NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, October 15, 2012

LEADERSHIP MATERIAL (BAHAN KEPIMPINAN)

Isnin 15 Oktober/ 29 Zulkaedah 1433H

Salam

BERTEMU DAN BERBINCANG TENTANG KEPIMPINAN UMAT ISLAM

Teruja juga bilamana saya meng'embed' satu video dalam youtube yang memanjang-manjang sampai kepada video beberapa remaja berkongsi maklumat bagaimana mereka meninggalkan lslam. Terus video itu saya padam dan posting saya delete. Hairan ya bagaimana innocent article tentang cara mendekatkan diri kepada Allah menjadi pembuka kepada kebatilan yang l do not want to part of it.

Demikianlah the power of media and technology. Ia membuka seluas-luasnya arena maklumat yang kita terpaksa menyeringnya dengan teliti. Betapa pula dakyah yang di selitkan dalam banyak lagi program TV atau video yang tak mampu penonton saring. Jarum dan racun terus menyusup mematikan kerohanian yang kadang-kadang berada dalam 'nyawa-nyawa ikan'

 Sebenarnya saya kesempitan masa untuk menulis lantas cuba mencari maklumat dalam internet untuk di kongsi. Internet being internet yang di asaskan oleh budaya cacamarba pasti menghasilkan pelbagai informasi yang beragenda. Pengasas media rata-rata kumpulan manusia yang bermotif profit bukan 'prophetic', membawa dakyah palsu dan dusta (kecuali bersumberkan kebenaran) dan beragenda menguasai pemikiran manusia agar 'cintakan kehidupan dunia'.Kita di sibukkan dengan penemuan,fesyen serta trend terkini agar manusia merasa mereka tidak ketinggalan zaman. Anak-anak muda berface book kisah remeh dan menghabis masa mencari seramai teman berkomunikasi.

Betapa saya merindukan komunikasi bersua muka kerana ia betul 'real', tapi apakan daya seluruh dunia sedang di pukau kecanggihan berskype dan komunikasi real time yang di anggap lebih real.

Berbalik kepada kisah saya ingin berkongsi setelah sekian lama tidak menulis ianya berkaitan dengan hasrat saya melaksanakan IHES yang rata-rata menemui jalan buntu kerana 'kekurangan murabbi /guru'. Sambil memikirkan cara terbaik mendapatkan murabbi saya menemani suami saya menjalankan terapi selepas operation di KPJ. Terlanjur di KPJ saya cuba membuat rawatan 'sakit gigi' kerana salah satu gigi saya terasa sakit dan perlu di cabut. Rupanya sakit gigi saya berpunca daripada gusi yang sudah lama sakit. Doktor terpaksa membuang 'cyst' dan menjahit gusi setelah gigi di cabut. Sepanjang dua hari cuti hujung minggu saya 'grounded', memakan diet berair. Alhamdulillah ujian sedikit tidak menyusahkan saya kerana masih sempat menghadiri usrah mingguan.

KUMPULAN USRAH KARIAH YANG MENGGAMIT 'KERINDUAN' JIKA DITANGGUHKAN

Blog kali ini cuba berkongsi satu konsep bagaimana KEPIMPINAN di asaskan. Sering kita mendengar konsep kepimpinan itu pemberian 'NATURE' atau di 'NURTURE'.  Yang kedua perlu melalui proses mempersiapkan seorang pemimpin. Tokoh-tokoh seperti imam empat mazhab , Salahuddin AlAyubbi dan Muhammad Fatih melalui proses yang rapi berasaskan hafalan Alquran di umur muda. Cahaya Alquran menjadikan mereka 'LEADERSHIP MATERIAL' sejak awal lagi. Namun setelah era kecemerlangan lslam pudar leadership material mencari bahan-bahan yang bersumber selain AlQuran malah AlQuran tidak mendapat tempat sekalipun di hati mereka yang di amanahkan memimpin negara umat lslam. Seorang teman saya berkongsi perasaan, 'jika saya di dedahkan dengan QGDP masa kecil saya mesti telah berjaya hari ini...ya tepat sekali saya pun rasa begitu. Hari ini saya rasa bersyukur dapat menikmati kemanisan iman dan lslam tapi saya tidak rasa BERJAYA sebagai umat lslam.

Allah izinkan dalam usrah pagi ini saya berkongsi latarbelakang seorang sahabat Rasulullah saw iaitu Abdullah ibn Masud. Yang ketara sejak umur kecil lagi Abdullah ibn Masud merupakan 'leadership material',sekalipun waktu itu beliau seornag hamba mengembala kambing dan rupa paras tidak menonjol. Rasulullah saw bersabda ketika Abdullah Masud bertanyakan doa apa yang Rasulullah baca ketika mengeluarkan susu kambing daripada seekor kambing dara (satu mukjizat) 'YOU WILL BE AN EDUCATED BOY'
MENGGEMBALA KAMBING MERUPAKAN PEKERJAAN SUNNAH UNTUK PERSIAPAN PEMIMPIN
 
Tepat sekali dalam sejarah umat lslam nama Abdullah Masud sinonim dengan keberkatan AlQuran,malah seluruh kehidupannya berpusat kepada alQuran, termasuk memiliki suara merdu, bacaan terbaik dan berani memperdengarkan AlQuran (Surah ArRahman) kepada kaum musyrikin Mekah dan di pukul dengan teruk selepas itu oleh musuh lslam (kaum musyrikin).

Saya akan menulis lagi tajuk ini insyaAllah, namun doa saya ialah saya dapat mengenalpasti LEADERSHIP MATERIAL sepanjang saya memikirkan masa depan QGDP dan IHES.  

No comments:

Post a Comment