'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Wednesday, February 6, 2013
MIMPI NGERI
Rabu 6 Februari 2013/ 25 RabiuAwwal 1434H
Berikutan penambahan anak-anak di SUFI saya sedang mencari calon membantu Taska. Tepat jam 11 pagi saya di datangi seorang calon yang berhasrat bertukar profession daripada reception hotel kepada 'guru'.Saya menguji kefahaman calon,"nak ajar apa? Masak? buat kereta? semuanya mengajar orang.I " Calon tersenyum sambil menjawab nak ajar ilmu kepada anak-anak. Saya pula senyum...ilmu macam mana? Lulus SPM? Agama Darjah Khas? calon menangguk. Saya menguji lagi 'cuba baca surah alfatehah?', biasa solat kan?biasa baca Quran?. Calon senyum lagi terus membaca, 'iyyaka nakbuddu wa iyya kanastaimmm..berhenti? Ulang? saya sedang berhadapan dengan MIMPI NGERI...bacaan salah, saya uju lagi,'ihdihnas siralthol mustaqim ke mustaqin? Calon menjawab MUSTAQINNN..Gabrah lah tu. Inilah kisah sebuah negeri unik 'bersekolah petang'ada kelulusan darjah khas....pakej keislaman pelbagai, ada tahnik,potong jambul,aqiqah dan serah anak baligh, tapi seorang pelajar lulusan SPM/Darjah Khas salah baca surah Fatehah..bukan sekadar salah,tapi TAK PASTI/RAGU dengan apa yang dia tahu. Memang saya rasa ini satu mimpi ngeri kepada segolongan masyarakat yang didodoi pesta hiburan siang dan malam.Mutakhir saya di fahamkan Malaysia akan menyambut tahun baru cina dengan pesta bersama Psy tokoh GANGNAM dari Korea. Betul-betul MIMPI NGERI pada saya kerana sejarah saya mengambilalih Tadika kakak saya di Tangkak bermula Julai 2012 adalah berikutan perbualan saya dengan ipar-ipar saya di Kajang kerana mereka ada yang bertugas di tadika Jabatan Perpaduan dan tadika swasta. Mereka sedang membuat persiapan konsert lantas seorang bertanya "nak buat persembahan apa?" Relax je seorang lagi ipar menjawab GANGNAM lah apa lagi? Arahan...Saya terkejut..apa? arahan? Gangnam? bukankah itu bukan budaya kita? "ah seronok-seronok je apa salahnya? Now the incident has become good history bagaimana ujudnya SUFI. My commitment was 'whatever it takes' saya mesti mempertahankan tadika yang pernah kakak saya usahakan. setakat ini buat sementara, i am not done with mimpi ngeri semoga keberadaan saya di tempat lahir saya ini akan membuahkan sesuatu supaya tidak lagi berlaku mimpi ngeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment