NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, February 26, 2013

KERENDAHAN HATI

Salam. Selasa 26 Februari 2013. Pagi yang saya pasrah menyediakan diri puasa sejak jam 10 malam Isnin untuk check darah di KPJ. Punca bersedia ini adalah kerana bacaan gula dalam darah saya melonjak 14.2 pada pagi Isnin walaupun diet di jaga dan nawaitu berpuasa hari lsnin tanpa bersahur. Petang lsnin sepanjang hari berpuasa bacaan gula turun 9. Yo yo (turun naik) bacaan gula ini merunsingkan saya dan suami. Untuk mengelakkan tekanan (tension) berterusan saya angkat tangan setuju mengambil ubat dibetic. Suami saya kata ada KERENDAHAN HATI menerima hakikat usia sudah meningkat senja tak boleh lagi BERDEGIL untuk diet sendiri. Ya, masih terngiang-ngiang anak saudara saya berkata sewaktu menziarahi Allahyarham Mustapha bahawa dalam KOHATSA ni ramai senior yang degil-degil tak mau check doktor...antaranya mak uda. Bila suami saya menyebut KERENDAHAN HATI baru saya insaf bahawa peranan doktor itu penting terutama kepada seorang insan yang meningkat usia (aging,walaupun tak nampak aging). Saya memang berazam tak mau menyusahkan sesiapa dalam hidup ini lantas saya pasrah akan menjaga kesihatan semampunya dan dengan izin Allah.Sebenarnya tajuk KERENDAHAN HATI ini luas tafsirannya, yang paling utama ialah merendah diri kepada Allah,rasa tak mampu, kekurangan dan bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah dan takdirNya. Kerendahan hati juga bermaksud menerima hakikat perubahan yang berlaku dengan pantas di sekitar kita dan mau tak mau kita kena sesuaikan diri tanpa menggadai prinsip dan akidah.Pagi ini saya terima sms daripada guru besar SUFI bahawa seorang guru Taska telah menghantar notis berhenti kerja akhir bulan Februari. Terdetik di hati ini doa solat istikharah berkaitan kes di Sufi yang belum selsai. KERENDAHAN HATI kami ahli Lembaga Pengelola SUFI agar sentiasa memohon petunjuk Allah dan belum mampu membuat keputusan sampai saat ini rupanya ada hikmah kerana MASA ITU RAWATAN. Ia merawat hati-hati mereka yang terlibat agar membina KERENDAHAN HATI mengutamakan persaudaraan berbanding mencari kemenangan sendiri. Baru Jumaat lalu tajuk Usrah Sufi menyentuh tajuk menyelesai konfik iaitu kaedah membalas kejahatan dengan kebaikan dan fokus cari kemenangan di Syurga. Semoga perkembangan di Sufi ada kebaikannya. Berbalik kepada kes saya di KPJ doktor yang merawat menyatakan bahawa pada umur saya sekarang tidak ada pilihan kecuali WAJIB mengambil ubat. Biar saya mengaku di sini bahawa memang saya kurang KERENDAHAN HATI dalam isu penyakit ini kerana Allah izin saya jarang sakit. Setiap kali saya melihat seorang pesakit mengusung ubat-ubatan saya menadah tangan bersyukur tidak di bebankan demikian. Hanya sewaktu menziarahi Allahyarham Mustapha saya difahamkan darahnya disahkan 'tercemar' dek virus dibetic yang menjadi 'silent killer' baru saya pasrah bahawa keluarga saya ada penyakit ini. KERENDAHAN HATI bahawa Allah yang memberi penyakit dan Allah yang menyembuhkan membuatkan saya berikhtiar merawatnya agar sempurna usaha sebelum bertawakal. Lesson learnt and l am going to be a good patient from now on insyaAllah, semoga Allah meredhai usaha kecil saya di mana-mana pun. Ameen

No comments:

Post a Comment