NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, December 19, 2012

MARAH ATAU SOMBONG

Salam Khamis 20 Disember 2012 Ada yang serba tak kena sejak pagi lagi. Walaupun saya bangun awal dengan persiapan makanan ruh namun ada yang menekan perasaan. Sudah begitu lama saya dan anak cucu perempuan tidak solat berjemaah menimbulkan sedikit kejauhan dan ia menggamit perasaan marah saya. Di tambah maklumat program 'Finishing School' anjuran Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan UKM yang di adakan pagi ini dimana diberitakan dua orang cucu perempuan saya menolak untuk hadir. Entah mengapa ada saja yang tak kena pagi ini. Suami saya menunjukkan bil air dan api yang melonjak mutakhir ini termasuk bil talipon tetap di rumah yang perlu di lunaskan. Begini rasanya jika tekanan kos sara hidup mula meningkat,ia menjadi punca kerisauan. Cepat-cepat saya meredakan perasaan dengan istighfar agar tidak terbatal amal pagi khamis ini. Saya tidak mahu menjadikan isu keduniaan sebagai sebab 'marah' kerana seorang Muslim hanya marah kerana KEMUNGKARAN yang Allah tidak redho. Seorang Muslim marah kerana Allah disebabkan rasa kasihan kepada orang yang berbuat maksiat. Tidak ada yang lebih di cintai oleh seorang mukmin selain daripada membebaskan dirinya dan orang yang di didiknya daripada siksa hari kiamat dan meraih kebahagiaan yang abadi. Ia akan marah kepada seseorang yang dikasihinya kerana melihat mereka TERANCAM oleh kesangsaraan abadi dan siksa Allah diakhirat. Sekali-kali ia bukan sifat dengki yang dilarang oleh lslam kerana kemarahan kerana Allah sama sekali tidak menghalang seseorang berlaku adil. Seorang penyair pernah berkata 'bertindaklah keras supaya mereka sedar. Siapa yang mengasihi seseorang hendaklah ia bertindak keras kepadanya.' Namun saya sudah jeran bertindak keras kerana sering di salahfaham sebagi kasar ketahap saya pernah di tegur seorang adik bahawa cara saya bertindak tidak di senangi ramai orang. Kini saya banyak mendiamkan diri, mungkin lebih tepat memperbaiki diri namun sesekali di uji dengan rasa marah seperti hari ini. Hasutan syaitan cepat merebak bila hati marah. Sewaktu saya melangkah ke kelas harfiah/bahasa arab saya berdoa di beri tenang,almaklum menghadiri majlis ilmu. Tau tau kelas di tangguh.Mesej yang saya terima daripada seorang teman rupanya dari Ustaz yang menyatakan dia ada urusan. Pantas syaitan cuba mengheret saya menyalahkan teman,namun saya terima smsnya yang mohon maaf. Misi pertama mengharungi kesesakan lalulintas ke Sunway untuk membatalkan akaun talipon DIGI suami saya. Bila tersilap jalan naik rasa darah tapi cepat-cepat dengar CD zikir terapi Hafiz Hamidun. Valet parking di Sunway minta charge RM10, saya melarikan diri malas berunding. Rupanya jaga boleh 'kautim' jika setengah jam bayar RM2. Ah..sistem manusia buat, ubahlah sesuka hati. Di Mall Sunway Pyaramid saya naik marah lagi kerana offer sale gila-gila 70%, tak sewajarnya kerana harga yang di letak amat tinggi. Kononnya saya teringin membeli sarung bantal untuk taska,harga asal RM99, diskaun 50% RM49. Gila ke sarung bantal harga begitu. Paling mahal RM10 sepasang! Misi kedua mengambil baki tempahan buku di Taska Jalan kebun. Kami sesat jalan agak jauh,namun saya redho kerana mencari tempat baru mestilah ada cabaran. Dalam perjalanan balik singgah di kompleks PKNS untuk membeli satay. Terkejut saya kerana ramai pembeli beratur menggunakan kopon nombor. Sewaktu saya membuat tempahan lagi 10 nombor. Terasa ingin meninggalkan barisan meninjau keluar, tapi saya bertahan kerana kereta suami saya tidak masuk parking.Hampir 1/2 jam, tup..tup nombor giliran saya di langakui 7 nombor...saya terpinga-pinga menanti tempahan. Rasa marah mula menyerang kerana di zalimi. Saya bingkas bangun dan bertanya..'ni sistem apa pakai ni,beri nombor tak panggil-paggil, orang kemudain dapat dulu.' Muka mencuka saya menggentarkan cashier. 'Tak mak cik,mak cik oder satay hati,lambat sikit...''kenapa tak beritahu awal satay hati lambat? tak payah saya oder?'saya menyinga...I think today's anger has reached its climax exactly 12.30 noon, wrong timing masa lunch pekerja pejabat. Waktu berjalan meninggalkan warung satay saya tersedar.. was l acting in anger lillahitaala or pure arrogant? I am threading a very thin line between the two. Nauzubillah...saya istighfar kerana sebesar zarrah kesombongan (kibr) tidak mencium syurga. Deep in my heart came a whisper that l should not behave as l did, mana tawadduk kamu hati bertanya..entahlah. Ya Allah maybe next time l should plan all my itenerary agar tidak di sergah insiden yang boleh mendidihkan kemarahan di jiwa.Kira taubat juga nak mampir lagi warung satay yang mencetuskan kemarahan saya... WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment