NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, October 7, 2012

BELATED HARI RAYA

Salam

Ahad 07 Oktober 2012

BERHARI RAYA BERSAMA CUCU DI SIMPANG RENGGAM

Sejak hari Rabu 3 Oktober 2012 saya dan suami memulakan musafir pertama sejak suami pulih sakit. Kira kami memulakan ziarah hari raya balik kampong yang di lewatkan (belated).

Sepanjang perjalanan ke Tangkak menyertai program Pra Sekolah Subur Fitrah saya memikirkan modul AsmaulHusna yang ingin di serapkan kepada anak-anak pra sekolah dalam bentuk yang spiritual bukan ritual (kekuatan ikatan tauhid kepada Allah bukan sekadar hafalan). Terkesan juga di hati apabila mendapat berita guru pra sekolah yang ada sekarang telah menyatakan hasrat untuk berhenti akhir tahun ini. Mana mungkin sekolah di teruskan jika tidak ada 'murabbi' (guru) yang berpengalaman dan komited. Adik saya mengesyurkan ambil sahaja murabbi daripada Indonesia, atau buat road show IHES kepada NGO yang telah memulakan sekolah Islam. Saya bertawakkal buat masa ini semoga Allah beri jalan keluar terbaik.

PENTINGNYA PRA SEKOLAH MEMPUNYAI MURABBI BERPENGALAMAN

Setibanya kami di pra sekolah Subur Fitrah semangat memulakan IHES berkobar semula terutama melihat kejernihan mata anak-anak yang ingin di bimbing. Modul yang saya buat secara spontan ialah memberi hadiah dengan mengajar anak-anak sendiri 'memberi' kepada 'atuk-atuk' yang datang melawat. Pengalaman dan budaya memberi ini di harapkan dapat menjadikan anak-anak berfikiran terbuka untuk berkongsi apa yang mereka miliki serta menghormati orang yang lebih tua.

 
SIKAP MEMBERI PERLU DI BERIKAN CONTOH

Anak-anak kemudiannya di ajar kalimah 'ALLAHU AKBAR' melalui sebutan dan tulisan jawi dalam modul 'Tulisan Cantik'. Seingat saya sewaktu bersekolah agama dahulu matapelajaran tulisan cantik yang paling saya suka kerana tulisan saya selalu mendapat markah tinggi. Saya ingin berkongsi perasaan gembira kerana tulisan jawi yang cantik kerana ia adakaitan dengan tulisan Alquran di hati anak-anak yang kami berhadapan.
MEMBIMBING BERBEZA DARIPADA MENGAJAR

Akhirnya modul bertutur bahasa Inggeris kalimah yang sama 'ALLAH IS GREAT' mendapat sambutan anak-anak. Terfikir juga modul nasyid AsmaulHusna namun tidak ada peralatan yang dapat membantu. Di fahamkan bangunan pra sekolah Subur Fitrah kerap diceroboh pencuri dan segala peralatan audio dan komputer hilang. Sebaik selsai menyampaikan hadiah kepada semua pelajar saya berdoa dalam hati agar pakej IHES dapat di asaskan untuk cucu cicit dan anak-anak kampong di Tangkak mendapat faedah jangka panjang. Satu perancangan yang rapi amat di perlukan.
 
MEMBERI HADIAH MERUPAKAN AGENDA PENTING BERSAMA ANAK-ANAK

Kerunsingan saya ialah mutakhir ini musim anak-anak mengadakan konsert akhir tahun saya ada dapat berita di setengah Tadika tarian 'Gangnam Style' sudah mula merasuk dan di ajar kepada anak-anak. Sedih saya mendengarnya. Daripada mulut seorang guru tadika sendiri saya dengar kata-kata 'apa salahnya tarian Gangnam..ia tarian menunggang kuda...' Cepat-cepat saya betulkan..'ia buka budaya kita, cukup-cukuplah kesesatan yang ada.' Saya sedar ada yang kurang senang dengan komen saya, tapi ikhlas saya memang ingin berlepas diri daripada pengaruh liar K-pop yang menganggu anak-anak muda sekarang.

BERBINCANG TENTANG BANGUNAN YANG SESUAI UNTUK IHES PRA SEKOLAH


Team IHES berbincang tentang bangunan yang sesuai untuk memulakan IHES pra sekolah, namun kekangan kewangan perlu di pertimbangkan. Semoga Allah beri jalan keluar yang terbaik untuk meyakinkan ibu bapa tempatan tentang keberkesanan IHES. Isu penting mendapatkan murabbi perlu di utamakan.

BERSAMA ADIK IPAR YANG MENGIDAP KENCING MANIS

Saya sempat menziarahi adik ipar yang mengidap kencing manis dan menjalani pembedahan jari kaki, jiran sebelah rumah di kampong pun kurang sihat. Teringat arwah bapa saya yang mendahulukan ziarah saudara mara. Saya amat yakin silaturrahim merupakan rahsia besar kekuatan ummah. Di kalangan adik beradik saya pun mereka yang kerap berziarah mempunyai ikatan yang kukuh.  Cabaran era teknologi ialah ramai yang lebih suka berkomunikasi di alam maya bukan bersua muka.
 BERSAMA JIRAN YANG JUGA SEPUPU SAYA KINI BERUMUR LEBIH 80 TAHUN

Kisah bersua muka pernah mengguris hati saya sewaktu di Mekah menunaikan umrah baru-baru ini. Pertama, kedatangan anak saudara saya dalam pakej lewat daripada kami. Menunggunya bak kerinduan yang berpanjangan...dan bila bersua terasa sebak di hati kerana ketika itu anak saudara saya sedang memakai pakaian ihram. Terasa di benak saya...beginilah agaknya jika kita di alam barzah nanti menunggu kedatangan saudara mara menyertai...Ya Allah selamatkan aku dan ahli keluargaku di alam barzah.

Kedua, pertengahan Ramadan saya di fahamkan adik ipar saya dan anak-anaknya datang berumrah, namun mereka tidak berhasrat bertemu saya dan suami, sedih bukan kepalang kerana kami hanya tahu mereka telah pun berlepas pulang. Suami saya menasihatkan saya agar memaafkan mereka kerana mereka punya kesibukan sendiri. Ya saya maafkan, namun melupakan...belum lagi kerana saya insan biasa yang punya perasaan tersinggung.
 
 BERSAMA ANAK, CUCU, BESAN DI BATU PAHAT

Dalam insiden yang lain berlaku salahfaham pembantu rumah adik lelaki saya yang menutup pintu ketika kakak saya ingin menziarahi ke rumahnya. Namun cepat-cepat adik saya memohon maaf dan bergegas menemui kakak saya yang telah puas berendam air mata sedih dek terguris hatinya di perlakukan demikian.
 
 BERSAMA SEPUPU DI JOHOR BAHRU

Begitulah perubahan zaman,anak-anak tidak lagi suka bersua muka dengan ibu bapa kerana kesibukan sedangkan melihat raut muka ibu bapa itu pahala.  Mungkin muka ibu bapa sudah berkedut tua, namun yang ingin di lihat dengan belas kasih ialah pengorbanan mereka membesarkan kita. Di sinilah program QGDP dan IHES boleh memainkan pranan untuk mengembalikan kepekaan anak-anak umat lslam nikmat beriman dan beragama yang perlu mereka hargai sebaiknya kerana di kuatiri jika Allah tarik nikmat tersebut jadilah umat akhir zaman yang penuh kesesatan naauzubillah. 

Daripada ziarah ini saya juga dapat maklman kisah masyarakat sudah tenat kerana membebankan ibu untuk menjaga anak-anak kecil. Dalam kisah lain seorang isteri enggan melayani suami kerana bimbang akan mengandung dan membebankan dirinya. Suami terpaksa tidur berasingan dan di suruh melakukan tugasan rumahtangga. Bila pendapat saya di tanya saya hanya sarankan kelurga bermasalah itu mendapatkan nasihat Jabatan Agama Islam sebelum dosa isteri berpanjangan.

Sepanjang saya melakukan ziarah daripada Shah Alamke Tangkak, ke Batu Pahat dan ke Johor Bahru fikiran hanya bertumpu bagaimana melaksanakn IHES seluas mungkin dan sesegera mungkin untuk berkongsi dengan masyarakat lslam betapa gawatnya jiwa yang gersang nilai iman dan hidayah kebenaran.  Seorang biras saya berkongsi sebuah blog Kelab Haji Muda yang cuba memakmurkan bumi Malaysia dan rantau Asia dengan infaq membina masjid dan membantu anak-anak yatim termasuk sekolah di Situwangi. Mungkin ini juga satu wasilah yang boleh saya cuba untuk berkongsi konsep IHES setelah saya bincangkan dengan pengasas IHES.
 GAMBAR KENANGAN DALAM MAJLIS TAHNIK AHMAD QALEEF IZUDDIN BIN ADAM


Diakhir ziarah kami menghadiri majlis 'potong jambul' anak saudara suami saya di rumah keluarga di Kajang. MasyaAllah...meriah anak ini di raidan di doakan dalam majlis selawat,tahlil dan marhaban. Saya yakin budaya mendoakan anak kecil akan memberi kesan kerana di samping mendedahkan budaya kepada saudara mara yang masih ada anak-anak yang sudah masuk umur gerbang perkahwinan ia juga mengingatkan kita bahawa lslam meraikan pertemuan saudara mara yang lama tidak bertemu. Bagi kami ia merupakan sebuah hadiah pertemuan hari raya yang BELATED.

BERSAMA SAUDARA MARA YANG LAMA TAK BERSUA MUKA

No comments:

Post a Comment