NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, September 30, 2012

NIKAH KALI KEDUA

Salam

Ahad 30 september 2012/14 Zulkaedah 1433H

Dalam keseriusan latihan IHES (Integrated & Holistic Education System) baru-baru ini kisah lucu seorang peserta menghiburkan kami. Ustaz Abdurrahim daripada Jakarta merupakan peserta terakhir menyertai latihan setelah melalui pelbagai ujian sebelum sampai ke Kuala Lumpur. Namun tanggapannya terhadap kepentingan IHES jelas sekali sehingga terkeluar komen dari mulutnya 'berkenalan dengan IHES ibarat saya menikah kali kedua..." 

TEAM IHES MALAYSIA/INDONESIA


Tergelak kami dengan komen ini dan sejak itu semua kami tidak menoleh kebelakang atau menangisi sistem pendidikan yang tidak berpaksaikan AlQuran. Kami berikrar terus untuk menjadikan QGDP (Quranic Generation Development program) kurikulum asas dalam semua institusi pendidikan yang kami terlibat. Bagi Ustaz AbdurRahim 40 pesenteren di bawah kelolaannya akan melalui penambahbaikkan yang ketara dalam sistem pembelajaran insyaAllah. Ameen saya doakan keberkatan dengan komitmen ini.
 

KENANGAN DI IHES

Alhamdulillah susulan IHES insyaAllah kami akan mengadakan pasukan penggerak ke arah melaksanakannya mengikut keutamaan. Allah izinkan kami cuba mengasaskan penjanaan dana melalui pelaburan keatas ternakan kambing kacukan Syami dari Cyprus kelolaan HRT GreeenTech Batu Arang Rawang. Rezeki kami juga kerana daripada jumlah 11 ekor kambing kini telah bertambah menjadi 12 ekor.
 


TAMBAHAN KE 12: BAKA KACUKAN SYAMI DI KENAL DENGAN MATA PUTIH DAN TELINGA PAJANG

Komitmen membantu pra sekolah Subur Fitrah di Tangkak Johor turut mendapat tempat di samping mengadakan kem untuk remaja puteri melalui pakej 'Finishing School' bersama Sekolah lslam Adni. Kita merancang, namun Allah sahaja yang menentukan kejayaannya.

Saya tersentuh dengan sebuah hadis riwayat AnNasa'i berbunyi 'Jika kamu jujur dengan Allah, Allah juga akan jujur dengan kamu'    Hadis ini mengajar saya agar menjaga keikhlasan dan fokus mencari redho Allah semata. Saya juga mencadangkan hadis ini menjadi tagline pasukan IHES.

Mutakhir ini suasana sekitar agak teruja kerana seorang anak angkat kami yang bertugas di Arab Cafe tiba-tiba jatuh sakit, demam berpanjangan dan kaki tangannya lemah tidak berdaya sekalipun untuk memandu kereta. Seorang temannya terpaksa memandu kereta membawanya pulang ke Sg Petani Kedah untuk dia merawat sakitnya di kampong Kota Kuala Muda. Ada yang menyebut anak angkat saya ini terkena 'santau angin' berikutan dengki seseorang kepada perniagaan tempat dia bekerja. Adik beradik saya keras-keras menafikan berita tahyul ini. Namun menurut rawatan perubatan lslam penyakit ini tidak mustahil.

Yang saya nak komen satu saja. Kedengkian manusia seringkali pendek akal kerana melihat kejayaan orang lain berdasarkan apa yang ada di tangan orang tersebut. Mereka jarang merenung kekuasaan Allah yang memiliki langit dan bumi dan perlu memohon rezeki daripadaNya. Konsep 'zero-sum game' atau 'kalau aku menang orang lain mesti kalah' telah membutakan mata mereka yang dengki bahawa manusia beriman semuanya di ciptakan untuk berjaya dunia akhirat dan kalau berjaya mesti bersama-sama orang lain. Konsep menang sendiri ini adalah hasil pemikiran kebendaan asutan syaitan. WaAllahu'alam.

Suasana politik pun tidak kurang kemaruk dengki dan hasad. Letih di buatnya untuk melayan karenah manusia dunia ini dan semakinlah saya tidak berminat untuk membaca berita di akhbar kerana sumbernya paling mengelirukan. Mutakhir saya terbaca di internet seorang ulama mengkafirkan ulama lain, seorang anak mencaci ibu bapanya di facebook. Dalam realiti kehidupan yang saya sendiri berhadapan ramaja sudah hilang rasa berdosa untuk menipu dan berakhlak buruk, suami tidak berlaku adil dan sebagainya. Namun yang bernama manusia akan sentiasa di uji dan membuat kesilapan. Cantiknya seorang insan ialah redho dan sabar dalam ujian dan belajar daripada kesilapan. Sesungguhnya kehidupan ini penuh iktibar dan ada hikmah di sebalik semua kejadian.

Sewaktu suami saya di rawat di KPJ anak saudaranya telah di kurnia anak lelaki bernama Ahmad Khalif Izuddin, cantik nama dan orangnya. Setelah suami kembali sihat kami menziarahinya di rumahnya di Seri Kembangan. Terkejut juga dengan pembangunan pesat di kawasan ini yang kami jarang tahu perkembangannya kerana 10 tahun dahulu Seri Kembangan hanyalah deretan kedai sahaja kini menjadi pusat bandar baru yang tersergam pasaraya ternama dan toko-toko bertaraf international. Harga rumah pangsa juga mendadak-dadak tinggi harganya. Demikianlah kesan pembangunan fizikal yang amat mudah dibina dan diberi nilai.
 
KENANGAN BERSAMA AHMAD KHALIF IZUDDIN

Yang kami runsingkan ialah membina ruh dan proses melahirkan sumber manusia melalui pembangunan seimbang, mampan,istiqamah dan berterusan hingga bertemu Allah yang akan menilai 'siapakah yang TERBAIK amalnya'. Seorang teman saya falsafah hidupnya kini 'fastabiqulkhairat' (berlomba membuat kebaikan). Saya kagum dan amat setuju jika berlomba dalam kerangka sistem yang diredhoi Allah. Jika berlomba untuk menang sendiri seperti dalam kes zero-sum game ia hanya memperkukuh sistem yang melahirkan kezaliman.

Atas dasar ingin memberi 'ruh' kepada sistem pendidikan hari ini maka IHES dan QGDP menjadi agenda utama saya, suami dan beberapa orang teman di akhir hayat kami. Sekalipun kami hanya mampu meletakkan batu asas ia menjadi bukti keyakinan kami bahawa tidak ada pilihan selain memertabatkan lslam yang Allah redho dengan kaedah yang tersusun rapi dan boleh di contohi oleh siapa sahaja. Melihat kejayaan pelajar Sekolah Islam Adni ia menjadi bukti kemampuan yang pernah berlaku dikalangan umat lslam di zaman kegemilangan, antaranya berjaya memahami AlQuran dan mendapat ijazah di umur muda, menguasai banyak bahasa dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang. Impian kami generasi cucu cicit kami akan dapat menikmati peluang ini.

Alhamdulillah baru-baru ini seorang anak saudara keluaran sekolah berasaskan lslam yang juga seorang hafiz telah melajutkan pelajaran ke Mesir. Harapan semua beliau akan menyandang anugerah Ustaz pertama dalam keluarga besar kami insyaAllah.


BERSAMA WAN AHMAD IZZAT WAN AHMAD SANADI YANG BELAJAR SYARIAH DI MESIR


Tajuk nikah kali kedua yang di sebut oleh Ustaz AbdurRahim senghaja saya petik kerana hari ini manusia seolah-olah merasa nikmat nikah hanya dalam perkahwinan. Seolah-olah tidak ada kegembiraan selain bernikah. Saya ingin mengajak semua yag ingin membuat perubahan agar menjaga hasrat perubahan dalam apa bidang sekalipun semurni sebuah pernikahan yang kudus (sacred).

Sekiranya berlaku ketidakjujuran dalam sebuah pernikahan ia boleh di jadikan iktibar dalam tugasan yang kita lakukan. Maksud ketidakjujuran ialah memburukkan pasangan hidup kita di belakangnya atau tidak jujur (berbohong) dalam berkomunikasi. Kaedah ini sering berlaku dalam pernikahan kali kedua dimana bakal isteri kedua mendapat gambaran bahawa isteri pertama 'bermasalah'.

Dalam IHES saya berdoa semua yang terlibat agar tidak berburuk sangka seperti dalam sebuah perkahwinan berpoligami. Natijah ketidakjujuran akhirnya akan terungkap dan siapalah yang rugi kalau bukan kita dan cucu cicit umat lslam yang menjadi sasaran kita. Fikir-fikirkan bersama.

No comments:

Post a Comment