiap jam penggunaan tandas di gilirkan. Ia merupakan disiplin mengatur ke toilet kerana ramai anak yang beralasan ke toilet tapi untuk bermain di luar. Persekitaran,program dan kurikulum tadika kena padat dan menarik agar anak-anak seronok belajar dan berada dalam darjah.
SUFI MULA MEMPERKENALKAN AKTIVITI KOMPANG DI BANTU SEORANG USTAZAH Seterusnya doa masuk dan keluar tandas di lekatkan di luar tandas termasuk pengasingan tanda 'Boys' dan 'girls'. Rupanya dakwah kepada anak-anak tak semudah itu, semua kena di contohi dan murobbiah sendiri kena sensitif isu ini.Jika murobbiah sendiri mengambil mudah dan tidak peka kesan masa depan budaya ini, akan terbiarlah budaya 'tidak malu' hingga ke dewasa. Pada saya ia umpama bongkah ice yang nampak di atasair(tips of iceberg) nampak macam lslam tapi pemikiran dan penampilan tidak seiring, malah menentang nilai lslam. Semua ini berlaku di bawah bongkah ice yang amat bahaya kerana pengaruh nilai berlaku di bawah akal sedar (subconscious). Saya juga difahamkan kesan budaya sekular, kebebasan berfikir dan segala mak nenek demokrasi seorang anak muda mencabar dalam facebook akan MURTAD (keluar agama lslam) jika sebuah parti yang di anggotai DAP menang pilihanraya. Samada ini gembargembur atau taktik berpolitik saya tidak kisah namun impek pemikiran SESAT menghancurkan hati saya. Dimana sifat syukur dan sayangkan lslam? atau memang sifat itu langsung tidak di terapkan? Saya sedih dan amat terkesan. Seorang Murobbiah juga memberitau saya bahawa dalam fb juga seorang gadis membuat rumusan selepas menyaksikan sebuah drama TV 'Setia ke Hujung Nyawa' bahawa seorang gadis kena TERLANJUR dulu baru dapat mengecap bahagia,NAUZUBILLAH cara berfikir songsang yang telah budaya filem/tv terapkan apatah lagi nilai mendewa2kan artis dan mencontohi cara penampilan mereka begitu ghairah memukau anak muda. Saya menulis kerana bimbang budaya dajjal ini akan merasuk ke dalam keluarga saya sendiri kerana tidak kukuhnya AKIDAH IMAN DAN ISLAM dalam diri anak cucu generasi mendatang. Semoga doa kita semua tidak terhijab dengan budaya ini terutama doa tetap pendirian dalm surah Aliimran 147. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment